Ashraf Muslim: Saya Tak Menyesal

Friday, November 13, 2009 marina 0 Comments


Tiada angin tiada rebut tiba-tiba percintaan yang disulam selama tiga tahun terputus begitu sahaja.

Selepas tersebarnya berita perpisahan mereka, sama ada kebetulan atau disengajakan, tidak kedengaran sebarang cerita mengenai Ashraf Muslim atau Sherry Ibrahim.

Tetapi berpeluang berjumpa Ashraf baru-baru ini ketika pelancaran drama ‘Dari Mata Ke Hati’, GUA mengambil kesempatan untuk berbual dengan jejaka berusia 28 tahun ini tentang kehidupannya kini dan perkembangan terbaru kerjayanya.

GUA: Lama tak jumpa. Membawa diri ke?
Ashraf: Bulan puasa hari tu saya tak buat apa-apa. Setahun sekali dapat cuti, jadi cutilah. Lepas tu, saya pergi umrah dari 6 hingga 21 September. Sejak Februari saya dah rancang nak pergi Mekah. Niat tu tiba-tiba terdetik di hati.

Jadi pada masa yang sama saya tumpukan perhatian pada persediaan untuk umrah kerana pertama kali saya ke situ. Lepas balik umrah, Raya, dan baru sekarang saya mula sibuk dengan ‘shooting’. Buat masa ini, saya sibuk dengan drama 'Jangan Padang Belakang 2'.

Bagaimana kehidupan Ashraf sekarang selepas kembali solo?
Hidup macam biasa, takde masalah. Apa yang berlaku itu satu pengajaran. Ia mengajar saya erti kehidupan. Saya tak menyesal. Kalau berpasangan, tak bermakna akan kahwin. Ada kes juga berkawan tujuh, lapan tahun pun tak jadi kahwin.

Saya pun taknak bercerita tentang punca perpisahan kami. Biarlah ia rahsia kami dan cukuplah jika keluarga memahami apa yang berlaku sebab saya tidak mahu aibkan mana-mana pihak.

Selepas putus cinta, Sherry lebih banyak bersuara tentang perpisahan kamu. Dalam satu temuramah dia pernah menyatakan dia masih lagi terasa peritnya. Ashraf tersentuh dengan luahannya?
Jika masalah itu boleh di selesaikan sendiri, kita selesaikan sendiri. Tak perlu heboh-hebohkan kerana ada banyak pihak yang akan terasa dan tersinggung. Mungkin itu cara dia. Saya tak rasa tersentuh. Sebagai rakan artis, kami profesional dan masih lagi berhubungan. Biasalah, bila benda ini berlaku, kita mesti sedih. Kita sebagai manusia jangan ikut perasaan. Fikir positif.

Selepas tiga tahun berteman, tiba-tiba kembali solo, Ashraf tak sunyi ke?
Takdelah. Saya boleh kawal emosi dan fokus saya. Kalau tak boleh kawal, kerja dan hidup pun tak betul. Dalam diri kita ini kena kuat jika tak, susahlah. Lepas ni kalau ada jodoh, saya akan kahwin terus.

Beralih kepada perkembangan kerjaya Ashraf, watak apa yang dibawakan di dalam ‘Dari Mata Ke Hati’?
Saya bawa watak John, kawan kepada Shahz Jaszle dan Sharnaaz Ahmd. Dia seorang akauntan yang bercita-cita tinggi dan selalu melakukan sesuatu di luar rangkuman kerjayanya. Antara aktiviti kegemarannya, menonton filem anime.

Di dalam 'Dari Mata Ke Hati', watak John hanya watak sampingan. Ashraf tak kisah?
Saya tak kisah. Apa yang penting adalah watak yang ditawarkan itu mampu menyerlahkan kreativiti saya dan watak itu meninggalkan kesan yang mendalam pada penonton.

Projek lain yang Ashraf sedang usahakan.
Buat pertama kalinya, saya menceburi bidang pengacaraan. Ia sebuah rancangan cara perubatan Islam melalui al-Quran yang pertama, berjudul 'Syifa' untuk Astro Oasis (dijangka akan ke udara pada bulan depan), sebanyak 13 episod. Tak tau okay ke tak tapi saya nak cuba benda baru.

Lama juga saya nak berikan kata putus sama ada nak ambil tawaran Astro Oasis itu, kira-kira sebulan kerana saya nak buat yang terbaik. Saya tak biasa bercakap di depan kamera berlainan dengan lakonan di mana kita ada 'sparring partner'.

Kalau diberi peluang mengacara lagi, saya akan mengambilnya. Dan jika ada peluang, saya ingin mengacara program yang lebih santai kerana konsep 'Syifa' lebih serius.

0 ayat cinta: