Showing posts with label gossip. Show all posts

kenyataan balas dari tunang apex..

kenyataan nie aku copy jgak.. sumber


‘Khairul Tak Cakap Apa Pun’ – Tunang Apex


KUALA LUMPUR – “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi hmetro.com.my.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan’ dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.
Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).
“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.
Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

Hubungan Jimmy Shanley & Isteri Bergelora, Kes Lari Dari Rumah



Sebelum kahwin, sudah pelbagai gossip melanda Jimmy Shanley termasuk tuduhan bahawa beliau seorang kaki kikis. Alhamdullilah, akhirnya kedua-dua pasangan ini berjaya juga melaksanakan perkahwinan dengan dibarisi oleh kereta-kereta mewah seperti Lamborghini & Chyrsler 300c pada hari persandingan.
Baru sebulan berkahwin, inai pun masih merah di jari. Perkahwinan Jimmy Shanley & Nursuhailadikatakan bagai retak menanti belah apabila isterinya bertindak meninggalkan rumah tempoh hari. Peristiwa lari dari rumah itu telah dinafikan oleh Jimmy, namun tidak menolak dakwaan bahawa hubungan mereka berdua memang bergelora.
Jimmy berkata bahawa beliau hanya berserah kepada tuhan, dan masih kabur dengan kehidupannya yang baru. Agak sukar untuk menceritakan situasi sebenar yang berlaku, lagi pun mereka baru berkahwin dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Namun, Jimmy meminta supaya umum memberikan mereka masa untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Katanya lagi, lebih baik mendiamkan diri dan melalui hidup ini dengan keadaan tenang & senyuman. Kami doakan yang terbaik, amin!
Sumber berita : Sinar Harian

Gossip Artis Perasan Kaya Raya

Dengarnya…: Kalau tak berduit, cakap sajalah

APABILA berjumpa dengan kawan-kawan, banyaklah maklumat yang Cik Normah dapat. Jadi, dapat satu cerita lucu pada pandangan Cik Normah mengenai beberapa teman Cik Normah yang kena ‘pau’ dengan ibu saudara seorang artis jelita.

Hasrat mereka nak menziarah ibu saudara artis yang juga rakan baik kepada teman Cik Normah itu bertukar tragedi yang tidak mungkin mereka lupakan sepanjang pengalaman mereka ketika bercuti di luar negara baru-baru ini.

Kononnya sudah lama tak jumpa, kawan Cik Normah itu menziarahi teman yang sudah lama tak jumpa. Bersusah payah dia membuat temu janji tetapi ibu saudara artis berkenaan juga datang. Pertemuan dibuat di sebuah restoran. Ingatkan apabila datang dari jauh, dia bermurah hati nak belanja tetapi apabila waktu nak minta bil membayar makanan, macam-macam alasan diberikan.

Baru balik dari luar negeri tak sempat nak tukar duit, akhirnya kawan Cik Normah pula yang belanja dia. Sebelum itu, ibu saudara artis ini cakap bukan main besar lagi. Rumah sedang diubah suai, orang gaji Filipina balik kampung dan bermacam-macam lagi cerita besar yang keluar dari mulutnya. Entah betul atau tidak, tak dapat nak dipastikan.

Kalau tak ada duit, cakaplah kawan-kawan Cik Normah tak kisah. Janganlah pukul canang awak itu kaya raya, sebab bila kes-kes macam ini terjadi buat digelakan orang saja.[sumber]

Awak Busuk, Kata-Kata Noh Hujan Buatkan Awek Unisel Sentap!!!

Rasa nak tergelak pun ada bila baca suratkhabar semalam. Kecoh betul pasal Noh Hujan yang kurang ajar cakap peminat dia busuk.

Alkisahnya awek Unisel nie nak mintak autograph Noh. Maka Noh pun tulislah “Awak Busuk” kat awek tue. Kami percaya yang dia tulis tue sekadar suka-suka dan bergurau je. Tak gitu Noh?

Buat Noh, jadikanlah benda nie pengajaran. Peminat Malaysia nie kebanyakkannya skema-skema belaka. Tak boleh nak bawak bergurau. Tak ada sense of humour. Semua benda pun nak amik serious. Takleh tahan betul isu kecik macam nie pun boleh sampai masuk Melodi gitu. Kira Noh dapat publisiti percuma dan awek Unisel itu confirm femes seantero dunia.

Mungkin Noh boleh gunakan ayat-ayat di bawah masa nak sign autograph nanti:

1. Awak busuk tapi saya memang suka orang yang bau busuk.
2. Awak busuk tapi saya lebih busuk dari awak.
3. Awak busuk. Nanti lepas concert jumpa saya ye. Saya ada deodorant lebih nak kasik awak.
4. Badan awak bau busuk. Tapi saya tau hati awak wangi.
5. Sebusuk-busuk awak, busuk lagi longkang kat sebelah awak tue.
Bak kata Noh di Twitternya, kalau tak boleh gurau pergi surau lah beb!!!

Gotcha! Awal Dan Scha Kantoi Dating Di The Curve Semalam


Menjadi selebriti popular? Lupakan soal privasi.

Kian lama juga tidak kedengaran gossip Scha dan Awal, apa kata kami suam-suamkan sedikit isu berkenaan mereka.

Semalam, seorang pembaca Forum Cari sudah kantoikan sama itu Scha & Awal yang sedang berdating-dating di The Curve, Damansara.

Kata’nya lagi, kedua-dua pasangan ini amat’lah romantik, makan siap bersuap-suap.

Adakah’kah kerana pendedahan Scha di akhbar semalam mengenai teman lelaki membuatkan mereka berdua sudah berani menonjolkan ’sweet moment’ di khayalak ramai?

Gossip Pelakon Lelaki Dibela Sering Bertukar Mak Ayam

Dunia artis ini memang penuh dengan kejadian yang kadangkala tidak tercapai oleh akal fikiran. Ada sahaja gosip-gosip panas yang melanda. Gosip yang sampai ke telinga GUA kali ini juga tidak kurang sensasinya.

Ini kisah pelakon lelaki yang pernah dikatakan mengamalkan hubungan terlarang. Bagaimanapun, si pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan yang menafikan perkara tersebut. GUA pun terkejut juga apabila dia dikaitkan dengan gejala tidak sihat itu. Maklumlah kalau tengok secara luaran, orangnya nampak baik dan sopan.
Lebih-lebih lagi selepas membintangi drama bercorak Islamik yang agak popular sekarang ini.

Berbalik kepada gosip tadi, malam minggu tempoh hari GUA bertemu dengan beberapa rakan lama dalam industri hiburan tanahair. Sekali lagi cerita mengenai pelakon ini timbul. Menurut rakan GUA itu, pelakon lelaki ini memang pernah menjadi ‘belaan’ seseorang tidak lama dahulu. Malah, bukan untuk seorang dua, tetapi ramai sehinggakan dia digelar ‘piala pusingan’ kerana sering bertukar ‘mak ayam’.

Masyallah! Terkejut betul GUA mendengar perkara ini. Mudah-mudahan pelakon lelaki ini telah insaf dan tinggalkan terus tabiat lama dia itu. Memandangkan sekarang ini dia pun sudah mempunyai teman istimewa, lebih baiklah cepat berkahwin. Bukan apa, dapat juga hindarkan fitnah. [sumber]

Adik artis bercium dalam kelab

APALAH nak jadi dengan adik kepada seorang artis popular yang seorang ini. Dari dulu cerita tentang dirinya seringkali diperkatakan media.

Dah tahu awak itu adik artis, popular sangat-sangat pula tu, agak-agaklah jika nak buat sesuatu.
Kena pandai jaga diri. Kena pandai jaga tingkah laku terutama di depan khalayak. Tidak kira di mana hatta di dalam kelab sekalipun.

Sudah namanya adik artis popular, kalau berbuat sesuatu pasti akan dijeling juga oleh orang sekeliling. Terbaru dia buat huru hara bila dia beritahu mahu berkahwin dengan seseorang yang berada dalam industri.
Tapi dalam dok menguar-uarkan kisah cinta dan kahwinnya itu, boleh pula dia bercium dengan seorang lelaki dalam sebuah kelab malam.

Eh! Macam mana tu ya? Kata bercinta dengan lelaki lain. Tapi buat perangai dengan lelaki lain. Keliru Joyah.
Kalau sudah begitu, macam mana kisah percintaan dan impian perkahwinan dengan lelaki pujaannya itu?
Atau dia sengaja buat perangai kerana kecewa kerana impian mahu menjadi penyanyi tak kesampaian.
Alahai dik... Kalau kecewa pun banyak perkara lain yang boleh dibuat. Tapi janganlah buat perangai tak senonoh begitu. Jagalah kelakuan agar tidak memalukan nama keluarga yang kukuh di persada seni ini. Jangan ikutkan sangat perasaan kecewa tu.

p/s: sapa agak2 nya.. hahaha.. aku dah dapat agak da..