Minggu 5: Latin
Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Kemeriahan dan kehangatan di Studio Satu Bukit Jalil masih lagi terasa. Keenam-enam pasangan selebriti telah berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir.Bertemakan Irama Latin kesemua pasangan selebriti berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan rata-rata mendapat komen-komen positif daripada ketiga-tiga juri yang hadir iaitu Sabrina Hassan, William Lor dan juga Joseph Gonzales sebagai juri tetap.
Persembahan pertama dipersembahkan oleh pasangan Oshin dan Firdaus berjaya menghiburkan penonton yang hadir walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki. Firdaus Berjaya menguasai ritma dan Oshin dikatakan mampu memainkan watak wanita misteri sekaligus menyebabkan Joseph menkategorikan mereka pasangan yang hangat.
Persembahan kedua oleh Isma dan Zul mendapat pujian hebat dari ketiga-tiga juri yang hadir. Kedua-dua mereka tampil dengan koreografi yang cukup bagus dan eskpresi muka yang sangat menarik dan mengoda.
Berbanding minggu-minggu sebelumnya, persembahan pasangan Sazzy dan Nazril minggu ini agak kurang memuaskan walaupun masih mampumenghiburkan penonton. Ini kerana koreografi mereka minggu ini dikatakan tidak begitu mencabar dan kadang kala kelihatan kurang kemas.
Berbeza dengan pasangan Isma dan Sazzy, pasangan Didie gagal menarik perhatian para juri setelah mendapat markah yang kurang memberangsangkan. Malam ini pasangan Didie dan Sham memperagakan kostum Latin yang sebenar sekaligus menyebabkan kedua-dua mereka kelihatan sangat seksi.
Bagi pasangan Dira dan Ash minggu ini mereka tampil memberikan persembahan yang begitu hebat. Kedua-dua mereka Nampak berseri dan menghiburkan. Ash menunjukkan peningkatan yang sangat ketara namun sedikit kesalahan telah dilakukan oleh Dira dan mereka juga diingatkan agar berhati-hati kerana koreografi mereka agak berbahaya.
Sein dan Nana mendapat pujian daripada pihak juri. Tenaga dan gaya persembahan mereka sangat berbeza daripada pasangan-pasangan lain. Nana berjaya menonjolkan mimic muka yang baik tetapi kurang berinteraksi dengan Sein. Pakaian yang berwarna-warni menampakkan keseronokan Nana menjiwai watak wanita penggoda.
Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:
Isma – 95.33
Dira – 90.00
Sazzy – 88.33
Sein – 87.33
Didie – 85.67
Oshin – 84.00
Markah daripada juri sudah diperolehi, tetapi kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi juara dan siapakah yang bakal tersingkir di minggu hadapan juga terletak di tangan para penonton. Jadi teruskan mengundi agar mereka terus kekal di dalam Sehati Berdansa.
Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Taip DANSA SAZZY atau DANSA<3/5/10> SAZZY untuk (3/5/10 undian) ke 32999
(Contoh : DANSA5 SAZZY KE 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 untuk 1/ 3 /5 /10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY
Taip DANSA ISMA Atau DANSA<3/5/10> ISMA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 Isma Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 5
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih ISMA
Taip DANSA OSHIN Atau DANSA<3/5/10> OSHIN Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 OSHIN Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 7
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih OSHIN
Taip DANSA SEIN Atau DANSA<3/5/10> Sein Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh : DANSA5 SEIN Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN
Taip DANSA DIDIE Atau DANSA<3/5/10> DIDIE Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIDIE Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 2
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIDIE
Taip DANSA DIRA Atau DANSA<3/5/10> DIRA Untuk (3/5/10 Undian) ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIRA Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA
Siapakah yang bakal tersingkir minggu ini? Untuk mendapatkan jawapannya saksikan Debaran Sehati Berdansa esok jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104).
0 ayat cinta: