Showing posts with label awal. Show all posts

Sah Awal Ditangkap Kerana Dadah : Ujian Negatif

Expose sangat dengan dunia sosial, Awal Ashaari & Scha ditangkap di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Ketika di’tahan, Awal dikatakan enggan menjalani ujian air kencing, dan usaha untuk menemubual beliau berhubung isu tangkapan ini masih menemui jalan buntu.

Sekarang, siapa sebenar’nya yang lebih ‘moron‘, Awal atau blogger?


Difahamkan, artis Juliana Evans turut ditangkap dalam serbuan tersebut, ujian dadah beliau negatif.

Pengurus Awal menafikan sekeras-keras’nya pembabitan Awal dalam tangkapan tersebut. Tapi lain pula kisah’nya hari ini apabila ada pihak yang mengesahkan Awal memang terlibat, dan berita baik’nya ujian dadah Awal negatif. Sorry wahai cik pengurus, cover line anda tidak berjaya.

Qi, seorang pelakon drama Blogger Boy yang di’tangkap telah diuji positif dadah. Sememang’nya serbuan ini mendapat liputan yang sangat meluas daripada media dan kami akan cuba update segala perkembangan berita ini secepat yang mungkin.

“Bukan Sebab Pihak Ketiga. Please, Get It Cleared & No More After This” – Scha Al Yahya


Masih tidak habis-habis dengan gossip perpisahan antara Scha Al-Yahya & Fahrin Ahmad, sehingga naik muak kami dibuat’nya. Konon’nya, perpisahan mereka berdua adalah disebabkan campur tangan pihak ketiga. Dalam konteks ini, beberapa hari lalu, Scha & Awal Ashaari dilihat bermain cinta di ruangan Twitter. Antara kandungan mesej berkenaan, Scha memanggil Awal Ashaari dengan gelaran “B” atau nama panjang’nya “Baby”.

Selepas kandungan Twitter itu tersebar, KOSMO pula menyiarkan kenyataan Fahrin Ahmad mengenai perpisahan mereka. Apa yang menarik perhatian, apabila ditanyakan mengenai pembabitan pihak ketiga dalam cinta mereka yang putus, Fahrin Ahmad hanya menjawab, “Saya tak mahu cakap apa-apa. Awak siasatlah sendiri.” (Hurmm, macam ada isu je ni)


Hari ini pula, Scha di ruangan Facebook meluahkan perasaan tidak puas hati dengan spekulasi yang melanda diri’nya. Banyak yang beliau ceritakan, tapi yang paling menarik, Scha berkata ” Cinta 3 segi. Apa tu? God knows and i haf proof that the reason why we broke up is bcoz somthing else. bukan sebab pihak ketiga. please, get it cleared and no more after this. tak payah pandai2 nak bercakap and spread “VIRUS” ni.”

Ha, sudah’lah dengan spekulasi perpisahan mereka, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi, apa salah’nya kalau betul Scha & Awal Ashaari mula jatuh cinta. Pada kami, kedua-dua’nya sama cantik & padan. Kisah apa pun kalau betul-betul ada pihak ketiga, sebab pada kami selagi tiada ikatan perkahwinan, mereka berhak memilih pasangan yang terbaik!

Tapi Cuba dengar sikit apa yang Fahrin cakap bila ditanya tentang punca sebenar perpisahan yang terjadi antara dia dan Scha:-

Biar orang nak cakap apa, lambat-laun orang akan mengetahui kebenarannya, benda dah ada depan mata. Jika anda berada ditempat saya, anda akan rasa seronok dan tertarik dengan permainannya.

Untuk hangatkan suasana, ada seseorang telah bertanya adakah Awal jadi punca perpisahan mereka berdua?

Ini jawapan Fahrin sambil tersenyum:-
Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang.

Bertambah komplikated cinta 3 segi nie bila Awal pun baru-baru nie pun turut sama membuat kenyataan:-
Saya akui saya berkawan rapat dengan Scha, saya senang berkawan dengan dia sebab dia memahami. Saya tidak ramai kawan jadi dia tempat saya mengadu dan saya tempat dia mengadu, kami sama-sama jadi tempat meluahkan perasaan sama ada masalah kerja ataupun peribadi. Dia sedang melalui satu saat yang sukar, saya sebagai kawan perlu ambil berat namun itu tidak bermaksud saya cuba ambil kesempatan terhadap dia.

Mula-mula kawan dulu, lama-lama nanti bercinta la tue. Kami taknak salahkan sesiapa dalam kes cinta 3 segi nie. Bagi kami senang jer, kalau dah jodoh tak ke mana. Mungkin Fahrin bukan yang terbaik untuk Scha. Dan mungkin satu hari nanti Fahrin akan berjumpa yang lebih baik dari Scha untuk dijadikan isteri. Siapa tahu kan?
Untuk mengakhiri gosip ini, terimalah kenyataan terakhir dari Awal Ashaari yang tak menafikan dia bisa jatuh cinta dengan Scha:-

Bagi pandangan seorang lelaki, Scha mempunyai pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi kekasih. Dia cantik dan baik. Jika perasaan timbul antara kami itu tidak salah, saya single dia pun single. Tapi biar perasaan itu datang secara semula jadi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak akan sorok kalau kami bercinta, saya ingin orang ramai tahu jika kami betul bercinta.

Harap Awal betul-betul berpegang dengan kata-kata untuk bagitau kat semua orang kalau betul dia bercinta ngan Scha. Jangan tetiba kantoi gambar pergi berdating barulah sibuk nak mengaku.

Awal Realisasi Impian Jadi Penyanyi



Mungkin ramai yang sudah lupa tetapi nama Awal Ashaari mula disebut dalam rancangan realiti 'Malaysian Idol' musim pertama, lima tahun lalu. Bukan sebagai pengacara tetapi peserta.

Seperti beribu peserta lain, dia juga memegang harapan dapat merealisasikan impiannya bergelar penyanyi. Tetapi lain yang diharapkan, lain pula yang diperolehi. Bukan tawaran kontrak rakaman yang diterima, sebaliknya peluang berlakon dan mengacara.

Kini, siapa yang tidak kenal dengan jejaka tampan, metroseksual yang merupakan antara 'leading man' popular rebutan penerbit. Namun selama ini, Awal tidak pernah melupakan cintanya pada nyanyian.

Sekian lama menunggu, akhirnya impian Awal untuk bergelar penyanyi tercapai juga. Dia sudah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman – yang enggan didedahkan dulu namanya – dan bakal merakam album sulungnya.

"Saya sedang berkolobrasi dengan beberapa komposer tanahair, memilih lagu yang sesuai untuk saya. Saya inginkan sesuatu yang lebih relaks, jadi konsepnya lebih kepada ‘pop ballads’. Saya sebenarnya sukakan ‘oldies’, ‘jazz’ dan ‘Broadway’ tetapi kita perlu 'cater' kepada pasaran," ujarnya.

"Cita-cita saya nak menyanyi. Sebab itu saya sertai 'Malaysian Idol'. Saya dah berlakon, mengacara, sekarang saya nak menyanyi. Sebelum ini saya tidak mendapat peluang tetapi kini saya diberi tawaran yang bagus."

Tambahnya lagi, dia tidak pernah meninggalkan nyanyian. Di setiap majlis yang diacarakan, akan pasti dipersembahkan sebuah lagu.

"Dari situlah mereka (syarikat rakaman) dapat tahu saya boleh nyanyi. Saya tidak berfikir panjang untuk menandatangani kontrak dengan mereka. Saya percaya dengan mereka."

Sudah membuktikan bakatnya dalam pengacaraan dan lakonan, harapan adalah tinggi untuk Awal mencatat kejayaan dalam bidang nyanyian.

"Saya tak nafikan tekanan itu ada. Sebagai penyanyi baru, apa yang boleh saya lakukan adalah untuk mencuba sedaya-upaya saya. Walaupun vokal saya tak sehebat penyanyi 'top' negara tapi sekurang-kurangnya, saya cuba hiburkan peminat, sebagai halwa telinga buat mereka."

Ditanya jika dia ada memasang harapan untuk suatu hari menjulang trofi di pentas Anugerah Industri Muzik atau Anugerah Juara Lagu, jawab Awal, "Objektif saya bukan untuk menang anugerah tetapi mendapatkan khidmat dari komposer terkenal seperti Ajai, Audi Mok dan KRU, yang produk mereka terbukti meletup."

Muncul dengan program baru
Selain sibuk merancang kerjaya nyanyiannya, Awal juga bakal memulakan tugasan baru, mengacara sebuah program berkonsep berita hiburan di TV3, sebaik saja berakhirnya musim ketiga 'Sehati Berdansa'.

“Ia program 30 minit ala ‘E! News’ dan dijangka akan ke udara setiap hari Sabtu bermula bulan depan. Kebetulan saya meminati Ryan Seacrest (yang merupakan hos ‘E! News’), jadi memang teruja dengan tawaran ini,” katanya yang pernah menghadiri kelas pengacaraan kendalian Aznil Hj Nazawi, yang juga idolanya.

Mengenai projek lakonan, kongsi Awal yang turut mengacara program bual bicara ‘Gen Y’ dan ‘Rentak Bollywood’, disebabkan jadualnya yang terlalu padat dengan tugas pengacaraan, sukar baginya memberikan komitmen.

“Ramai peminat juga yang asyik bertanya, bila ada drama baru. Selain kesempitan masa, saya juga sedang mencari naskah yang menarik dan ‘strong’, yang dapat membawa lakonan saya ke satu peringkat yang lebih tinggi.”

Nak Kahwin
Pada usia 28 tahun, dari segi kerjaya dan kewangan, Awal kini berada di tahap yang selesa. Yang masih kekurangan, kehadiran seorang ratu dalam hidupnya. Bila melihat pada rakan-rakan artis yang lain seperti Que Haidar yang sudah pun bergelar bapa, mungkin tiba masanya bagi Awal memikirkan tentang soal ‘settling down’.

Rata-rata sedia maklum Awal sudah menemui seorang gadis istimewa. Perhubungan mereka, menurutnya, okay walaupun gosip sebelum ini mengaitkan dia dan Scha Al-Yahya sedikit sebanyak memberi kesan ke atas perhubungan itu.

“Sepertimana pasangan yang baru mengenali, kami sedang cuba membina sebuah perhubungan yang baik dan stabil. Tapi bila timbul cerita kurang enak seperti ini, sudah pasti pihak di sana akan tertanya, apa jenis lelaki saya ini. Sebab itu, sebaik mungkin saya nak elak dari cerita-cerita seperti ini.”

Bila ditanya ada perancangan nak berkahwin, katanya dia sudah bersedia dan berharap impian ini dapat dilaksanakan dalam masa dua tahun lagi.

Aishah Peraga Mutiara RM1 Juta!


Persiapan Aishah dan Awal Ashaari untuk menjayakan Konsert Irama Warisan Kita bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 11 - 13 Disember ini, memang dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Elemen glam nyata cuba diselitkan oleh pihak penganjur iaitu DFP apabila Aishah akan memperagakan mutiara yang mencecah nilai hampir RM1 juta daripada Rafflesia The Pearl Centre manakala Awal pula mengenakan beberapa sut anggun rekaan Lord's Tailor.

Biarpun akan hanya mempersembahkan 2 lagu iaitu Bahtera Merdeka dan Joget Kenangan Manis, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, tetap mengakui dia begitu teruja untuk membuat persembahan kerana akan beraksi dengan MPO pimpinan Dato' Johari Salleh.

"Ini satu permulaan yang baik kerana DFP selalunya menganjurkan persembahan bercorak antarabangsa. Dan saya juga kagum dengan semangat pihak penganjur yang membuat persiapan yang rapi termasuk dengan sokongan Rafflesia," kata Aishah yang ditemui di Butik Jewellery Circles – Rafflesia The Pearl Centre di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aishah yang ditemani oleh tuan punya Rafflesia, Winnie Sin, berkata sebenarnya, ini bukanlah kali pertama beliau menyanyi dengan MPO.

"Saya pernah beraksi dengan MPO untuk satu program kemerdekaan pada Oktober lalu. Apa yang boleh saya katakan, memang cukup seronok apabila dapat bekerjasama dengan MPO. Lagipun kerjaya nyanyian saya bermula dengan band muzik. Bersama MPO pula, saya dapat beraksi bersama sekumpulan muzik dalam besar.

"Mudah-mudahan akan ada lagi projek seterusnya di antara saya dan MPO. Tapi, tolong jangan tanya bila MPO akan adakan projek persembahan solo saya di DFP. Itu anda kena tanyakan sendiri dengan DFP," katanya sambil tersenyum.

Kata Aishah yang baru sahaja menang kes saman dengan EMI Malaysia, seperkara yang membuatkan dia seronok bekerja dengan pemuzik MPO adalah disebabkan budaya kerja mereka yang cukup profesional dan berdisiplin.

"Mereka sangat menepati masa dan cara mereka kendalikan diri di atas pentas juga cukup menarik perhatian saya. Mereka mengingatkan saya bagaimana orang-orang Jepun bekerja.

"Malah, mereka juga mengingatkan saya tentang zaman saya bersama Aishah & The Fan Club. Kami sentiasa meletakkan standard kami sama seperti apa yang dipraktikkan artis antarabangsa lain. Itu yang membuatkan saya sentiasa merindui zaman-zaman lalu," katanya.

Aishah juga berkata, dia juga mempunyai keinginan untuk menulis sebuah buku yang mungkin dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda tentang persediaan yang perlu mereka lakukan sebelum menceburi bidang seni.

"Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah apa yang tidak diajar secara formal di mana-mana akademi atau institusi pengajian tinggi. Ia lebih kepada realiti yang perlu kita hadapi sebaik saja melangkah kaki di dalam bidang ini," jelasnya.

Sementara itu, Awal pula berkata dia gembira kerana selain diundang pertama kali menjadi hos bersama Miss Malaysia/ World 2007, Deborah Henry di DFP, dia juga akan memperagakan sut kemas rekaan Lord's Tailor.

"Peluang yang saya dapat ini sangat berharga dan terima kasih kepada DFP dan semua penaja," kata Awal yang semakin popular dengan Sehati Berdansa 3.

Harga tiket untuk konsert itu adalah RM110, RM90, RM60 dan RM40 untuk 11 & 12 Disember manakala RM95, RM75,  RM55 dan RM25 bagi 13 Disember. Tempahan boleh dibuat di talian 03- 2051 7007 atau faks: 03- 2051 7077.