Showing posts with label meet uncle hussain. Show all posts

Meet Uncle Hussain Kaki Perempuan, Hisap Dadah Dan Minum Arak?


bekas manager MUH
Siti Nurshakimi Bakri nampaknya telah mengeluarkan satu statement yang amat mengemparkan tentang kumpulan Meet Uncle Hussein. Dia telah mengaku yang dirinya adalah bekas pengurus kumpulan MUH dan menyatakan ke”fed-up”annya dengan kumpulan tersebut. Katanya kumpulan MUH hanya tahu minum, ambik dadah dan main perempuan. Biar betik?
Kami tak tahu sama ada si Siti Nurshakimi Bakri ini memang sebenar-sebenarnya bekas pengurus MUH ataupun tidak. Tapi dia siap bagi nombor telefon lagi kat situ. Nampak memang macam bengang betul-betul. Kita tunggu dan lihat statement seterusnya nanti. Atau ini hanya sekadar satu konspirasi untuk menjatuhkan MUH? Siapa tahu kan?
Macam-macam betul dengan dunia hiburan tanah air kita nie.

Drama King – Meet Uncle Hussain Feat Black Mentor : Seperti Ditujukan Kepada Lan

Kami suka dengan arrangement lagu terbaru daripada Meet Uncle Hussain, Drama King yang cukup segar & kena dengan telinga pendengar muda. Hampir setahun Meet Uncle Hussain bergolak dengan isu dalaman, bermula dengan masalah displin Lan, dan kemudian’nya Lan menarik diri dan menubuhkan band baru bernama Lan & The Typewriter.

Meet Uncle Hussain seperti kehilangan arah & lebih banyak menumpukan kerja di belakang tabir.

Selepas setahun memenangi AJL 2008, akhirnya Meet Uncle Hussain melancarkan single terbaru mereka, dengan menampilkan Black sebagai penyanyi. Sudah kami kata, Black Mentor berjaya mencuri tumpuan Meet Uncle Hussain kerana keupayaan’nya bernyanyi dalam nada yang tinggi, sesuai dengan imej band Meet Uncle Hussain.

Khabar angin mengatakan Black bakal menjadi vokalis Meet Uncle Hussain masih belum terjawab. Tapi, adakah dengan kemunculan lagu Drama King, Black akan dipilih menjadi vokalis mereka? Pada kami, tiada kerugian buat Black mahu pun Meet Uncle Hussain untuk bekerjasama. Black ada suara, Meet Uncle Hussain ada bakat & populariti.

Kami perasan, apabila ditelitikan lirik lagu Drama King, seperti memerli Lan. Memang disengajakan atau kebetulan?

Lirik selepas ini

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Ulang Chorus
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

credit to www.ohbulan.com

nantikan kemunculan mereka!!

Meet Uncle Hussain akan kembali beraksi dengan kemunculan di konsert Hotfm Minijam di Jb pada hari sabtu 12 hb disember 2009.. Jumpa disana!

Bagi peminat Meet Uncle Hussain.. berita ini pasti menggembirakan..


Black Gantikan Lan?


Meet Uncle Hussain (MUH), band yang sering dilanda kontroversi sebaik sahaja memasuki arus perdana. Ada sahaja cerita-cerita yang tidak enak didengar sampai kepada pihak media. Boleh dikatakan semuanya berkaitan disiplin yang melibatkan bekas vokalis kumpulan itu, Lan.

Kini, semua pun sudah maklum, Lan telah membawa haluan sendiri apabila dia menubuhkan Azlan & and The Typewriter. Kali terakhir dia mengadakan persembahan dengan MUH pada 5 Julai lepas di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Pengunduran Lan daripada MUH membuatkan kumpulan yang popular dengan lagu “Lagu Untukmu” itu tidak mempunyai vokalis sehingga kini. Masalah ini turut memaksa MUH menarik diri daripada menyertai separuh akhir Muzik-Muzik baru-baru ini. Persoalannya, sampai bila kumpulan ini mahu bertahan tanpa seorang vokalis?

Menurut pengurus MUH, Nafisah Mohamat Yusof Khir atau panggilan mesranya Kimi, MUH bukan tidak mahu mencari vokalis, tetapi sehingga kini mereka masih belum menemui calon yang sesuai.

“Setakat ini MUH telah menerima lebih daripada 200 rakaman demo daripada individu yang ingin mengantikan tempat Lan, tetapi tidak ada yang betul-betul menambat hati MUH. Kalau boleh Taja (ketua kumpulan dan gitaris) inginkan seseorang yang ada identiti tersendiri dan tidak sama dengan mana-mana penyanyi yang ada. Paling penting, dia mesti memahami ideologi MUH,” terang Kimi yang ditemui semasa sidang akhbar Rock The World 2009 (RTW9).

Diminta mengulas tentang desas-desus yang mengatakan Black akan mengantikan Lan, Kimi memberitahu Black bukan vokalis tetap walaupun dia terpilih menyanyikan single terbaru MUH yang berjudul “Drama King” yang sudah pun dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

“MUH memang puas hati dengan cara Black menyampaikan lagu itu, tetapi itu tidak bermakna Black akan dijadikan vokalis tetap. Apa yang boleh saya katakan, MUH masih berbincang tentang pengambilan vokalis baru. Bagaimanapun, Black akan menyertai MUH di pentas Rock The World 9 pada 19 Disember ini di Sunway Lagoon untuk mempersembahkan lagu “Drama King”. Tetapi ini tidak bermakna Black akan menyanyikan lain-lain lagu yang bakal dipersembahkan. Memang MUH sudah fikirkan calonnya, tetapi biarlah dirahsiakan buat masa ini. Kita sama-sama tunggu pada konsert itu nanti,” tambah Kimi lagi.

Dalam masa yang sama Kimi turut memaklumkan jika semuanya mengikut perancangan, mungkin MUH akan muncul dengan beberapa lagi kolaborasi. Setakat ini MUH telah senaraikan beberapa nama penyanyi tempatan yang mereka minati seperti Sheila Majid, Ella, Datuk Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, Amy Search dan Rahim Maarof.

“Semua penyanyi ini berlainan genre dan itulah yang MUH mahukan bagi melihat kemampuan mereka untuk berkarya. Projek kolaborasi ini mungkin boleh dijadikan ‘back-up plan’ sekiranya MUH masih tidak menemui vokalis yang sesuai.”

MUH akan mempersembahkan empat lagu pada RTW9 nanti. Konsert yang bermula jam 10pagi hingga lewat malam itu turut melibatkan lebih 60 buah kumpulan muzik yang lain seperti Pesawat, Bunkface, Love Me Butch, Pop Shuvit, Bittersweet dan Azlan & The Typewriters.

Konsert yang dibawakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Fat Boys Records Sdn Bhd itu menyediakan tiga pentas yang terdiri daripada Main Stage, Indie Stage dan Chill Out Stage. Tiket-tiket boleh dibeli dengan harga RM25 setiap seorang.