Muzik Muzik: Lagu Jac Tak Masuk Top 5

Monday, November 09, 2009 marina 0 Comments



Kegagalan Lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian Jaclyn Victor  (Jac) untuk berada dalam senarai Top 5 pertandingan peringkat separuh akhir, Bahagian 1, Muzik Muzik di Plaza Alam Sentral 2, malam tadi, ternyata mengundang kejutan.

Bertamu Di Kalbu ciptaan Anjang daripada kumpulan Jinbara sebelum ini dilihat sebagai sebuah balada  berunsur rock yang mempunyai kekuatan yang tersendiri dari sudut  melodi dan lirik. Malah Jac sendiri telah berjaya membawakan lagu dengan pada tahap yang cukup baik sekali. 

Barisan juri telah sebulat suara  memilih Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian Alyah, Kau Dan Aku (Aizat), Dan Sebenarnya (Yuna), Aku Scandal (Hujan) serta Raja Gelek (One Nation Emcees) sebagai lagu yang mendapat markah paling tinggi.

Namun keputusan malam tadi bukanlah muktamad  kerana ia bergantung juga kepada persembahan artis lain pada minggu seterusnya. Dengan erti kata lain, pemilihan 14 lagu ke final akan diketahui selepas melihat kedudukan markah selepas 3 minggu Separuh Akhir bersiaran.

Barisan juri yang bertugas adalah komposer Helen Yap, Azman Abu Hassan, penulis lirik Mohariz Yaakob, novelis Ahadiat Akashah serta Azhar Borhan selaku Ketua Juri.

Format permarkahan pertandingan separuh akhir ini adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus penilaian yang dibuat sebelum persembahan.

Lagu lain yang gagal berada di dalam senarai Top 5 ini adalah Mirage daripada Pesawat, Dia, AKu Dan Kamu ( Nadia & Red Peanut), Oh Anok Anok (Reshmonu), Enjut (Noraniza Idris) serta Gila (Mila).

Separuh akhir Bahagian 2 pula akan diadakan pada di tempat yang sama minggu depan (13 November). Antara artis yang bakal mempertandingan lagu mereka adalah Estranged, Nubhan, Jinbara, Riz & Alyah, Aizat, Sixth Sense, Akim, Black, Grey Sky Morning, Adam dan Hafiz.

0 ayat cinta: