'Desperate' Ke Marsha?
Dahlah dilihat ramai sebagai gedik, kini, sebab pengakuannya meminati Yusry KRU, Marsha Milan Londoh sudah mendapat label baru - 'desperate'.Namun bagi anak muda berusia 23 tahun ini, apa yang berlaku itu sebahagian daripada kehidupan seorang selebriti.
"Saya dan kawan saya masa tu bergurau je. Kami tak sangka pun benda itu akan diperbesarkan begini. Tapi iya-lah, selepas ni saya kena lebih berhati-hati kerana semua yang kami (artis) lakukan akan menjadi bahan orang."
Jadi, Marsha tak menaruh apa-apa perasaan langsung pada Yusry? "He is a cute guy tetapi perasaan saya terhadapnya lebih kepada 'respect' kerana dia seorang 'workaholic' dan semua hasil kerjanya 'superb'.
"Sebelum ni, saya sudah selalu dikaitkan dengan ramai lelaki. Sebab itu saya tak ambil 'pot' sangat pun perkara ini. Of course, it hurts tapi selepas hampir empat tahun dalam bidang ini, saya tahu bagaimana untuk menjaga diri saya. Tak kisahlah kalau ada yang melihat saya sebagai 'desperate'. Itu cuma kata orang yang tak mengenali saya."
Tambahnya lagi, dia kini gembira melayari kehidupan sebagai orang bujang. Dengan rezeki lakonannya yang semakin murah, masa yang ada dihabiskan dengan bekerja. Ditambah pula, dia dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak dengan sebuah label rakaman.
Mengenai persepsi yang dia gedik, jawab Marsha, "Saya akui saya seorang yang manja dan 'hyper' tapi itu tak bermaksud saya seorang yang jahat. Ibu saya tahu saya seorang yang manja. I'm just being myself. I know my heart, bila saya boleh bergurau dan serius."
Marsha ditemui selepas tayangan media 'Senario The Movie Episod 2: Beach Boys' Selasa lalu. Berlainan daripada wataknya sebelum ini yang lebih lemah-lembut, sombong dan 'bitchy', sebagai Zuraidah, Marsha buat pertama kalinya membawa watak seorang 'tomboy'.
"Itu antara sebab utama mengapa saya terus mengambil tawaran ini. Saya mahu peluang membawa pelbagai jenis watak bukan saja yang gedik-gedik, mengada-ngada. Saya mahu buktikan yang saya boleh memainkan berlainan watak."
Selain sibuk dengan promosi untuk 'Senario The Movie Episod 2: Beach Boys' serta single terbarunya, "Yang Terbaik", karya Edry KRU, yang sudah dimainkan di corong-corong radio sejak dua bulan lalu, Marsha juga sedang mempromosikan docu-drama 'Korban 44' yang sedang ditayangkan di Astro Citra.
Marsha bukan sahaja pelakon utama tetapi telah menyumbangkan sebuah lagu, "Janji" untuk docu-drama tersebut. 'Korban 44' yang juga dibintangi Farid Kamil dan Dian P Ramlee, adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 29 Ogos 1996 di Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak di mana satu tragedi banjir lumpur telah mengorbankan 39 nyawa sementara lima orang gagal dikesan.
Jika tiada aral, dia akan memulakan penggambaran untuk sebuah filem, yang menurut pengurusnya seperti filem 'Walk The Line', lakonan Reese Witherspoon dan Joaquin Phoenix. Marsha juga terlibat dalam sebuah sitkom bersama Afdlin Shauki untuk TV9 berjudul 'Berita Terakhir' ala 'Saturday Night Live'.
0 ayat cinta: