Salam.
Hari ini aku nak share resepi yang aku amik dari trymasak.my. Memang best website ni banyak gila resepi-resepi serta ada video lagi. So layan.
Puding Karamel
Resepi diambil dari www.trymasak.my
Bahan-bahan untuk menyediakan adunan puding
1. Telur (5 biji)
2. Susu Segar (500ml)
3. Gula (80g)
4. Esen Vanila (1 Sudu Kecil)
5. Mentega untuk menyapu acuan (sedikit)
Bahan untuk gula karamel
1. Gula (90g)
2. Air (5 sudu besar)
Cara-cara
1. Mula-mula sediakan gula karamel. Mmasukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau sentiasa sehingga gula tersebut cair dan bertukar perang.
2. Kemudian segera kecilkan api dan perlahan-lahan curahkan air. Lakukan dengan pantas supata gula karamel ini tidak terlebih hangus. Kacau rata sehingga gula tersebut hancur sebati dan segera tutupkan api.
3. Seterusnya, sapu rata mentega pada permukaan acuan dan curahkan gula karamel tadi ke dalam acuan. Ketepikan gula karamel ini dan sediakan adunan puding.
4. Panaskan susu segar bersama dengan gula diatas api kecil, Kacau sentiasa supaya gula mudah hancur dan susu tidak mendidih.
5. Seterusnya, masukkan telur ke dalam mangkuk adunan bersama esen vanila.
6. Putar sebati bahan-bahan ini lebih kurang 10 saat sahaja supaya adunan tidak mengembang.
7. Setelah itu, curahkan adunan susu panas tadi dan kacau perlahan sehingga susu dan telur bercampur sebati.
8. Akhir sekali, perlahan-lahan curahkan ke dalam acuan dan kemudian kukus lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, perlahan-lahan buka tutup pengukur dan sejukkan seketika pada suhu bilik.
9. Bagi mengeluarkan puding dari acuan, pisahkan bahagian tepinya menggunakan pisau. Kemudian tutup dengan pinggan bulat rata dan terbalikkan puding tersebut ke atas pinggan dengan pantas. Perlahan-lahan buka acuan tersebut. Sejukkan dahulu puding dalam peti ais sebelum dihidang.
Resepi Red Velvet Kukus
Resepi Red Velvet Kukus
RESEPI KEK RED VELVET KUKUS
Bahan A
1 2/3 cawan tepung naek sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecik baking powder
Bahan B
125g butter
3/4 fine sugar (sy guna gula biasa, n blend halus)
2 bijik telur besaq
1/2 cawan susu (dutchlady full cream)
1/4 buttermilk (1/2 cawan susu + 1-2 sudu lemon juice, biar dlm 20mnt)
1 sudu perahan lemon
pewarna merah (agak2 bg kek tuh warna merah)
Bahan C
250g cream cheese
125g butter
1 cawan gula icing (gune gula biasa, blend halus)
Cara-cara nyaa~
1.Campur semua bahan A dan ayak sekali. Ketepikan.
Bahan B pulak.. Butter + Gula .. pukul sampai kembang..
Masukkan telur, sebijik demi sebijik. Kacau pelan2.. Masukkan bahan2 B yang lain.. kacau rata..
2.Masukkan bahan A pulak.. kacau gune senduk je..
3.kukus sampai masak guna api sederhana dlm 40minit
4.Sejukkan kek dan belah kepada 2 bahagian..
5.siapkan Bahan C, Campurkan semua bahan C dan pukul rata.
Resepi Chocolate Eclair
Salam...Hari ni aku nk share resepi Chocolate Eclair. Belum buat lagi tapi plan akan buat. Jadi untuk memudahkan aku nak buat aku tempekkan resepi di sini supaya mudah untuk aku rujuk dan buat untuk beginners macam aku ni. Chocolate Eclair ni tengah faymes sekarang. Aku pernah rasa memang serius sedap. Jadi aku teringin nak buat sendiri. Oleh itu ini adalah resepi yang diambil dari blog dapur.ibucergas.com.
Resepi Chocolate Eclair
http://dapur.ibucergas.com/chocolate-eclairs/
Choux Pastry:
1/2 cup (65 grams) all purpose flour
1/2 teaspoon granulated white sugar
1/4 teaspoon salt
4 tablespoons (55 grams) unsalted butter, cut into pieces
1/2 cup (120 ml) water
2 large eggs, lightly beaten
1/2 cup (65 grams) all purpose flour
1/2 teaspoon granulated white sugar
1/4 teaspoon salt
4 tablespoons (55 grams) unsalted butter, cut into pieces
1/2 cup (120 ml) water
2 large eggs, lightly beaten
>
Glaze: (optional) (Saya tak letak)
1 large egg, lightly beaten
Glaze: (optional) (Saya tak letak)
1 large egg, lightly beaten
>
Pastry Cream:
1 1/4 cups (300 ml) whole milk
3 large egg yolks
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
2 tablespoons (20 grams) all-purpose flour
2 scant tablespoons (15 grams) cornstarch (corn flour)
1 teaspoon pure vanilla extract
Pastry Cream:
1 1/4 cups (300 ml) whole milk
3 large egg yolks
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
2 tablespoons (20 grams) all-purpose flour
2 scant tablespoons (15 grams) cornstarch (corn flour)
1 teaspoon pure vanilla extract
<
Chocolate Glaze:
2 ounces (55 grams) semi sweet chocolate, finely chopped (saya cuma cairkan ini sahaja dan celup)
1/4 cup (60 ml) heavy “whipping” cream (cream with 35% butterfat content) (Saya tak letak)
1/4 teaspoon pure vanilla extract (Saya tak letak)
1/2 tablespoon light corn syrup (or golden syrup or glucose) (Saya tak letak)
Chocolate Glaze:
2 ounces (55 grams) semi sweet chocolate, finely chopped (saya cuma cairkan ini sahaja dan celup)
1/4 cup (60 ml) heavy “whipping” cream (cream with 35% butterfat content) (Saya tak letak)
1/4 teaspoon pure vanilla extract (Saya tak letak)
1/2 tablespoon light corn syrup (or golden syrup or glucose) (Saya tak letak)
P/s: Nanti aku dah buat aku akan share dalam blog ni hasil aku buat.
Welcome 2015...
Salam...
Dah masuk separuh bulan 1 baru nk selamat datang 2015 hehe. Maklumlah sifat malas untuk update blog ni makin menjadi-jadi. Alhamdulillah azam tahun lepas banyak dah tercapai dan masih banyak lagi yang tak tercapai. Apapun azam tahun lepas yang tak tercapai tu kita bawak ke tahun ni la.
Alhamdulillah hasrat untuk berumah tangga tahun lepas pun tercapai. Selamat dinikahkan dengan suami pada 7Jun 2014. Dan sekarang dah masuk 8 bulan usia perkahwinan. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak sebagai pelengkap keluarga kami.
Di awal perkahwinan kami terpaksa berpjj. Suami digemas aku di nilai. Hanya berjumpa sabtu ahad sahaja. Alhamdullillah bermula bulan febuari kami akan tinggal bersama dan menjalani kehidupan sebenar suami isteri sebab akhirnya aku dpt keje yang dekat dengan en suami.
Dan blog ini lepas ni akan lebih banyak diupdate dengan resepi-resipi masakan sebab aku suka bidang masakan. Dan aku nk menceburi bidang ini kecil-kecilan dlu. Jadi segala resepi akan dishare di sini supaya aku sendiri dapat rujuk balik.
Dan terakhir sekali aku sajikan dengan gambar semasa pernikahan dan persandingan aku yang aku tak pernah masuk dalam blog ini.
Yeay.. da konvo..
Assalamualaikum..Yeayy.. aku da pun menjadi sebahagian Alumni UiTM Shah Alam. Pada 14 Februari lalu bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor aku telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional).
Gembira sangat sampai rasa nak menangis. Tapi tahan je kontrol ayu. hahaha.. Mana tak sedey 3 tahun belajar macam-macam pengalaman pahit manis. Bagi aku sem 5 paling banyak dugaan. Sem 6 paling memenatkan. Berulang alik dari nilai-kl (dbp) selama 3 bulan. Penat woo.. pagi kol 5.15 aku da bangun. 5.40 da kuar umah pegi tunggu komuter. Balik berkejar-kejar dan berebut-rebut nek komuter. Lepas abis praktikal kelas plak. Dalam masa sama tesis lagi. Tapi alhamdulillah. Semuanya berjaya aku lalui dan tempuhi berkat dorongan mak ayah adik beradik dan kawan-kawan.
I love you semua. Now nak carik keje banyak-banyak. Tapi dalam hati macam nak mintak master. Tapi tak tau la. Masih dalam dilema. Hihi. So kat bawah nie gambar-gambar sekitar konvo aku..
Sekian. Thanks for reading :)
Still Marry Me.
Assalamualaikum....
Okai hari nie aku nak cite satu cite menarik. Tajuk dia Still Marry Me.
Sebenarnya dah lama aku layan cite nie kat www.maaduu.com. Tapi aku tibe-tibe layan sekali lagi sebab aku tiba-tiba terfeeling tua macam diorang yang masih tak jumpa-jumpa lelaki yang boleh dijadikan suami. Walaupun umur aku belum sampai 30 tapi macam terasa jugak la.
Dorang nie macam da 'desperate' sangat untuk carik suami. Sebab umur masing-masing dah 34. Tapi dorang nie masing-masing berkerjaya. Wartawan, translator dan pereka design kedai.
sinopsis cite nie.
Still Marry Me nie mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Lee Shin Young (Park Jin Hee), Jung Da Jung (Uhm Ji Won) dan Kim Boo Ki (Wang Bit Na) yang merasakan kehiduoan mereka telah sempurna namun mula menyedari bahawa mereka masih tidak mempunyai pasangan hidup. Pada usia 36 tahun mereka dihujani dengan pelbagai masalah dan kini terdesak mencari cinta.
Lee Shin Young merupakan seorang wartawan penyiaran yang ceria dan sering mendapat perhatian sehingga dipilih oleh syarikatnya untuk mendapatkan latihan di Washingtob. Shin Young terpaksa memutuskan pertunangnya bersama Yoon Sang Woo (Lee Pil Mo) kerana terpaksa menghabiskan masa 2 tahun di sana.
Dan sekembali ke korea Shin Young mendapat berita bekas tunang dia nak berkawin dengan gadis lain. Bukan itu saja shin young juga menerima tekanan kerja yang akhirnya mengalami penyakit ganjil iaitu "bell petsy". Dan dalam masa sama dia terjumpa budak lelaki (Kim Bum) yang merupakan pelajar kolej di situ. Shin Young kenal mamat nie pun secara tak sengaja iaitu ketika dia hendak buat liputan kat kolej tu. Dan ketika itu Kim Bum nie sibuk men gitar. Dengan bengang tahap maksimum Shin Young pun pergi kerat wayar gitar. Itu la detik-detik perkenalan mereka.
Sedang Shin Young cuba mencarik cinta hati barunya, sahabatnya Jung Da Jung juga sering berharap dapat bertemu jejaka kaya. Beliau yang merupakan seorang penterjemah terjumpa Na Ban Seok (Choi Cheol Ho) dalam kapal terbang secara tak sengaja yang akhirnya menemukan jodoh antara mereka berdua.
Sindrom wanita berusia juga tidak ketinggalan dalam kehidupan Kim Boo Ki yang merupakan seorang perunding restoren. Setelah 10 tahun bercinta, Boo Ki akhirnya meninggalkan tunangnya kerana tidak tahan dengan kehidupan yang dimiliki oleh beliau ketika itu.
Cerita ni bagi aku sangat best. Dan terasa ada persamaan dengan diri aku. Papepun korang enjoy la ye.
Pengalaman belajar part 1
Assalamualaikum....okai last entri hari tu aku ada cite pasal aku da habis belaja kan. Aku sebenarnya pengalaman belajar memang sampai bila-bila aku akan ingat. Bermula dari Kolej Yayasan Melaka sehingga Universiti Teknologi Mara macam pengalaman yang dilalui.
Aku lepas habis STPM aku masuk Kolej Yayasan Melaka. Itupun sebab aku tak dapat UPU. Hihihi... Bersemangat aku tunggu jawapan UPU sekali tidak berjaya. Tapi tak mengapa bukan kerana tak dapat masuk U awam kita tak belajar ye kan. Dan kerana tawaran KYM datang, oleh demikian itulah aku pun pilih je la KYM. Amik Business Admin (BBA). Sebenarnya aku atak minat pun kos tu tapi sebab dah tak der pilihan kan pegi je la.
Mula-mula sampai okai la. Dapat kawan pun okai sume. Cuma masalah diri aku. Sem 1 pointer boleyla. Tak sampai 3 pun. 1st percubaan katakan. Then masuk sem 2.. Pun tak sampai 3. Sem 1 n 2 aku dok hostel. Hostel ktorg peh da macam aparment. Seyes Besar bilik, ruang tamu, toilet da macam apartment. mase dok hostel okai lagi result.
Bila sem 3 aku da dok luar. Sem 3 aku ada kantoi 1 paper. Paper finance. Seyes susah gler mase tu aku rase. Dan aku repeat. Stat sem 4 tu da stat majoring, Stat tu la aku da malas nak belajar dan tak minat belajar.
Pegi kelas macam pegi macam tu je. Balik umah g makan tak pun merayap. Stat tu aku selalu balik umah lewat dan terlajak tak pegi kelas. Bila da berulang kali ponteng terus aku da xder mood nak g kelas. Start tu aku punya keputusan terus menjunam.
Memang teruk gila keputusan, memang banyak paper fail. Bila dapat keputusan memang teruk tapi ayah aku bagi peluang lagi. Tapi aku tak guna betul-betul peluang tu. Lepas tu pun sama. Sebab aku memang tak minat dan tak boleh masuk dah.
Memang aku malu dengan kawan-kawan aku. Tapi dorang ada tegur-tegur perangai aku. Tapi dah degil memang tak dengar langsung apa yang kawan-kawan cakap. Dan pengakhirannya aku berhenti belajar sebab keputusan bertambah teruk dan tak dapat diselamatkan.
Punca-punca jadi macam tu sebab diri aku sendiri. Malas nak belajar. Nak seronok-seronok je. Memang kesilapan aku. Time tu la nak keje part time. Macam-macam. Sedey memang sedey. Tapi nak wat macam mana. Silap aku sendiri.
Masa nak kemaskan barang nak bawak balik tu aku macam sedey je nak blah dari situ. Tapi kena terima la. Sob sob sob sedey dan kecewa dengan diri sendiri. Tapi life must go on. Aku da buang masa 3 tahun.
To be continue.......
Subscribe to:
Posts (Atom)
About
Follow Us
Popular Posts
-
Setelah menangguhkan pelajarannya selama dua tahun selepas SPM untuk fokus dalam bidang lakonan, Ummi Nazeera merasakan sudah tiba masanya...
-
Dalam Harian Metro ini, bibik aka orang gaji di rumah Ummi Nazeera menjadi saksi pertengkaran antara pelakon itu dengan Remy Ishak. Berikut ...
-
Filem Magika Tarikh Tayangan : 23 September 2010 , Pelakon: Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, Aznil Nawawi, Raja Azura, Datuk Jal...
Labels
- 6ixth Sense
- ABPH
- Ac
- adira af8
- Af
- aishah
- aizat
- ajai
- Ajl
- akim af7
- Anang
- Anugerah
- ape-ape
- artikel
- artis
- Ashraf Muslim
- ashraf Sinclair
- Ask
- awal
- award
- ayu raudhah
- beego
- ben 10
- berita
- betty benafe
- black mentor
- boys over flower
- bulan dalam kelendar islam
- butik pengantin
- cerita
- ceritera cinta
- dira abu zahar
- Dynaz
- eja
- faizal af4
- faizal tahir
- fakta
- fasha sandha
- fazura
- Fiesta Mister Potato 2009
- filem dan drama
- filem dan drama. lagu
- gillian chung
- gossip
- hafiz af7
- hepi-hepi
- hujan
- ida nerina
- info dan tips
- isma af7
- isma yusof
- jaclyn victor
- james mcavoy
- Jusco
- karoke
- Kegembiraan
- kehidupanku
- keliling kita
- kenangan
- kisah menarik
- kuiz
- kunfu panda
- lagu
- lan
- laugh
- linda onn
- Lirik lagu
- lisa surihani
- lisdawati
- liyana jasmay
- M. Nasir
- makanan..yummiii...
- make up..
- Manohara
- marion caunter
- Marsha
- maulana af8
- maya karin
- meet uncle hussain
- melaporkan
- melly goeslaw
- mila af
- mimpi
- misha omar
- movie
- Muzik muzik
- nana af
- natasha hudson
- new moon
- noh hujan
- nora danish
- nur kasih
- persoalan
- PGL
- pian cecupak
- Produk
- remy ishak
- rencana
- Robbert Pattinson
- rossa
- rozita che wan
- saerah
- saida
- sambutan
- sazzy falak
- sazzy falak. dira abu zahar
- scha
- sehati berdansa
- shahir af8
- shout award
- Shue Uemura
- siti nurhaliza
- tag
- tam spider
- tari tirana
- teater
- Tiz Zaqyah
- Twilight
- ummi nazeera
- video muzik
- yazid af7
- zahiril adzim
Advertising
Powered by Blogger.
BY BLOG LIST
-
-
Hello world!1 year ago
-
-
-
Kelas Untuk Bulan February7 years ago
-
VICTORIA SANDWICH CAKE10 years ago
-
Untuk Orang Yang Nak Kahwin13 years ago