Showing posts with label Af. Show all posts

Bintang AF Dominasi Separuh Akhir 2


Bagaikan sebuah konsert Akademi Fantasia (AF) begitulah suasana yang tercetus dalam pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik (Bahagian 2) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Daripada 11 lagu yang dipertandingkan, 7 daripadanya telah dipersembahkan bekas bintang AF termasuklah juara AF musim 6 iaitu Stacy yang mendapat sorakan paling meriah daripada peminat yang berada di dalam dewan tersebut.

Suasananya lebih terasa apabila bebeberapa bintang AF ini turut mendapatkan sokongan padu daripada ahli kelab peminat mereka bersama sepanduk yang tertera nama dan wajah mereka.

Begitu pun, barisan juri telah sebulat suara  memilih Aurora nyanyian kumpulan Estranged, Pakai Buang (Stacy), Seadanya Aku (Nubhan), Bengang (Akim) dan Aku Rindu Sayang Kamu (Black) sebagai lagu Top 5 dalam pertandingan itu.

Namun keputusan malam tadi bukanlah muktamad  kerana ia bergantung juga kepada persembahan artis lain pada minggu seterusnya. Dengan erti kata lain, pemilihan 14 lagu ke final akan diketahui selepas melihat kedudukan markah selepas 3 minggu Separuh Akhir bersiaran.

Barisan juri yang bertugas adalah komposer Helen Yap, Azman Abu Hassan, penulis lirik Mohariz Yaakob, novelis Ahadiat Akashah serta Azhar Borhan selaku Ketua Juri.

Format permarkahan pertandingan separuh akhir ini adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus penilaian yang dibuat sebelum persembahan.

Lagu lain yang gagal berada di dalam senarai Top 5 ini adalah Tahu Tak Tau Berjoget (Jinbara), Ku Pinjam Satu Bintang (Riz & Alyah), Fikirlah (Aizat), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Cinta Gila (Grey Sky Morning) serta Benar-Benar (Adam).

Separuh Akhir Bahagian 3 pula akan diadakan pada di tempat yang sama minggu depan (20 November). Antara artis yang bakal mempertandingan lagu mereka adalah Bunkface, Tomok, Jinbara, Stacy, Aizat, Faizal Tahir dan Misha Omar.

Babak Peluk Akim, Noni Dapat Perhatian



Selepas tengok drama Kau & Aku di Astro minggu lalu, Murai Batu makin seronok pula melayan drama lakonan bakat baru seperti Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila dan Farish Aziz ini.


Ramai juga memberikan komen positif dan tidak kurang mengkritik drama itu terutama dari segi lakonan. Antaranya, ada pihak kurang setuju dengan pemilihan Mila dan mahu tempat Mila digantikan dengan Aishah AF7. Biasalah, semua kan masih baru, lama-lama nanti OK lah tu.


Ada juga komen tentang babak Noni terjatuh di pangkuan Akim. Kata mereka aksi itu macam sengaja dibuat-buat. Tapi kata mereka Akim tentu suka dengan adegan tersebut dan cuba mengambil kesempatan untuk memeluk Noni. Alah, janganlah macam tu, semuanya kan hanya lakonan.

Dari segi lakonan, Murai Batu perhatikan, Ika Nabila, Farish dan Noni lebih bersahaja, mungkin sebab mereka sudah lama berlakon berbanding yang lain.


Dalam pada itu, bintang-bintang Kau & Aku akan turun ke gelanggang bola Ahad ini untuk kejohanan EPLx Kosmo Football Fever anjuran akhbar Kosmo! Pasukan mereka itu yang bergelar Fantastik Murai telah ditubuhkan oleh murai.com.my untuk menetang pasukan lain dari pagi sampai ke malam. Ia berlangsung di Sports Planet Shah Alam, Seksyen 16. Datanglah bersorak kalau ada masa.


Dan bagi mereka yang minatkan si Noni pula, jangan lupa bertandang ke Gempak Desa Astro bersama Mawi dan ramai lagi artis di Kluang, Johor esok, Sabtu.

*credit to murai.com*

'Desperate' Ke Marsha?


Dahlah dilihat ramai sebagai gedik, kini, sebab pengakuannya meminati Yusry KRU, Marsha Milan Londoh sudah mendapat label baru - 'desperate'.

Namun bagi anak muda berusia 23 tahun ini, apa yang berlaku itu sebahagian daripada kehidupan seorang selebriti.

"Saya dan kawan saya masa tu bergurau je. Kami tak sangka pun benda itu akan diperbesarkan begini. Tapi iya-lah, selepas ni saya kena lebih berhati-hati kerana semua yang kami (artis) lakukan akan menjadi bahan orang."

Jadi, Marsha tak menaruh apa-apa perasaan langsung pada Yusry? "He is a cute guy tetapi perasaan saya terhadapnya lebih kepada 'respect' kerana dia seorang 'workaholic' dan semua hasil kerjanya 'superb'.

"Sebelum ni, saya sudah selalu dikaitkan dengan ramai lelaki. Sebab itu saya tak ambil 'pot' sangat pun perkara ini. Of course, it hurts tapi selepas hampir empat tahun dalam bidang ini, saya tahu bagaimana untuk menjaga diri saya. Tak kisahlah kalau ada yang melihat saya sebagai 'desperate'. Itu cuma kata orang yang tak mengenali saya."

Tambahnya lagi, dia kini gembira melayari kehidupan sebagai orang bujang. Dengan rezeki lakonannya yang semakin murah, masa yang ada dihabiskan dengan bekerja. Ditambah pula, dia dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak dengan sebuah label rakaman.

Mengenai persepsi yang dia gedik, jawab Marsha, "Saya akui saya seorang yang manja dan 'hyper' tapi itu tak bermaksud saya seorang yang jahat. Ibu saya tahu saya seorang yang manja. I'm just being myself. I know my heart, bila saya boleh bergurau dan serius."

Marsha ditemui selepas tayangan media 'Senario The Movie Episod 2: Beach Boys' Selasa lalu. Berlainan daripada wataknya sebelum ini yang lebih lemah-lembut, sombong dan 'bitchy', sebagai Zuraidah, Marsha buat pertama kalinya membawa watak seorang 'tomboy'.

"Itu antara sebab utama mengapa saya terus mengambil tawaran ini. Saya mahu peluang membawa pelbagai jenis watak bukan saja yang gedik-gedik, mengada-ngada. Saya mahu buktikan yang saya boleh memainkan berlainan watak."

Selain sibuk dengan promosi untuk 'Senario The Movie Episod 2: Beach Boys' serta single terbarunya, "Yang Terbaik", karya Edry KRU, yang sudah dimainkan di corong-corong radio sejak dua bulan lalu, Marsha juga sedang mempromosikan docu-drama 'Korban 44' yang sedang ditayangkan di Astro Citra.

Marsha bukan sahaja pelakon utama tetapi telah menyumbangkan sebuah lagu, "Janji" untuk docu-drama tersebut. 'Korban 44' yang juga dibintangi Farid Kamil dan Dian P Ramlee, adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 29 Ogos 1996 di Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak di mana satu tragedi banjir lumpur telah mengorbankan 39 nyawa sementara lima orang gagal dikesan.

Jika tiada aral, dia akan memulakan penggambaran untuk sebuah filem, yang menurut pengurusnya seperti filem 'Walk The Line', lakonan Reese Witherspoon dan Joaquin Phoenix. Marsha juga terlibat dalam sebuah sitkom bersama Afdlin Shauki untuk TV9 berjudul 'Berita Terakhir' ala 'Saturday Night Live'.