Showing posts with label Muzik muzik. Show all posts

Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24

nak ucapkan jutaan tahniah kepada semua finalis. Berikut ini, senarai 14 buah lagu yang berjaya untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-24:
  1. Aku Skandal - Hujan
  2. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah
  3. Aurora - Estranged
  4. Bengang - Akim
  5. Aku Rindu Sayang Kamu - Black
  6. Dan Sebenarnya - Yuna
  7. Rindu Terhenti - Tomok
  8. Pakai Buang - Stacy
  9. Kau Aku - Aizat
  10. Pergi - Aizat
  11. Situasi - Bunkface
  12. Benchinta - Faizal Tahir
  13. Adam dan Hawa - Misha Omar
  14. Masih Jelas - Hafiz
Banyak juga lagu yg dinyanyikan oleh penyanyi yang lahir dari realiti TV telah terpilih. Mmm… macam tak biasa. Tapi ini pertandingan lagu, bukan pertandingan vokal penyanyi.

Seronok tengok finalis yang diberi peluang berucap. Jangan lupa terima kasih kalian pada Tuhan jugak.
Tahniah kepada semua finalis~!

Agak-agak korangla, siapa yang akan menang?

Spekulasi Muzik-Muzik Separuh Akhir


Belum pun diumumkan lagu yang mana akan layak ke Juara Lagu 2009, spekulasi mula melanda Muzik-Muzik Separuh Akhir. Ada sahaja cakap-cakap yang kurang enak didengar. Walaupun tahun ini format telah bertukar iaitu tiada lagi pertandingan secara kategori, tetapi masih ada yang cuba mempertikaikan sistem penjurian yang digunakan oleh pihak TV3.

Sebelum GUA bercerita panjang tentang isu ini, baik GUA jelaskan sekali lagi bahawa bermula 4 April 2009 lalu, setiap pencalonan lagu yang bertanding tidak lagi tertakluk kepada kategori tertentu. Ini bermakna, lagu-lagu yang dipertandingkan adalah lebih terbuka dan tidak terbatas kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock seperti yang dipertandingkan sebelum ini.

Untuk melayakkan sesebuah lagu ke peringkat separuh akhir pula, ia dipilih melalui markah tertinggi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik. Daripada 112 lagu yang dicalonkan tahun ini, hanya 30 buah lagu berjaya ke peringkat separuh akhir.

Format pemarkahan separuh akhir adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan. Hanya lagu yang mendapat markah tertinggi boleh ke Juara Lagu ke-24. Maknanya, lagu-lagu yang diumumkan sebagai Top 5 sebelum ini bukan lagi sah sebagai calon akhir.

Berbalik kepada spekulasi tadi, ada sesetengah pihak kurang bersetuju apabila TV3 menggunakan khidmat barisan juri yang sama bagi setiap pusingan separuh akhir. Ini kerana mereka menganggap dengan tidak menukar juri, pemilihan lagu akan lebih cenderung kepada genre yang diminati oleh juri iaitu Azlan Abu Hassan, Moharis Yaakub, Ahadiat Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan, selaku ketua juri. Jika ini berlaku, mungkin lagu-lagu yang sepatutnya layak ke akhir tidak akan terpilih.

Bagaimanapun, dakwaan ini disangkal oleh pihak TV3. Menurut Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria, isu ini sepatutnya tidak perlu dibahaskan kerana keputusan TV3 untuk menggunakan barisan juri tetap untuk ketiga-tiga pusingan separuh akhir adalah kerana sistem terbuka yang diguna pakai sekarang ini.

“Barisan juri yang kami pilih adalah mereka yang benar-benar layak dan profes\sional. Mereka pasti boleh memilih lagu yang mana benar-benar layak untuk ke Anugerah Juara Lagu. Masing-masing ada kepakaran sendiri. Jadi tidak mungkin pemilihan nanti akan terarah kepada satu atau dua genre lagu sahaja. Perkara sebegini tidak akan terjadi,” ulas Fadzliniza kepada pihak media ketika sidang media Muzik-Muzik Separuh Akhir Jumaat lalu.

Ditanya tentang kebarangkalian lagu-lagu yang layak ke peringkat akhir nanti akan dinilai semula dan mungkin ada rombakan semula, Fadzliniza tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut.

Dalam masa yang sama, Fadzliniza turut diminta mengulas tentang dominasi bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) pada minggu kedua Muzik-Muzik Separuh Akhir itu. Ini kerana tiga daripada lagu yang diumumkan sebagai Top 5 adalah nyanyian daripada Stacy, Akim dan Nubhan. Riz dan Aizat turut berada di pentas walaupun bukan Top 5.

“Sekali lagi saya ingin ingatkan, Juara Lagu bukan pertandingan di antara artis, tetapi ia mempertandingkan lagu-lagu yang bagus. Jadi siapa pun yang menyanyikan lagu tersebut tidak menjadi masalah. Kalau lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bekas pelajar AF ini bagus, tidak salah untuk TV3 memberi ruang kepada lagu ini bertanding.”

tak puas hati..

hisshhh tak puas betul la aku.. pasal apa.. pasal muzik muzik.. top 5 yang dipilih secara rawak terhapa hapa ntah.. dari minggu lepas lagi.. aku kecewa betul la macam nie.. macam nak banned jer juara lagu januari nie..

minggu lepas yuna boleh masuk.. lagu sebenarnya biasa jer.. tak la sedap mana.. takat main gitar suara biasa jer.. minggu nie lagi sekali terhapa2.. nampaknya juara lagu kali nie tak berseri.. lagu yang masuk pusingan kedua..

1. Aurora - estranged
2. Stacy - pakai buang
3. Nubhan - seadanya aku
4. Akim - bengang
5. Black - aku sayang aku rindu

sedih aku.. lagu alyah duet sama riz tak masuk.. da la sedap lagu tue.. dorang nyanyi pun ok.. lepas tue lagu khatimah cinta 6ith sense pun tak masuk.. padahal lagu tue best sangat muzik dia.. suara pun sedap.. entah la.. bukan nak emosional tapi tak puas hati..

harap harap minggu depan yang dapat masuk final adalah yang sepatutnya.. kalau tak.. aku tak nak tengok Ajl awal tahun depan..

Muzik Muzik: Lagu Jac Tak Masuk Top 5



Kegagalan Lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian Jaclyn Victor  (Jac) untuk berada dalam senarai Top 5 pertandingan peringkat separuh akhir, Bahagian 1, Muzik Muzik di Plaza Alam Sentral 2, malam tadi, ternyata mengundang kejutan.

Bertamu Di Kalbu ciptaan Anjang daripada kumpulan Jinbara sebelum ini dilihat sebagai sebuah balada  berunsur rock yang mempunyai kekuatan yang tersendiri dari sudut  melodi dan lirik. Malah Jac sendiri telah berjaya membawakan lagu dengan pada tahap yang cukup baik sekali. 

Barisan juri telah sebulat suara  memilih Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian Alyah, Kau Dan Aku (Aizat), Dan Sebenarnya (Yuna), Aku Scandal (Hujan) serta Raja Gelek (One Nation Emcees) sebagai lagu yang mendapat markah paling tinggi.

Namun keputusan malam tadi bukanlah muktamad  kerana ia bergantung juga kepada persembahan artis lain pada minggu seterusnya. Dengan erti kata lain, pemilihan 14 lagu ke final akan diketahui selepas melihat kedudukan markah selepas 3 minggu Separuh Akhir bersiaran.

Barisan juri yang bertugas adalah komposer Helen Yap, Azman Abu Hassan, penulis lirik Mohariz Yaakob, novelis Ahadiat Akashah serta Azhar Borhan selaku Ketua Juri.

Format permarkahan pertandingan separuh akhir ini adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus penilaian yang dibuat sebelum persembahan.

Lagu lain yang gagal berada di dalam senarai Top 5 ini adalah Mirage daripada Pesawat, Dia, AKu Dan Kamu ( Nadia & Red Peanut), Oh Anok Anok (Reshmonu), Enjut (Noraniza Idris) serta Gila (Mila).

Separuh akhir Bahagian 2 pula akan diadakan pada di tempat yang sama minggu depan (13 November). Antara artis yang bakal mempertandingan lagu mereka adalah Estranged, Nubhan, Jinbara, Riz & Alyah, Aizat, Sixth Sense, Akim, Black, Grey Sky Morning, Adam dan Hafiz.