Kejutan buat Sazzy dan Nazril

Sunday, November 08, 2009 marina 0 Comments



Seperti biasa hari ini kesemua pasangan selebriti sibuk dengan latihan masing-masing untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk Malam Sehati Berdansa. Bertemakan Tribute to Sudirman dengan konsep Satu Malaysia, usaha harus digandakan bagi memenuhi tuntutan tema minggu ini. Tidak dinafikan kesemua peserta merasakan tekanannya. Semuanya dapat ditonton di dalam Di Sebalik Sehati Berdansa malam ini.

Berbeza dengan pasangan selebriti yang lain, hari ini pasangan Sazzy dan Nazril telah menerima kejutan daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan mereka dengan parti mengejut sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga. Selain mengembirakan sudah semestinya ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka demi memastikan persembahan yang terbaik dapat diberikan Sabtu ini.

Walaubagaimanapun tekanan tetap diirasakan oleh pasangan-pasangan selebriti yang lain. Ada sedikit pertengkaran yang melanda pasangan Dira dan Ash akibat daripada tekanan yang dihadapi. Dira dan Ash sangat tertekan apabila orang ramai mempertikaikan tentang peratusan undian yang berjaya diperolehi oleh mereka. Ini sedikit sebanyak menganggu tumpuan mereka ketika sesi latihan berjalan.

Selain peserta, koreografer juga merasai tekanan yang dihadapi. Ini kerana koreografer juga merupakan peserta di dalam pertandingan ini. Koreografer Oshin, Lily dikatakan terlalu tertekan kerana Oshin dan Firdaus gagal menguasai peralatan yang perlu digunakan di dalam tarian mereka sehingga menyebabkan Lily menitiskan air matanya.

jadik pastikan menonton sehati berdansa malam nie di astro ria 104 jam 9 malam dalam malam sehati berdansa..

0 ayat cinta: