Nora Danish Tersingkir Dari 'Spa Qistina'?

Tuesday, November 10, 2009 marina 0 Comments

tatkala diingatkan segala kontroversi dalam hidupnya sudah berlalu pergi, tiba-tiba pelakon comel Nora Danish menjadi tajuk berita dalam dua akhbar tempatan hari ini.

Menurut laporan Harian Metro - 'Nora tidak disingkir' - satu SMS telah dikirimkan kepada akhbar tersebut memaklumkan penyingkiran Nora dari 'Spa Qistina'. Ini kerana masalah disiplin dan kegagalan Nora menjiwai wataknya dengan baik. Dalam 'Spa Qistina', Nora memainkan watak Maya, isteri kepada Dafi, lakonan Fazren Rafi.

Juga disebutkan dalam artikel tersebut, satu insiden pergaduhan di antara Nora dan Fasha di lokasi. Cerita yang sama turut  dilaporkan di dalam Utusan Malaysia (lihat di bawah).

Bila ditanyakan kesahihan kedua perkara itu, penerbit Global Station Sdn Bhd Zaiton Mohd Jiwa menafikannya. Jelasnya, Nora seorang yang sangat profesional dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah disiplin. Katanya juga, tidak berlaku pergaduhan di antara Nora dan Fasha di set. Sebaliknya, dia melihat apa yang berlaku sebagai "ada orang cuba menangguk di air keruh."

Terang Zaiton, pengunduran Nora disebabkan pertindihan jadual penggambaran 'Spa Qistina' dan sebuah filem lakonannya, ekoran dari perubahan jadual penggambaran 'Spa Qistina'.

Perubahan jadual berlaku apabila pihak Astro meminta agar penggambaran dibuat semula kerana "produksi tidak memenuhi kualiti yang ditetapkan" ditambah pengakuan pengarah bahawa dia tidak mampu memenuhi permintaan Astro. Atas sebab itu, Zaiton telah memberhentikan penggambaran selama empat hari untuk mencari pengarah dan kru baru. Zaiton juga mengakui telah menawarkan watak Maya kepada Natasha Hudson tetapi semuanya masih dalam perbincangan.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komennya mengenai perkara ini, Nora yang terkilan kerana nampaknya ada cubaan untuk memburukkan namanya, memberitahu penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2' (JPBC2) sepatutnya dimulakan pada 15 November ini. Tetapi pihak Metrowealth mengizinkannya menyelesaikan penggambaran 'Spa Qistina' sehingga 20 November.

“Masalah timbul bila babak membabitkan Nora pada 29 dan 31 Oktober serta 1 dan 2 November terpaksa ditunda. Bila kembali semula ke lokasi 5 November lalu, saya diberikan jadual baru yang bertindih dengan JPBC2. Bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari, Nora berundur daripada 'Spa Qistina'. Mustahil untuk saya lakukan dua kerja dalam satu masa, apatah lagi jadual dengan JPBC2 sangat ketat," katanya.

Fasha tipu untuk dapatkan tawaran 'Spa Qistina'?
Di dalam Utusan Malaysia - 'Nora Danish dan pelakon 'tut gaduh di lokasi?' - Nora dan Fasha dikatakan telah bergaduh di set 'Spa Qistina'. Mengikut cerita, Fasha yang tidak sepatutnya berada di lokasi, telah tiba-tiba hadir di situ. Kononnya, bila mereka berdua bertemu, masing-masing telah meninggalkan lokasi menyebabkan penggambaran tergendala.

Dalam artikel sama, juga dikongsi satu lagi cerita yang sedang hangat disebarkan, dimana Nora dikatakan kurang senang dengan tindakan Fasha cuba menggunakan insiden mereka bersalaman baru-baru ini untuk mendapatkan tawaran lakonan dalam 'Spa Qistina'. Pihak produksi, kerana mempercayai Fasha sudah berbaik dengan Nora, pun menawarkan satu watak padanya.

Ekoran dari insiden ini, Nora yang pada awalnya ingin berbaik semula dengan Fasha, terus membatalkan hasratnya itu.

0 ayat cinta: