Senarai Episod Twisties Bingit
Episod 1: The Right CombinationPembuka tirai Bingit akan memuatkan apa yang berlaku di belakang tabir sepanjang sesi ujibakat di Penang, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. Beribu pemuzik membanjiri lokasi ujibakat untuk mencuba nasib demi mengejar impian masing-masing untuk menapak dalam seni hiburan Malaysia.
Seramai 40 orang daripada beratus peserta yang telah disenarai pendek untuk mara ke peringkat seterusnya. Kesemua pemuzik yang yang terpilih akan dibahagikan kepada 10 buah kumpulan. Setiap kumpulan akan dianggotai seramai empat orang ahli iaitu vokalis, pemain gitar, pemain bass dan pemain dram.
Beberapa tugasan telah menanti sejurus pembahagian ahli kumpulan selesai.
Episod 2: Busking
Kesemua kumpulan akan diberikan tugasan dan juga akan diuji kemampuan mereka melalui persembahan-persembahan ‘live’ secara spontan. Dalam episod ‘Busking’ ini mereka perlu membuat persembahan di hadapan orang ramai di tempat-tempat umum antaranya di stesen-stesen LRT, terminal bas dan sekitar Pasar Seni di Kuala Lumpur. Setelah selesai dengan tugasan ini, band-band ini perlu membuat pembuat persediaan di ‘gigs-gigs’ yang akan diadakan pada setiap minggu. Setiap band dikehendaki membawakan sebuah lagu yang menepati tema yang diberikan pada setiap minggu.
Episod 3: Twist It Factor
Episod ini akan membawa kesemua band-band untuk mencari dan menentukan identiti serta imej kumpulan masing-masing. Setiap band akan diberikan masa tertentu untuk berbincang tentang stail dan arah muzik kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan kemudiannya perlu membuat pembentangan tentang konsep dan stail kumpulan masing-masing pada minggu gigs. Kumpulan yang mempunyai imej dan stail yang terbaik akan memenangi tugasan ini.
Episod 4: Jingle
Untuk tugasan ini setiap kumpulan perlu menyediakan ‘jingle’ selama 20 saat dan perlu meletakkan ‘tagline’ Twisties ‘Mesti Mau’ di dalam lirik masing-masing. Kesemua kumpulan diberikan tempoh 2 hari untuk mencipta, menyusun dan merakamkan ‘jingle’ masing-masing. Juri akan menilai pemenang untuk tugasan ini melalui kreativiti, melodi dan susunan muzik ‘jingle’ yang telah disediakan.
Episod 5: ‘Our Sound’
Minggu ini, setiap kumpulan diberi tugasan untuk mencipta lagu mereka sendiri. Lirik dan melodi yang dihasilkan mestilah yang asli tanpa meniru mana-mana lagu atau lirik. Setiap kumpulan diberikan tempoh dua hari untuk menyelesaikan tugasan ini.
Episod 6: Twist It Around
Episod ini akan membawa band-band yang masih kekal dalam pertandingan ini dengan sebuah tugasan baru yang lebih mencabar. Setiap band akan diberikan sebuah lagu pop dan perlu menukar sususan lagu dan muzik lagu tadi kepada sebuah lagu rock tanpa mengenepikan melodi asal lagu tadi. Susunan lagu yang baru itu perlu selari dengan identity dan konsep band masing-masing.
Episod 7: ‘Ultimate Gig’
Kita sudah sampai ke kemuncak ‘Bingit’. Kesemua finalis sibuk membuat persembahan untuk ‘Ultimate Gig’ di mana 4 buah band akan beraksi di sebuah lokasi yang telah ditetapkan. Mereka akan diberi tugasan akhir iaitu membuat persembahan selama 15 minit! Kumpulan yang layak akan terpilih sebagai juara.
Episod 8: The Journey Starts Now!
Episod ini akan membawa anda mengikuti perjalanan pemenang ‘Bingit’. Anda juga dapat menyaksikan pengalaman mereka merakamkan ‘single’ pertama mereka dan turut menyelitkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka untuk mempromosikan ‘single’ terbaru mereka.
0 ayat cinta: