Isma Yusof Amuk Soal Dadah, Tak Kisah Digelar Gila
Pelakon Isma Yusof, yang di’tayangkan oleh (Melodi) hari ini bersikap agresif dengan soalan-soalan Michelle yang agak panas. Namun, ramai yang blur dengan isu yang cuba dijelaskan oleh Isma. Kami bongkar arkib lama mengenai Isma, dan ini lah yang kami jumpa.Al-kisahnya, Isma Yusof pernah membuat pengakuan di KOSMO bertarikh 18 Oktober 2009, mengenai diri’nya yang pernah terlibat dengan dadah. Dia mula terlibat dengan ganja ketika berlakon dalam drama Di Antara Garisan. Ketika itu, diri’nya amat tertekan kerana dituduh gila atau bipolar oleh kawan-kawan, membuatkan dirinya mengambil dadah.
Kata Isma lagi, dia mengaku berada di bawah pengaruh ganja. Tetapi yang lebih menyakitkan hatinya apabila kawan-kawan mula menelefon ibu’nya dan memburuk-burukkan dirinya. ‘Kawan-kawan’ ini datang ke rumah Isma dan kononnya mahu menasihati Isma. Akhirnya ibu’nya datang ke rumah dengan dua orang polis dan membawa dirinya ke hospital. Isma masuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama tiga hari pada hari raya dan dimasukkan ke dalam wad psikiatri.
Pendapat kami, Isma lebih menyalahkan ‘kawan-kawan’ sebagai penyebab & semua ini berlaku seperti bukan atas kehendak diri’nya. Logik akal, Isma seorang yang matang dan mampu berfikir, semua’nya terserah kepada dirinya. Kami pasti, andai kata Isma seorang yang berprinsip, diri’nya tidak mungkin terjebak dengan dadah.
0 ayat cinta: