berita menarik..
aku terasa macam nak berkongsi ngan korang semua citer menarik yang aku amik dari surat khabar kosmo.. walaupun berita da basi.. tapi mungkin tak semua orang tau kan pasal citer nie.. nie kes lelaki cuba bunuh diri di genting highland.
aku amik petikan akhbar berkenaan ea.. menurut kosmo.. GENTING HIGHLANDS – Pengunjung pusat peranginan di sini gempar apabila seorang lelaki cuba terjun dari kereta kabel untuk membunuh diri di stesen kereta kabel Genting Skyway di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, lelaki yang berusia awal 20-an itu menaiki kereta kabel berkenaan seorang diri sebelum cuba untuk terjun.Jurucakap bomba memberitahu, semasa kereta kabel tersebut baru bergerak beberapa saat, lelaki tersebut tiba-tiba membuka tingkap kecil kereta kabel berkenaan dan melompat ke bawah.
Bagaimanapun ajalnya belum sampai apabila tersangkut di sebuah jaring keselamatan betul-betul di bawah kereta kabel berkenaan. Ekoran situasi cemas itu, bomba yang mendapat maklumat bergegas ke tempat kejadian setelah mendapati lelaki itu masih tergantung di jaring tersebut.
“Dia cuba untuk terjun sekali lagi ke bawah, tetapi kami berjaya memujuknya dan akhirnya dia akur dan kita berjaya membawanya kembali ke tempat selamat,” kata jurucakap bomba itu lagi.
Jarak di antara jaring tersebut ke jalan raya di bawah kira-kira 50 meter.
Sementara itu, kejadian tersebut telah menyebabkan pengunjung lain tidak dapat menaiki kereta kabel kerana bekalan elektrik dipotong. Difahamkan lelaki itu berjaya diselamatkan selepas empat jam dipujuk dan kini dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dekat sini untuk menerima rawatan lanjut manakala punca kejadian masih dalam siasatan polis.
SEORANG lelaki yang duduk pada jaring keselamatan kereta kabel di Genting Highlands semalam.
p/s: sebenarnya ada satu lagi berita yang mengejutkan.. berita nie tak disiarkan di berita dan media tak melaporkan pun.. aku tengah tunggu email dari kawan aku..
0 ayat cinta: