Perang Dingin..

Thursday, November 05, 2009 marina 0 Comments

Jawablah!: Perang dingin

Oleh Farihad Shalla Mahmud




Tindakan Meet Uncle Hussain tark diri daripada Muzik-Muzik kononnya kerana enggan timbul isu dengan bekas vokalis, Lan

BEBERAPA hari selepas TV3 mengumumkan lagu manakah yang layak untuk bertanding ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) pula membuat kejutan apabila menarik diri daripada senarai pencalonan.

Khabarnya keputusan itu dibuat selepas MUH menilai kesan sampingan yang akan mereka terima sekiranya meneruskan hasrat itu. Hubungan 'dingin' antara kumpulan itu dengan bekas vokalis mereka, Lan juga dikatakan antara sebab mengapa mereka bertindak sedemikian.




Biarpun sebelum ini mereka dikatakan cuba bersikap profesional selepas Lan meninggalkan kumpulan itu dan muncul secara solo, namun apabila ini berlaku, nampak sangat apa yang mereka katakan itu sekadar cakap kosong semata-mata.

Jika benar mereka profesional, apa salahnya kembali bersatu buat seketika sekali gus menunaikan hajat peminat yang mungkin teringin melihat kejayaan sewaktu Anugerah Juara Lagu tahun lalu berulang kembali.

Pun begitu, tegas Taja yang juga ketua kumpulan MUH, keputusan itu dibuat selepas mereka mengambil kira banyak perkara. Dan yang penting, walaupun terkilan kerana lagu Pari Pari di Bawah Angin tidak dapat dicalonkan, kerana tidak mahu mengambil risiko kemudian hari, mereka terpaksa membuat keputusan itu walaupun menyedari ia mengecewakan banyak pihak.
Hip: Apa yang membuatkan MUH menarik diri? Tak rasa sayangkah, manalah tahu lagu itu mampu membawa tuah seperti Lagu Untukmu yang menjuarai AJL tahun lalu?

Terus terang, memang sayang rasanya apabila terpaksa menarik diri daripada pertandingan ini. Tapi disebabkan tidak mahu berlaku perkara berbangkit kemudian hari, jadi kami mengambil keputusan untuk menarik diri. Walaupun lagu ini adalah milik MUH, ia tetap dikongsi bersama dengan Lan dan Tassiq kerana mereka juga terbabit dalam pembikinan lagu ini. Sebenarnya sebaik saja mendapat tahu lagu ini dicalonkan untuk ke peringkat separuh akhir, saya ada menghantar e-mel kepada dua pihak itu. Malangnya saya gagal mendapatkan maklum balas mereka.

Hip: Jadi apa masalahnya?

Memandangkan lagu itu adalah milik mereka berdua juga, jadi saya rasa perlu maklumkan kepada mereka sama ada mereka berminat untuk mencalonkan lagu terbabit. Bukannya apa, saya tak mahu nanti, kalaulah tiba-tiba lagu ini ada rezeki dan berjaya, dan akan menerima habuan, berlaku perkara yang tak diingini kemudian hari. Saya tak mahu soal habuan akan menjadi perkara berbangkit. Jadi daripada isu itu berpanjangan dan membuatkan hubungan menjadi keruh, adalah lebih baik kami menarik diri daripada bertanding. Selepas ini tak perlu nak fikir apa-apa.
Hip: Tak gentar kalau ada pihak yang mempersoalkan tindakan itu dan menuduh MUH tidak profesional?

Kami cuba bersikap profesional dan menghormati mereka sebagai penulis bersama lagu itu. Jadi sebab itulah saya memaklumkan kepada mereka sekali gus meminta kebenaran sama ada mereka berminat untuk bertanding. Tapi tidak ada maklum balas yang kami terima. Sebenarnya sejak dia keluar dari MUH, kami memang tidak berkomunikasi. Jadi saya rasa mungkin hubungan dingin ini ada kena mengena dengan keputusan yang kami buat ini.

Hip: Sejak Lan keluar, nampaknya MUH sehingga kini tidak mempunyai pengganti. Mengapa?

Ramai yang ingat bila Lan tiada, MUH sudah mati. Tidak, MUH masih ada dan tidak dibubarkan. Kami senyap kerana buat masa ini kami lebih menumpukan perhatian terhadap penciptaan lagu. Lagi pun Afat sekarang sibuk dengan kerja tetapnya, jadi sebab itulah kami lebih bersikap low profile. Bukan tak mahu mencari pengganti, tetapi kalau boleh kami mahu mereka yang menjadi vokalis kami nanti tidak mempunyai pengaruh Lan langsung. Bukannya apa, kami tak mahu nanti vokalis itu akan tertekan apabila dia dibandingkan dengan Lan. Nanti apabila tertekan, tumpuan terhadap kerja akan berkurangan. Jadi lebih baik mereka yang mahu menjadi vokalis MUH mempunyai identiti tersendiri. Kalau ada yang berminat boleh terus bertemu dengan kami.

Hip: Bagaimana pula dengan cerita kononnya MUH mahukan Black menjadi vokalis?

Cerita itu tidak benar. Mana mungkin itu boleh berlaku kerana kami daripada label yang berbeza. Pun begitu saya tak nafikan yang jika ada peluang, apa salahnya jika Black menjadi vokalis kami. Bukan Black saja tetapi sesiapa yang berminat. Black pun pernah bekerjasama dengan kami dan kami ada merakamkan sebuah lagu berjudul Drama King. Itu projek khas kami. Tak pasti lagi lagu itu akan dimuatkan dalam album siapa. Mungkin album Black atau album kami sendiri, masih belum buat sebarang keputusan. Tak dapat jadi vokalis tetap, jadi vokalis untuk projek khas pun sudah memadai.

p/s: diambil dari keratan akhbar berita harian.. dan aku da tau da kenapa dorang tarik diri.. aku tanya sendiri afat..

0 ayat cinta: