info cantik dan sihat dari Remaja
Teh dan khasiatnya
Walaupun kawasan tanah tinggi Cameron Highlands cukup terkenal dengan tanaman tehnya. Namun, tradisi minum teh di kalangan masyarakat kita masih kurang popular berbanding Negara China atau pun Jepun. Sedangkan amalan minum teh ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikannya kepada kesihatan.Justeru, REMAJA himpunkan aneka tip dan khasiat di sebalik secangkir teh.
sahabat gigi
Teh mempunyai kandungan fluorida yang cukup tinggi dan mampu menguatkan gigi dan mencegah terbentuknya karang gigi. Untuk hasil yang maksimum, sebaiknya teh perlu diminum tanpa gula dan perasa tambahan. Selain itu, teh juga dapat mengurangkan sakit gusi, caranya mudah, kamu hanya perlu lekapkan gusi dengan uncang teh yang telah direndam di dalam air sejuk.
mencegah kanser dan diabetes
Zat polyphenols yang terkandung di dalam teh dikatakan dapat menghalang terjadinya pertumbuhan sel-sel kanser sekali gus meneutralkan radikal bebas, sehingga merangsang pertambahan daya tahan tubuh. Teh hitam pula mampu menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kadar insulin sehingga mencegah diabetes berlaku.
menjaga kesihatan kulit
Tangan kamu luka, terbakar, atau disengat lebah? Celupkan sahaja jari kamu di dalam secawan teh hijau. Ini kerana teh juga merupakan antiseptik semula jadi yang mampu meredakan rasa gatal dan pembengkakan.
menjaga daya ingatan
Teh hijau membantu otak kamu menjadi lebih fokus dan menajamkan ingatan. Orang tua yang mengamalkan minum teh (sekurang-kurangnya dua kali sehari) akan mempunyai ingatan yang lebih tajam berbanding mereka yang tidak mengambilnnya langsung.
melindungi kulit
Sapuan teh hijau pada kulit akan membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar matahari. Maka oleh disebabkan itulah, kebanyakan produk kecantikan seperti pelembap dan krim sinar UV mempunyai kandungan ekstrak teh hijau.
p/s: tips ini telah diambil dari Remaja 1 jun 2009
0 ayat cinta: