Showing posts with label dira abu zahar. Show all posts

Dira Tak Pernah Memusuhi Sazzy!

Pelakon Khaidirah Binti Abu Zahar atau lebih dikenali Dira, 25, menafikan sama sekali dia sedang bermusuhan atau perang dingin dengan Sazzy Falak berhubung balas membalas komen dalam laman komuniti Facebook (FB), baru baru ini.


Malalui laman tersebut, Dira yang membuat kenyataan berhubung Sazzy mempertikaikan ada pasangan Sehati Berdansa 3 suka undi bagi diri sendiri, menjelaskan bahawa teks itu tidak ditujukan kepada Sazzy secara khususnya.


"Sebenarnya, saya dan suami langsung tidak pernah membuat undian untuk diri sendiri. Banyak lagi perkara yang saya perlu fikirkan termasuklah latihan, anak mahupun membuat persiapan rapi untuk persembahan setiap minggu.

"Saya tidak pernah bermusuh, dengki mahupun tidak puas hati dengan Sazzy. Kami sudah kenal lama malah sebelum saya menjejakkan kaki dalam dunia lakonan. Memang kami kawan baik. Setiap minggu saya bercakap dengannya.


"Kenyataan yang saya letakkan dalam Facebook itu sebenarnya bukan ditujukan kepada Sazzy tetapi kepada komen-komen yang menuduh saya dengan bukan-bukan. Saya tidak tahulah apa niat Sazzy yang mempertikaikan perkara itu dan kepada siapa dia tujukan. Tapi ramai pengunjung dalam itu sudah menuduh saya.


"Mungkin pada masa tu saya penat dan stress dengan latihan. Jika pengunjung membaca semuanya pasti mereka akan faham. Pada minggu-minggu lalu saya berada di atas, mungkin pasal tu mereka tuduh tapi hari ini saya berada di bawah. Mungkin ini yang sesetengah pihak hendakkan," kata Dira kepada murai.com.my.


Mengikut carta undian sehingga hari ini, pasangan Dira jatuh ke tangga tercorot di bawah Oshin dan Firdaus. Dia yang menjangkakan akan tersingkir pada minggu ini mengakui ada berhasrat untuk sampai ke peringkat akhir bagi membantu badan yang diwakilinya, Persatuan Thalassemia Malaysia.


Dira dan Ash nyata mengambil berat terhadap anggota persatuan itu dan sering berkunjung mahupun bertanya khabar melalui telefon. Malah pagi tadi Dira turut melawat salah seorang pesakit Thalassemia, Zaniel yang kita terpaksa ditahan di Hospital Ampang akibat sesat nafas.


Berikut adalah ulasan Dira dalam blognya selepas menziarahi Zaniel.



"Sesak nafasnya, sesak juga nafasku"


Pagi tadi, sedang bersiap untuk ke sesi latihan Sehati Berdansa, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang agak kurang senang. Zaniel, salah seorang pesakit Thalessemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang juga banyak menyokong kami berdua.... mengalami sesak nafas. Beliau telah ditahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.


Tatkala menerima perkhabaran yang sedemikian, hati Dira terus jadi sayu memandangkan Zaniel antara yang banyak menyokong kami dan dia antara punca yang membuatkan Dira dan suami masih kuat untuk terus berdansa. Berusia 23 tahun, dengan segala kesukaran untuk menyambung nyawa sehingga hari ini.


Dira nampak dari matanya, yang dia mempunyai cita - cita yang sangat tinggi dan semangat yang sangat kuat. Sebab, Dira boleh rasa semangatnya itu. Setiap minggu, tak kira apa, beliau akan datang menyaksikan konsert Malam Sehati Berdansa3. Tidak lengkap tarian kami tanpa menyaksikan lambaian tangan beliau dari sudut penonton di depan kami.


Selepas selesai sesi latihan, Dira dan suami terus bergegas ke Hospital Ampang, melawat Zaniel. Tatkala mata terpaku melihat beliau, hati ini jadi sayu. Seorang budak lelaki yang tanpa jemu menyokong saya dalam lantai SB3, kini terlantar lemah di katil hospital.. Kami sering berbual melalui telefon..


Dalam kesakitan beliau, saya sedar dia juga ingin hidup seperti remaja biasa, walaupun hakikinya, setiap 2 minggu beliau terpaksa bersangkang nyawa mengisi darah. Mamanya, yang juga kami dah anggap seperti mama kami sendiri, akur dengan kehendak Illahi sekiranya apa - apa berlaku ke atasnya sekarang.


Dalam hati saya, Ya Allah, macam mana kau boleh setenang ini???... Mungkin inilah kekuatan yang Dira perlu ada dalam diri tika menempuh segala rintangan yang mendatang. Terus Dira terdetik, kalau nyawa dihujung tanduk boleh dihadapi dengan tenang, kenapa tidak aku hadapi segala caci cerca manusia sekeliling dengan tenang juga??..


Untuk Zaniel, Dira dan Ash akan lakukan yang terbaik lagi dalam Sehati Berdansa3 ini dan apa keputusan yang mendatang, kita akan tetap terus bersaudara.


Baru aku sedar, aku sayang dengan budak ni.. sebab aku tahu dia sayang aku jugak. Dira mendoakan semua yang baik untuk kesihatan Zaniel.


Ya Penciptaku, kuatkan semangat budak ini.

Pasangan Dira Tertekan


Sedar tak sedar, Sehati Berdansa Berdansa 3 telah pun memasuki minggu yang ke 4. Semua sudah maklum dua selebriti telah pun tersingkir dari meneruskan perjuangan di Sehati Berdansa 3. Di minggu ini, bertemakan Malam Pesta Muda Mudi, semua selebriti memulakan latihan dengan langkah tarian yang baru,semuanya dapat di tonton dalam Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam.

Dengan tema baru pastinya pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap pasangan demi meneruskan perjuangan mereka di lantai tari Sehati Berdansa, selain mengutip derma bagi badan kebajikan masing-masing. Begitu juga Dira dan Ash, koreografi yang direka oleh koreografernya iaitu Ezrey minggu ini agak sukar menyebabkan banyak masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu juga, mereka agak kurang berpuas hati dengan keputusan dan juga komen yang telah diberikan oleh juri.

Seperti pasangan Dira, tempiasnya juga terkena pada pasangan Sein dan Nana. Tekanan yang dialami oleh mereka akhirnya menyebabkan berlakunya perbalahan antara pasangan Sein dan koreografernya iaitu Dayana, sehingga menjejaskan sesi latihan untuk minggu ini.

Lain pula cerita dengan pasangan Mirna dan Noorah, mereka memulakan latihan minggu ini dengan begitu bersemangat. Hari ini Mirna meluahkan impiannya untuk memecah rekod Sehati Berdansa Musim 1 dan 2 sebagai jaguh sukan yang paling lama kekal beraksi di lantai tari Sehati Berdansa. Dek kerana semangat yang berkobar-kobar Noorah akhirnya mengalami sedikit kecederaan akibat terlalu banyak menari.

Apa pula perkembangan pasangan-pasangan lain? Untuk mengetahui kisah mereka, jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104). Dapatkan klip-klip video menarik menerusi Astro Mobile TV dengan taipkan AMTV dan hantarkan ke 26000. Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang dengan pasangan Enot dan Zainul pada pukul 8.00 malam ini di @15 (saluran 109) serta 9.00 malam di butang R (Astro Ria) dan teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda.