Fazura selepas derita

Tuesday, November 17, 2009 marina 0 Comments


Nama Fazura yang selama ini sendu kembali hangat apabila tiba-tiba filem Pisau Cukur yang sedang ditayangkan mendapat reaksi positif daripada penonton. Ramai yang memuji lakonan beliau yang memegang watak Intan dalam filem berkenaan.

Malah dalam masa yang sama Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 26, turut dikaitkan dia adakah wanita pisau cukur yang sebenar iaitu seorang yang sering menghimpit lelaki kaya bagi mencari kemewahan.

Itu kata orang tapi Fazura mempunyai pandangannya sendiri terhadap perkara itu. Bukan terlalu hadapkan kemewahan tetapi prinsip wanita ini dia berkawan dengan orang yang jujur tidak kiralah apa status orang itu.
Mungkin hari ini Faz bertuah kerana kebetulan dia ditemukan dengan seorang sahabat yang bukan sahaja tulus hatinya tetapi mempunyai kemuliaan tinggi.

Ketepikan bab itu. Apa yang hendak disingkapkan ialah bagaimana tak lama dulu Faz pernah menyuarakan hasrat untuk mengundurkan diri dalam dunia seni.

Pada waktu itu kata Faz dia perlu membataskan pergerakan dan juga penampilannya kerana "keadaan" memaksanya berbuat demikian. Tidak mahu menceritakan apakah yang dimaksudkan Faz itu kerana sudah memegang pada janji cuma cukuplah dikatakan wanita ini sedang melalui proses perubahan diri.
Dek kerana perubahan tersebut, Faz pernah berkata suatu hari nanti berkemungkinan besar dia akan mengucapkan selamat jalan terhadap dunia seni ini.

KemuncakTetapi sayang, ketika Faz sedang berkira-kira bilakah dia akan melangkah meninggalkan dunia penuh glamor ini, namanya tiba-tiba berada di kemuncak. Ini kerana filem Pisau Cukup benar-benar membawa satu aura baru dalam hidup Fazura apabila lakonannya mendapat pujian ramai.

Ia satu kejayaan yang dia sendiri tidak menyangka selepas filem Kayangan lakonannya tidak lama dulu gagal mendapat sambutan penonton.

"Faz sendiri terkejut dengan reaksi orang ramai yang benar-benar boleh menerima filem ini sehinggakan ada yang tengok lebih daripada dua kali," ujarnya.

Tambah Faz lagi, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi terhadap lakonannya kerana bimbang kecewa tetapi memanjatkan kesyukuran apabila hasil kerjanya itu membuahkan hasil.

Kerana itu hasrat meninggalkan dunia seni terpaksa dilupakan seketika kerana hari ini adalah hari baru untuk dia merasai dirinya benar-benar diperlukan.

Bukan apa, sebelum ini dia bagaikan kecewa dan menderita kerana pelbagai musibah melanda sehingga terpaksa menanggung malu akibat kesnya pergaduhan dengan seorang wanita Cina tak lama dulu.
GanjaranTapi akui Faz, kesan daripada kesabarannya, dia mendapat ganjarannya pada hari ini apabila namanya kembali bersinar.

"Selama ini Faz tanggung malu apabila orang tuduh Faz kaki gaduh dan melemparkan pelbagai tuduhan tak betul.

"Ini semua tebusan terhadap kesabaran Faz selepas lima tahun dihina. Pada waktu itu tak ada orang nak ambil berlakon selain terpaksa menelan sindiran orang.

"Kerana kesabaran itu syukurlah hari ini Tuhan memberi balasan baik yang berlipat ganda," jelasnya. Kerana popularitinya sekarang, ujar Faz dia mendapat banyak tawaran berlakon drama, filem dan juga iklan.
Malangnya dia tak mahu tamak dengan semua tawaran itu. Memadailah Faz memilih tawaran berdasarkan kemampuannya. Selain kejayaannya itu, dalam masa yang sama dia juga gagal dalam tuntutan saman fitnah berjumlah RM500,000 terhadap akhbar tabloid, Mingguan Warta Perdana berhubung penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah.

Menerima keputusan dengan rela tetapijauh di sudut hati Faz menganggap dirinya memang teraniaya. Tetapi dia mahu bersikap positif dan menganggap seseorang itu tidak selalunya menang tetapi Faz tetap bertegas dirinya menjadi mangsa fitnah.

"Tak apa, kita kalah di dunia tetapi kita ada akhirat. Itu prinsip saya," ujarnya yang menganggap bertahun-tahun emosinya terganggu. Mengharapkan ada sinar baru dalam dirinya, ujar wanita ini dia gembira dengan kehidupannya sekarang dan berharap kebahagiaan itu menjadi milik dia buat selama-lamanya

0 ayat cinta: