Korban Kasih Marlisa sambut Aidiladha

Friday, November 27, 2009 marina 4 Comments


SEMPENA sambutan Aidiladha ini, TV3 akan menyajikan sebuah Cerekarama khas Aidiladha berjudul Korban Kasih Marlisa. Cerekarama menarik ini akan disiarkan pada Sabtu ini jam 10.05 malam mengenai hidup Marlisa yang menjadi antara ribuan wanita moden yang berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya.

Ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan kerana kredibiliti yang dimilikinya.

Antara strategi syarikatnya adalah melatih eksekutif muda yang dinamik dan mempunyai potensi untuk berjaya. Antara eksekutif muda itu termasuklah Adam Rais yang mempunyai potensi untuk membantu kejayaan Matrix Holdings. Adam seorang anak kampung yang mengagumi kegigihan Marlisa. Dia begitu berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Hubungan mereka semakin rapat walaupun Marlisa cuba menafikan perasaannya pada Adam.

Adam akhirnya berani meluahkan rasa cintanya pada Marlisa membuatkan dia terkejut dan mengingatkan jarak usia mereka yang terlalu jauh. Dalam pada itu, Sapiah, ibu Adam merancang menjodohkannya dengan gadis kampung bernama Nuraina.

Dia langsung tidak mengetahui Adam sedang bercinta dengan Marlisa. Sapiah menerima kepulangan Adam dan Marlisa dengan tenang walaupun tidak menyenangi hubungan itu apatah lagi untuk merestui perkahwinan mereka.

Sapiah cuba melayan Marlisa dengan baik. Nuraina tidak sedikit pun cemburu malah menganggapnya secocok walaupun berbeza usia. Nuraina mudah mesra dengan Marlisa dan menganggapnya sebagai kakak.

Namun, Sapiah tiada pilihan lain selain mahu Marlisa meninggalkan Adam dan mahu dia mengahwini Nuraina. Adam terpaksa berkahwin dengan Nuraina walaupun dia masih menyintai Marlisa. Apakah yang terjadi kepada mereka bertiga?

Ikuti kisah menarik ini bersama barisan pelakon berbakat seperti Umie Aida, Awal Ashaari, Tizz Zaqiyah, Arash Mohd, Fadhilah Mansor, Datuk Rahim Razali, Aida Radzwill dan Kismah Johar.

4 comments:

  1. ape yer tajuk lagu dlm cite ni..yg sat.."cinta terakhir"..ade yg lagi satu..duet..

    ReplyDelete
  2. Shida,nama 1 lagi lagu dalam Korban Kasih Marlisa ialah "yang ku tahu cinta itu indah" Afgan feat nagita

    ReplyDelete
  3. aah.. tajuk dia yang ku tahu cinta itu indah.. ny afgan feat nagita..

    ReplyDelete
  4. ok all..thanx a lot..tenkiu so muchh

    ReplyDelete