Nuansa Pancar Keriangan

Tuesday, November 10, 2009 marina 0 Comments



Turutkan fantasi zaman kanak-kanakmu merias wajah dengan rona-rona pelangi. Pentas peragaan terkini turut disimbahi warna-warni. Cosmo nampak merah samar, ungu dan kuning di Christian Dior, oren dan ungu di Sonia Rykiel, hijau keemasan di Ossie Clark dan biru membintangi riasan di Nicole Miller.

Kini kamu ada sebab untuk pakai semua warna pada palet pembayang matamu. Dan Cosmo nampak potensi pada Haza Ayunni, 19, (pelajar jurusan pergigian) untuk “membawa” empat rona pembayang mata sekali gus!

Wajahnya yang 'cute' itu pasti lebih ceria dengan rona-rona terang. 'Golden rule: Keep the lips simple!'

Jawapan Cosmo



1. Tutup semua cela
Kamu tak mahu fokus kepada cela wajah, jadi samar bintik dan lingkaran gelap. Guna berus untuk mudah 'blend'. Pedapkan berus dan sapu bedak asas dengan sekata. Cuba Guerlain Parure Gold Precious Light, RM147.
 

2. Gabungan tiga warna
Mula warna pertama (hijau) pada sudut dalam mata. Sapu sedikit condong ke luar dan adun garisan antara dua pembayang. Cuba Maybelline Eyestudio Diamond Glow rona Fresh Green, RM33.90.
 

3. Pembayang Untuk Garis
Garis bawah mata dengan pembayang ungu. Jika ingin warna lebih terang, celup berus ke dalam air sebelum sapu. Gariskan beberapa kali agar warnanya 'pop out'. Shiseido Maquillage Eyes Creator 3D, RM135.
 


Clarins Summer Glow Palette SPF15, Limited Edition, RM135. M.A.C Suntints SPF20 Liquid Lip Balm, (harga tidak dinyatakan). The Body Shop Precious Pearlescents Eye Trio, (harga tidak dinyatakan).

Selepas: Nampak ceria bermaya dirias pelbagai rona.Selepas: Nampak ceria bermaya dirias pelbagai rona

0 ayat cinta: