Lisdawati Selamat Lahir Bayi Kedua

Friday, November 06, 2009 marina 0 Comments


Juara program realiti tarian Sehati Berdansa 2, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi, menerima seorang bayi perempuan, Nur Aina Fazneesya yang selamat dilahirkan pada jam 2.40 semalam tadi.

Bayi seberat 3.2 kilogram ini dilahirkan secara normal di Hospital Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada murai.com.my, Fauzi yang juga bergelar pelakon dan pengarah drama berkata, isterinya ditahan di wad bersalin sejak jam 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, Lisda dijangka bersalin semalam, 4 November, dan sekiranya pelakon ini masih belum dapat melahirkan secara normal, dia akan perlu dibedah.
"Walaupun ini kali ke-6 saya menerima cahaya mata tapi ini baru pertama kali saya menyaksikan sendiri isteri saya bersalin. Saya ada dalam bilik bersalin tersebut dan siap merakamkan video tersebut. 

"Dan selepas tengok sendiri Lis berhempas pulas melahirkan Nur Aina secara normal, saya amat sayu dan makin sayang terhadap Lis. Saya juga terus teringat pengorbanan ibu yang melahirkan saya ke dunia ini. Alhamdulillah, anak dan isteri saya dalam keadaan selamat," ujar fauzi yang sebelum ini mendapat anak pertama dengan Lis iaitu Nur Aini Farhana.

Teruja bercerita lagi tentang kelahiran Nur Aina, Fauzi menerangkan bahawa nama itu sudah dipilih sebaik saja mereka mendapat tahu jantina bayi berkenaan menerusi pemeriksaan doktor.

Apa yang lucu, Fauzi sewaktu dihubungi tadi, sedang berada di pusat beli-belah Sogo untuk mencari baju bayinya itu.

"Disebabkan terlalu gembira, saya sampai terlupa nak beli baju anak kami itu. Mujurlah sekarang saya tak ada shooting dan boleh meluangkan masa menjaga anak-anak. Tapi malam ini saya terpaksa menghadiri program Gadis Melayu," katanya dengan ceria.

*credit to murai.com*

0 ayat cinta: