Showing posts with label fakta. Show all posts

Buat LELAKI...baca ni...jgn tak tau psl wanita..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

khas buatmu....lelaki...

Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa
kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang
bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan
kerana aku buruan syaitan.

Adam! Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai
bilangannya di akhir zaman. Itulah ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jiak bilangan kaummu mengatasi kaumku , nescaya merahlah dunia dengan
darah dan kacau bilaulah suasana. Adam sama Adam bermusuhan kerana
Hawa. Buktinya, peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu-cicitnya.
Jika begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi tidak lebih daripada
empat pada satu waktu.

Adam! Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Atau sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau dan
gundah menyaksikan tingkah lakumu. Sejak dulu lagi aku sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu. Namu, terasa berat
pula untukku menyatakan isi hati
Adam! Aku tahu, Al-Qur’an ada menyatakan kaum lelaki memimpin
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab
untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasiku agar sentiasa dalam
redha Allah. Tapi, aku dan kaumku ini telah ramai yang mendurhakaimu.
Menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan. Allah perintah aku
tinggal di rumah. Bukan berjalan-jalan di pasar atau di bandar
sewenang-wenangnya. Jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup
ikut syariat. Tapi, ramai Hawa yang melanggar batas-batas itu.
Adam! Mengapa kau biarkan aku menjadi begini? Aku jadi ibu.
Jadi guru. Menjaga dan mendidik anak-anakmu. Waktu yang sama aku
mengurus dan mentadbir negara. Ke hutan memikul senjata. Padahal, kau
duduk saja.

Ada
diantara kaummu yang mengganggur. Kau tidak seperti
dulu lagi, Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?
Adam! Marahkah kau jika ku katakan, Andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam? Orang kata, jika
anak jahat, emak bapa tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru tak tahu
mengajar! Adam kau selalu kata, Hawa memang degil. tak mahu
mendengar kata. Tak mudah makan nasihat. Kepala batu. Pada hematku
yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, Apakah didikanmu
padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah
layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah
akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?

Adam! Sebenarnya kau imam dan aku makmum. Aku pengikutmu dan kau
ketuaku. Jika kau benar, maka baiklah aku. Jika kau lalai, aku juga
lalai. Kau punya kelebihan akal, aku pula kelebihan nafsu. Akalmu
sembilan, nafsumu satu.Aku! Akalku satu nafsuku beribu. Oleh itu Adam,
pimpinlah aku dari kelalaian. Aku sering tergelincir kerana dorongan
nafsuku dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku menghayati kalimah suci
Allah. Dengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar terang hidupku. Hembuskan
roh jihad ke dalam hatiku agar aku menjadi mujahidah. Kekasih Allah.
Adam! Seandainya aku masih lalai kerana sikapmu sendiri. Segan
menuruti langkah para sahabat. Masih gentar mencegah mungkar. Maka,
tunggu dan lihat kehancuran dunia ini apabila kaumku memerintah. Kau
akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Lebih teruk lagi, engkau
malu dan bersalah pada Tuhanmu yang kau agungkan itu.


*Ini hanya satu renungan, tidak bermaksud untuk menjatuhkan sesiapa.
Semua ciptaan Allah indah. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha
Mengetahui ciptaanNya. Wallahu a’lam….
> Pertama:- Ayahnya
> Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
> Kedua:- Suaminya
> Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam
diri.walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia
akan ditarik oleh isterinya.
> Ketiga:- Abang-abangnya
> Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja! Dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
> Keempat:- Anak Lelakinya
> Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak
harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH
S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU… .."
> Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA. Semua kaum muslim masuk syurga….. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA
HISAB.

every body must know


our hearts beats around 100,000 times every day.


our blood is on a 60,000- mile jouney


our eyes can distinguish up to one million color surface and take in more information than the largest telescope know to man.

our lungs inhale over two million litres of air every day, without thinking. they are large enough to cover a tennis court.

our hearing is so sensitive it can distinguish between hundreds of thousands of different sounds.


our sense of touch is more refined than any device ever created.


our brain is more complex than the most powerful computer and has over 100 billion nerve cells.


we give birth to 100 billion red cells every day.


when we touch something, we send a message to our brain at 124 mph.


we have over 600 muscles.


we exercise at least 30 muscles when we smile.


we are about 70 percent water.



we make one litre of saliva a day.



our nose is our personal air-conditioning systerm : it warm cold air, hot air and filters impurities.


in one square inch of our hand we have nine fet of blood vessels, 600m pain sensors, 9000 nerve endings, 36 heat sensors and 75 presure sensors.

facts

facts



1. The Statue of liberty's index finger is eight feet long.



2. Rain has never been record in some parts of the atacama desert in Chile.



3. A 75 years old person will have slept about 23 years.



4. Boeing 747's wing span is longer than the Wright brother's first flight. the wright brother's invented the airplane.



5. There are as many chicken on earth as there are human.



6. One type of hummingbirs weigh less than a penny.



7. Kangaroos can't walk backwards.



8. Shark can live up to 100 years.



9. Mosquito are more attacted to the color blue than any other color.



10. Most 75 acres of pizza are eaten in the U.S everyday.



11. Koalas and human are the only animals that have finger prints.



12. Octopus have three heart.



13. A Blue Whale's tongue weights more than an elephant.



14. A bamboo can gro up to 3 ft in 24 hours.

Look Before You Leap

samuel johnson has said that it is too late to look for instruments when the work call for execution. here are some idioms on "look"

1 ) ' Look before you leap '

- something that you say in order to advice someone to think about possible problems before doing something.

2 ) ' Look daggers at somebody '

- to look very angrily at someone


3) Look down one's nose at something / somebody' (informal)

- to think that someone is less importhant than you or that something is not good enough for you ; to show contempt towards some body.


4 ) 'Look (like) a million dollars'

- to look or feel extremely attractive.


5 ) ' Look to one's laurels'

- to make an extra effort to succeed because there is more competition; to ensure that one will retain his reputation

6) ' Dont look a gift horse in the mouth'

- means that you should not criticize or feel doubt about something good that has been offered to you.



7 )' Like looking for a needle in a hay stack '

- to be difficullt or impossible to find.



8) ' If looks could kill '

- something that you say in order to describe thE unpleasant or angry way in which someone looked at yOu.



9 ) ' Take a long, hard look at something ;

- to examine something very carefully in order to improve it in the future.


10) ' give'shoot somebody a dirty look '

- to look at someone in an angry, unpleasantway.



11 ) 'Looks like somethimh the cat brought/dragged in'

- means some one is very untidy and dirty.


12 ) ' Looks like a drowned rat '

-means utterly soaked for wet in heavy rain.



13) ' Look the part '

- to look suitabl for a particular situation.


14 ) ' Looks somebody in the eye/eyes '

- to look directly at someone without inhibitions, fear or shame.



15 ) ' Look right/ straight through somebody '

- to behave as if you do not see someone when you look at them, either because you do not notice them or because you are ignoring them.


16 ) ' Look the other way '

- to ignore something wrong or unpleasant that you know is happening instead of trying to deal with it.


17 ) ' Look on the bright side '

- to try see something good in a bad situation.



18) ' Look lively ' (informal, old-fashioned)

- something you can say to tell someone to hurry.






BULAN KELAHIRAN & SIFAT ANDA (Research by Dato' Dr. Fadzilah Kamsah)



BULAN KELAHIRAN & SIFAT ANDA (Research by Dato' Dr. Fadzilah Kamsah)




DISEMBER




* Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik











Oh! Mengapa Yahudi Bijak?

Oh! Mengapa Yahudi Bijak?




Agaknya mengapa orang yahudi bijak? Dan percayalah, sekuat mana pun kita memboikot produk-produk mereka, mereka pasti akan hanya tersenyum sinis. Mungkin bagi mereka peduli apa ye tak? Hurm, mengapa mereka tak pernah heran? Baca artikel di bawah. Sebuah artikel yang sangat bagus malah terlalu bagus untuk semua!





Jika korang memang pemalas nak baca artikel panjang-panjang, korang tetap jugak dinasihatkan untuk baca. Please lah baca!!





Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.





Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?




Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.





Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.





Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.





Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.





Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.





Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.





Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembaCool. Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)





Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.





Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.





Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.





Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.





Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!





Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.





Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.






Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok?US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!





Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.






Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi?Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!






Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.





Regards,

WAN NORHANIS BINTI WAN JEHARI
Business Process Management, PMO
Bank Islam Malaysia Berhad
DL : 03-26151574
Fax: 03-26151560





p/s: aku hanya forward kan untuk pengetahuan umum semua orang..


Facebook adalah produk Yahudi!!

nie aku dapat email dari kawan aku.. aku rasa tak salah kalau aku nak post kan dalam blog.. nie untuk makluman korang semua gak.. aku foward kan jer email dia.. baca la ea..


LEPAS KITA BACA DAN FAHAM DENGAN TUJUAN SI LAKNAT YAHUDI INI BAIK KITA SEMUA TUTUPMENGUNAKAN FACEBOOK.. ERTI KATA KITABERHENTI MENYOKONG KEGIATAN YAHUDI....


Mana yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan..
Wallahualam


Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang.

Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.

Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!


Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.


Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?


Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?


Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.


Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?


Sedikit Info tentang AEPi:


1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti..
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.


Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?


Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.


Kata XX: Simpton bosan






kata xx: simpton bosan


hahahaa.. simpton bosan nie setiap orang mengalami la.. cuma macam mana nak handel jer.. tapi kalau tak handle betul2 simpton bosan nie boleh jadik gila.. hahahaa


hari nie aku amik part xx dalam berita harian hari nie.. menemubual fazura.. aku minat gak fazura.. sebab bagi aku dia berbakat.. jom kita tengok.. so nie adalah entry ke2 hari sabtu nie ea..

aktress nurfazura berkongsi 5 tanda wanita bosan..

1. Jika sudah bosan, saya pasti ramai wanita akan pergi membeli-belah di kompleks. Jika tidak membeli pun, peluang berjalan-jalan melihat pelbagai barang yang digemari sudah memadai bagi menghilang rasa bosan.



2. Apabila tidak ada aktiviti, wanita mulalah bosan. Sesetengah wanita terutama yang mementingkan penampilan diri, cenderung menggunakan waktu terluang untuk memanjakan diri di spa. Bukan saja masa dimanfaatkan, tubuh juga segar!

3. Jika melihat wanita yang selama ini sibuk dengan kerjaya dan memberi alasan kononnya tidak mempunyai masa mengemas dan menghias rumah, tiba-tiba memegang penyapu atau menggunakan pencuci vakum - itu tandanya mereka sudah bosan duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti!


4. Jangan tidak percaya, ada wanita menghilangkan rasa bosan dengan makan sepuas-puasnya.


5. Bagaimana pula andai wanita bosan dengan lelaki? Tentunya wanita jarang menghubungi atau menerima panggilan lelaki terbabit serta tidak berminat untuk berbual atau keluar bersama. Faham-fahamlah ya!



p/s: so itu bagi pandangan fazura ea.. tapi aku rasa no 4 Jangan tidak percaya, ada wanita menghilangkan rasa bosan dengan makan sepuas-puasnya.. itu memang fakta palung tepat.. sebab aku selalu wat macam tue.. hahahahaa...