Kejayaan kempen Everyone Connects
LAGU Through My Window yang menjadi tema bagi kempen Everyone Connects oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) terus mendapat sambutan hangat terutama golongan muda.Apatah lagi selepas penyanyi popular Mila, Tomok, Dafi, Shila (One In A Million), Reshmonu, Akim dan Bunkface menampilkan dengan cara tersendiri.
Menerusi kempen ini orang ramai boleh menyanyikan lagu Through My Window dengan cara memuat naik melalui laman web www.everyoneconnects.com.
Selain itu mereka juga boleh mengenengahkan bakat mereka melalui kaunter promosi Everyone Connects yang diperkenalkan oleh TM di tempat-tempat terpilih.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan TM, Sherene Azura Ali berkata, kempen itu setakat ini berjaya mengumpulkan kira-kira 6,600 kreativiti orang ramai melalui video dan audio yang telah dimuat naik dalam laman web berkenaan.
''Jika Mila, Dafi, Shila, Akim, Reshmonu dan Bunkface boleh menyanyi dengan cara mereka, pasti ada ramai lagi yang berada di luar sana boleh mengatasi cara persembahan artis-artis itu.
Kempen ini juga semakin rancak apabila terdapat 17,000 peminat yang mengikuti perkembangannya menerusi laman sosial, Facebook selain radio dan surat khabar," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang program Ganjaran Call & Win TM 2009, minggu lalu.
Ia bagi menghargai pelanggan TM Homeline yang baru atau sedia ada kerana kesetiaan mereka melanggan perkhidmatan talian tetap di rumah.
Dalam majlis berkenaan, seorang pengetua daripada sebuah sekolah di Tanjung Malim, Perak telah memenangi sebuah rumah dua tingkat unit tepi untuk hadiah utama manakala Mohd. Sazali Sultani, penyelia daripada sebuah syarikat petroleum dan gas dari Sungai Gandut, Seremban memenangi Toyota Vios.
Lima pemenang tempat ketiga milik Patimah Ismail dari Gemas, Negeri Sembilan, Mohd. Rashid Ahmad (Bahau, Negeri Sembilan), Zakaria Kamarudin (Sekinchan, Selangor), Zainab Kassim (Ampang, Kuala Lumpur) dan Ang Chee Keng (Kepong, Kuala Lumpur). Kesemua mereka membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Nouvo.
Sementara lapan pemenang lain menerima Macbook dan Sony PlayStation 3
0 ayat cinta: