Faizal Tahir Bakal Gegarkan Showcase “Adrenalin” di Hard Rock Kuala Lumpur.
Setelah berjaya melancarkan album Adrenalin di Hard Rock Pulau Pinang minggu lalu, Faizal Tahir kini kembali dengan membawa semangat adrenalin rock yang sama. Kini, kepada peminat yang tak sempat menyaksikan secara live semasa pelancaran album itu di Kuala Lumpur!
Saksikanlah Faizal Tahir di mana beliau akan membuat persembahan di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 30hb Mei 2010 di bawah naungan program muzik istimewa bertajuk “Ambassadors of Rock”.
Ia adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi arena muzik rock dan Faizal Tahir adalah artis yg paling layak untuk membuat persembahan ini. (spreading the universal language of Rock).
Persembahan ini juga meraikan album terbaru beliau, “Adrenalin”. Faizal Tahir telah melancarkan album terbarunya di Hard Rock Cafe Penang dan juga Hard Rock Hotel Penang dan kini tibalah masanya untuk beliau membuat persembahan terhebat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Faizal Tahir adalah artis yang pertama yang diberi kehormatan membuat persembahan di kedua-dua Hard Rock Cafe di Malaysia dalam bulan yang sama.
Baru-baru ini, beliau telah memenangi kejayaan besar di dalam AIM17 (Anugerah Industri Muzik), di mana beliau telah memenangi “Album Rock Terbaik” dan “Album Terbaik”.
“Kami benar-benar rasa berbesar hati kerana Faizal Tahir adalah salah seorang ikon rock yang akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk persembahan istimewa “Ambassadors of Rock” ini”, kata wakil Hard Rock Café Kuala Lumpur.
“Kita telah menggegarkan Hard Rock Penang dan kini tibanya masanya untuk mengegarkan Hard Rock Kuala Lumpur !” kata Faizal “Saya berjanji untuk peminat di Kuala Lumpur, satu persembahan terbaik and bertenaga dari saya, dan berharap peminat akan berada bersama menyokong saya pada malam itu!”, kata Faizal Tahir lagi.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan aksi hebat Faizal Tahir di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 30hb Mei 2010. Persembahan akan bermula pada pukul 11.00malam. Bayaran Masuk showcase istimewa ini adalah sebanyak RM50.00 termasuk 1 minuman ringan secara percuma.
Tentunya tidak sabar untuk menunggu “showcase Adrenalin”!
Hard Rock Cafe Kuala Lumpur bertempat di Wisma Concorde. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian 03-2715 5555.
Dato’ Siti Nurhaliza telah mengumumkan Siti Nurhaliza Productions akan menerbitkan Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan yang menggabungkan penyanyi Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya pada 12 hingga 14 Februari 2010.
Bagi penyanyi popular ini, Aizat dan Faizal Tahir masing-masing punya bakat, karisma serta peminat sendiri.
Kata Dato’ Siti Nurhaliza.
“Faktor utama yang menarik minat saya memilih Aizat dan Faizal Tahir ialah kerana bakat besar yang mereka miliki. Mereka bukan sahaja penyanyi yang berbakat, malahan boleh bermain alat muzik, mencipta lagu dan memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan.
“Aliran muzik yang diperjuangkan oleh mereka diterima baik oleh peminat muzik tempatan terutamanya golongan muda. Tambahan pula, kemunculan mereka dalam industri seni suara amat memberi impak dan membawa perubahan kepada perkembangan muzik tempatan. Muzik yang dibawa oleh mereka juga segar dan mendapat sambutan yang baik oleh golongan muda hari ini.
“Memandangkan konsert ini bertujuan untuk mempromosikan kempen gagasan 1Malaysia kepada masyarakat terutamanya golongan muda, maka pemilihan Aizat dan Faizal Tahir yang dekat dengan anak muda hari ini amat bersesuaian sekali untuk tujuan ini.”
Siti tetap memberi kebebasan sepenuhnya kepada Aizat dan Faizal Tahir untuk memikirkan konsep dan bentuk persembahan.
Aizat dan Faizal Tahir dijangka akan menyampaikan lagu-lagu popular masing-masing di samping lagu-lagu penyanyi lain menerusi aksi solo selama 45 minit setiap seorang. Selain persembahan solo, kedua-dua bintang ini juga akan menampilkan beberapa lagu duet bersama.
Adakah Siti juga akan turut menyanyi? Ini masih tidak pasti sama ada Siti akan membuat persembahan atau pun tidak. Namun, dia lebih selesa jika tidak terlibat dengan perjalanan konsert Aizat dan Faizal Tahir itu kerana ingin memberi penghormatan kepada dua bintang ini untuk menyinar sepenuhnya di konsert mereka.
Penyanyi popular, Faizal Tahir kecewa kerana gagal beraksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik malam ini apabila dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sakit dada.
Faizal yang mempertaruhkan lagu berjudul Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh dirinya sendiri dikatakan mengadu penat dan sakit dada sebelum dibawa ke hospital kelmarin untuk rawatan lanjut kerana mengalami muntah darah.
Lantaran itu, seorang penyanyi di bawah label Monkey Bone akan menggantikan Faizal pada persembahan separuh akhir Muzi- Muzik malam ini.
"Faizal memang sangat kecewa tidak dapat buat persembahan malam ini kerana dia memang sudah membuat persiapan.
"Namun begitu, dia ok kerana sekurang-kurangnya ada penyanyi yang akan menggantikannya menyanyikan lagu tersebut," kata Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, keadaan Faizal ketika ini stabil dan dia mungkin akan terus ditahan di hospital untuk beberapa hari lagi bagi pemeriksaan rapi dan ujian susulan.
Rawatan awal bagaimanapun mendapati penyanyi ini terkena jangkitan kuman pada paru-parunya.
Ditanya adakah Faizal akan kembali beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-24 kelak andai kata lagu Bencinta itu layak ke peringkat akhir, kata Edris:
"Kita tidak tahu lagi macam mana. Jika rezeki memihak kepada lagu tersebut dan Faizal pula sudah kembali sembuh pada masa itu, kemungkinan besar dia sendiri yang akan membuat persembahan.
"Apapun, buat masa ini masih terlalu awal untuk cakap tentang perkara ini. Kami hanya berharap Faizal cepat sembuh," katanya yang enggan mendedahkan nama penyanyi yang menggantikan tempat Faizal itu.
Malam ini, lapan buah lagu akan berentap pada pusingan ketiga separuh akhir Muzik-Muzik iaitu nyanyian Faizal, Misha Omar, Jinbara, Hafiz AF, Tomok, Aizat, Estranged dan Bunkface sebelum 14 buah lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan terus selepas persembahan berakhir.
Faizal Tahir nie suka sungguh buat peminat-peminat dia terharu. Ini baru betul sayangkan peminat. Sanggup menahan kesakitan, derita dan luka di tubuh badan demi mahu menghiburkan hati-hati peminat dia. Memang kami respek lu la bro. Bukan senang nak cari artis macam nie. Selalu artis lain wat derk jer kat fan dia. Siap kengkadang dah janji nak wat show pastue tak datang plak. Artis-artis lain sila jadikan Faizal Tahir sebagai contoh seorang artis popular yang tak lupakan diri.
Kalau korang nak baca cerita penuh dia, sila baca artikel ini sepenuhnya. Sumber dari Mstar.
PENYANYI tersohor, Faizal Tahir mengakui terpaksa makan pil tahan sakit semata-mata untuk menghiburkan peminat-peminatnya selepas membuat persembahan di konsert “Fly FM’s 4th Fly-Anniversary”.
Faizal, yang ditemui di konsert yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama pada minggu lepas, kelihatan masih bertenaga walaupun terpaksa menahan kesakitan.
Malah, pelantun lagu ‘Bencinta’ itu memberi tumpuan penuh kepada persembahan bertenaganya di atas pentas walaupun lutut kanannya masih belum pulih sepenuhnya.
Biarpun pergerakan atas pentas agak terbatas, lontaran suaranya tetap memukau kira-kira 10,000 penonton yang tidak berganjak dari pentas walaupun hujan.
“Semasa berseronok di atas pentas, saya langsung tidak fikir tentang kesakitan pada lutut kanan atau samada saya telah berikan persembahan yang terbaik.
“Saya hanya ingin bergembira dan menghiburkan para hadirin. Selepas ini, saya kena makan pil penahan sakit semula apabila balik ke rumah,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan sebagai artis undangan.
Faizal turut mendendangkan Medley Michael Jackson termasuk Thriller, Smooth Criminal, Human Nature, Man In The Mirror, Black Or White, They Don’t Care About Us dan Beat It.
Beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya tahun ini, Faizal menjalani pembedahan lutut kanannya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur selepas tercedera kerana bermain futsal di 1 Utama.
Kata Faizal, kecederaan lutut kanannya itu sudah berlarutan selama 11 tahun akibat bermain bola sepak.
Namun, Naib juara musim pertama rancangan realiti One In A Million (OIAM) ini tidak menyesal menjalani pembedahan sekarang kerana itu adalah tindakan terbaik.
“Saya sedar saya terpaksa membatalkan beberapa pertunjukan selepas pembedahan itu.
“Memang ia menjejaskan sumber pendapatan saya tapi saya tak nak membuat persembahan dengan bertongkat,” jelas Faizal yang pada mulanya tidak menjalani pembedahan kerana bimbang ia akan mengganggu kerjayanya.
Ditanya sama ada kecederaan di lutut kanannya akan menjejaskan persiapannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2009 nanti pada 20 November ini, Faizal berkata:
“Saya tidak akan beraksi ’selincah’ macam malam ini. Saya mungkin duduk sambil menyanyi,” katanya yang pernah merangkul tiga anugerah untuk lagu ‘Sampai Syurga’ iaitu hadiah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Balada Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal 2009.
Pada pertengahan tahun ini, Faizal juga merangkul empat anugerah di majlis Anugerah Industri Muzik ke-15 iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Artis Baru Terbaik.
Faizal yang memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi kerana persaingan kali ini sangat sengit.
Katanya, selain tiada kategori untuk lagu-lagu yang dipertandingkan, semua lagu adalah antara yang terbaik.
Pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik 2009 di Sri Pentas 2, Shah Alam pada minggu hadapan, Faizal Tahir akan mempertaruhkan lagunya, ‘Bencinta’.
Faizal yang selalu mendapat jolokan ‘Superman’ akan berentap dengan Bunkface (Situasi), Tomok (Rindu Terhenti), Stacy (Pakai Buang), Jinbara (Patri), Aizat (Pergi), Misha Omar (Cinta Adam dan Hawa), Hafiz (Masih Jelas), dan Noraniza Idris (Enjut).
Dalam perkembangan berkaitan, Faizal memberitahu dia mengeluarkan album baru pada bulan Disember ini.
Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan tajuk album itu dan berharap dapat memuatkan 10 buah lagu dalam album terbarunya itu.