Showing posts with label ummi nazeera. Show all posts

Luahan Hati Ibu Ummi Nazeera, Datin Maziah Musa Kepada Remy Ishak


Akhirnya ibu kepada Umi Nazeera, Datin Maziah Musa telah pun bersuara mengenai peristiwa paling hangat 2009. Sama ada luahan hati ini benar-benar datangnya dari ibu Ummi Nazeera tak dapat pulak kami pastikan. Sebabnya ianya dihantar menerusi email terus kepada Remy Ishak. Tidak diketahui pulak macam mana boleh terlepas kepada media.


Untuk anda yang terlepas kronologi kes panas antara Remy Ishak dan Umi Nazeera, kami cadangkan anda membaca artikel-artikel yang dah kami tulis.
Jom dengar luahan hati melalui email yang katanya ditulis oleh ibu Ummi Nazeera:-

Muhamad Zalimie…
 
“Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan. Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa. Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan.
Apapun alasannya, sebagai seorang lelaki kamu tidak berhak memukul anak gadis saya (Ummi). Kamu belum ada apa-apa ikatan dengannya. Anak saya masih muda. Dia berhak berkawan dengan sesiapa saja.

Jangan jadikan isu dua darjat untuk menagih simpati. Sedangkan kamu sendiri pernah berjumpa saya dan bercakap dengan saya, bebas datang bersama anak saya ke restoran saya dan sering kali kamu datang ke perkarangan rumah saya untuk bertemu anak saya.

Bukan harta dan paras rupa yang dipandang. Tapi keikhlasan dan baik pekerti yang dinilaikan. Kamu rasa wajarkah apa yang kamu lakukan terhadap perempuan yang kamu mengaku menyayanginya? Cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah, tiada paksaan mahupun kekasaran. Apatah lagi sanggup mengaibkan orang lain semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri. Menggunakan nama Allah, menidakkan apa yang kamu lakukan. Sebagai pelakon sepatutnya kamu memberi teladan yang baik kepada masyarakat. Tetapi kamu menjadikan diri kamu sebagai contoh yang terbaik sebagai artis yang teruk perilaku yang akan mencalit dunia artis dan mencemarkan dunia hiburan.

Mempertahankan diri dan memukul adalah dua perkara yang berbeza. Sejak bila pula kamu pandai membayar balik harta benda (telefon bimbit) Ummi yang kamu pecahkan setiap kali bertengkar? Jangan kamu memutarbelitkan kenyataan. Dayus bagi seorang lelaki memukul perempuan.

Untuk apa kamu dan keluarga kamu malu pada masyarakat sedangkan kamu tidak malu pada Tuhan, mendera kaum yang lemah. Kamu jangan bercakap mengenai kebenaran kalau kamu sendiri tidak tahu apa itu kebenaran.

Bukti kamu memukul anak saya ada pada saya dan laporan polis sudah pun anak saya buat. Malah perbuatan kamu juga mempunyai saksi, kamu sendiri mengetahuinya kerana kamu sendiri pernah memujuk salah seorang saksi agar tidak memberitahu kepada sesiapa. Adakah kamu lupa Zalimie?

Atau kamu rasa kamu masih di pentas lakonan? Kamu sekarang sebenarnya di pentas dunia apabila Allah yang menjadi saksinya. Sebagai hamba Allah kamu sepatutnya mengaku kesilapan kamu, sekalipun kamu tidak mahu memohon maaf. Kamu tanya diri kamu, siapakah yang sebenarnya yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menggunakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan.

Sebagai ibu, saya berasa amat terkilan apabila mendapat tahu cerita sebenar daripada anak saya bagaimana beliau dikasari secara emosi dan fizikal sepanjang berkawan dengan kamu. Sebagai ibu, adakah kamu fikir saya akan terus berdiam diri? Apa hak kamu untuk melarang saya daripada bersuara? Sebagai ibu, saya wajib mencampuri urusan anak saya demi kesejahteraan dirinya.

Saya juga hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sebagai ibu yang pernah mengandungkan Ummi selama sembilan bulan, saya sudah tidak mampu lagi mendiamkan diri apabila melihat anak saya suatu ketika dulu pernah pecah dan berjahit di kepalanya, kini pecah di muka.

Saya berharap semua ibu bapa di luar sana akan mengambil kelalaian saya ini sebagai teladan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana kesedaran ini hadir sebelum benar-benar terlewat.

Buat kamu Zalimie, saya doakan kamu akan insaf dan tidak akan mengulangi apa yang kamu lakukan kepada anak saya kepada mana-mana wanita lain di masa depan.

Saya hanya mampu berdoa agar kamu akan diberi cahaya keinsafan untuk mengaku apa yang kamu lakukan dan tidak lagi terus berpura-pura.”

Pengakuan Orang Gaji Ummi Nazeera: Ummi Kena Libas

Dalam Harian Metro ini, bibik aka orang gaji di rumah Ummi Nazeera menjadi saksi pertengkaran antara pelakon itu dengan Remy Ishak. Berikut ini adalah pengakuannya dan korang boleh baca berita selanjutnya di sini.


“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.
Sebelum ini, akhbar hanya melaporkan kenyataan Remy yang mendakwa dia diserang sekumpulan tujuh lelaki sehari selepas kejadian pertengkarannya dengan Ummi, 4 Disember lalu, namun tiada penjelasan balas daripada Ummi. 

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka. Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.
Ditanya bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian, warga Indonesia itu memberitahu dia diarahkan tuan muda (abang Ummi) supaya mencari adiknya di bawah kondominium di Jalan Ampang.

“Selepas cik muda turun, tuan muda suruh saya meninjau keadaan cik muda, tapi dia minta saya duduk di tepi memerhatikan dari tangga,” katanya

Berikutan tidak tahan dengan nasib malang menimpa anaknya, Maziah menghantar surat terbuka berbentuk pesanan kepada Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan. Antara kandungan surat itu menyebut, dia tidak menghalang persahabatan anaknya seperti didakwa Remy sebagai hubungan antara dua darjat, sebaliknya mempersoalkan tindakan aktor popular itu memukul anak kesayangannya.

Keluarga Ummi juga membuat laporan polis pada awal pagi 5 Disember dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri. Sebelum insiden pukul itu, Remy dikatakan bertengkar dengan Ummi hingga menyebabkan kecederaan pada aktres remaja terbabit, sebelum pelakon berkenaan dipukul sekumpulan tujuh lelaki di koridor bilik persalinan Istana Budaya pada malam keesokannya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Remy mengenai surat yang dihantar ibu Ummi kepadanya gagal kerana talian telefon bimbitnya dimatikan. [sumber]

(GOSIP)Lagi Kisah Di Sebalik Tragedi Remy Ishak Dibelasah


Kesahihan gosip ini sangat-sangat diragui kerana tidak diketahui sumbernya. Baca boleh percaya jangan

Semalam kami dah janji nak keluarkan satu email dari pembaca yang menggelarkan dirinya LadyD. LadyD mempunyai info menarik tentang pembelasahan Remy Ishak. Macam yang kita semua tau, setakat nie Remy seorang je yang telah keluarkan kenyataan. Nampak seolah-olah Remy tak bersalah dalam hal nie kan?

Tapi dari email yang kami terima nie, ternyata ada sedikit “twist” dengan apa yang diceritakan oleh Remy Ishak. Benar atau tidak, kami memang tak tahu. Yang penting kita kenalah tunggu pengakuan dari Umi Nazeera dan keluarganya.

Di bawah adalah email yang kami terima. Kami tak ubah satu patah perkataan pun.

Saya terbaca komen kononnya da cerita tulis Umi upah org pukul sebab Remy minta clash,lalu rasa betul2 tak puas hati,terpanggil untuk memberi komen di atas penulisan tersebut
.
Untuk pengetahuan semua peminat semua, tidak timbul soal Umi upah orang pukul Remy, yang memukul Remy tu abang Ummi, Pakcik dia dan boddyguard famili diorang.

SEBENARNYA, sehari sebelum Remy kena pukul, si Remy ni dah belasah Ummi sampai pecah muka kena pukul dgn telefon. Kejadian berlaku di bawah rumah Ummi sendiri, barulah terbongkar cerita sampai ke pengetahuan keluarga Ummi.. Rupa-rupanya ni dah berkali2 Ummi kena belasah teruk sampai 2 kali terima rawatan di Ampang Puteri.

Sudah lah Remy asyik bagi kenyataan tak mengaku, dayus betul…. Saya kenal keluarga gadis tersebut sejak dia kecil lagi, sampai sekarang. Memang keluarga dia berada, tapi tak pernah pulak mereka menghalang anak gadis mereka berkawan dengan sesiapa saja. Buktinya hampir 2 tahun apa Remy berkawan dengan gadis tersebut,dan  sepanjang tempoh tersebut keluarga tak pernah menghalang…

Tapi kalau dah terbongkar rupanya anak gadis mereka asyik kena kikis duit, kena pukul, memang la makbapak mana akan tahan…. Takkan dia orang nak duduk berpeluk tubuh tunggu anak masuk ICU baru nak bertindak??

Tapi yang pelik, walau asyik kena pukul dek si Remy, gadis tersebut macam tak serik je duk pertahankan si Remy.. Mungkin sebab dek cinta monyet, maklumlah gadis tersebut belum sampai umur 20tahun lagi.. Masih buta dalam mengenal mana cinta sejati , mana cinta yang boleh membunuh….

Zaman sekarang ni kalau setakat muka jer hensem, digilai ramai tapi hakikatnya buruk laku… Baik lagi yang muka tak hansem atau anak orang susah tapi tahu budi bahasa, reti sopan santun dengan perempuan…

p/s: cerita diambil dari blog hiburan beautifulnara.com

Remy Ishak Hanya Nak Elak Serangan Ummi Nazeera

Bagi mereka yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku di antara Remy Ishak dan Ummi Nazeera sehingga Remy diserang tujuh lelaki di Istana Budaya baru-baru ini, nampaknya B*Pop hari ini ada 'scoop'-nya.

Seperti tajuknya, 'Remy dedah cerita sebenar', hampir semua persoalan yang bermain di fikiran anda, dijawab oleh Remy.

Perjelaskan hubungannya dengan Ummi
Remy akhirnya mengaku mempunyai "hubungan istimewa" dengan Ummi (walaupun dalam Utusan Malaysia hari ini - '"Buktikan saya kaki pukul" - Remy Ishak' - diakuinya mereka menjalin "hubungan cinta") tetapi kerana ingin menjaga nama baik keluarga Ummi, digambarkan perhubungan mereka sekadar kawan baik.

Luah Remy, dia tahu keluarga Ummi tidak senang dengan hubungan mereka berdua. Kerana ingin menjaga hubungan mereka sekeluarga, Remy memutuskan untuk mengundur diri dari perhubungannya dengan Ummi.

"Saya tak boleh ‘kawal’ Ummi dan tak boleh berada di dalam dunia Ummi. Dunia kami berbeza, saya sedar siapa diri saya dan di mana saya berdiri," katanya.

Ummi yang pukul
Cerita Remy, Ummi telah meminta bertemu dengannya. Pada pertemuan itu, timbul sedikit salah faham - katanya ada suatu 'benda' yang telah diambil Ummi - yang menurut Remy, mencetuskan kemarahan Ummi dan dirinya, sehingga dia mencampakkan telefon bimbit Ummi.

Awalnya, dia telah beredar dari situ kerana ingin mengelak dari keadaan bertambah buruk. Tetapi kerana menyesali perbuatannya (mencampakkan telefon bimbit Ummi), dia kembali mencari Ummi.

Masa itulah Ummi dikatakan menyerangnya bertubi-tubi. Kata Remy, dia merasakan ada sesuatu yang mempengaruhi fikiran Ummi pada malam itu. Dalam ingin mengelak serangan Ummi, tangan Remy terkena mukanya, menyebabkan Ummi "jatuh tersembam ke lantai".

Balas dendam
Ekoran dari insiden itu, keesokan harinya, Remy dibelasah tujuh orang lelaki, dan dedahnya, salah seorang mereka merupakan ahli keluarga Ummi sendiri.

Ummi Nazeera Tak Mahu Komen Pasal Remy Ishak



Setelah menangguhkan pelajarannya selama dua tahun selepas SPM untuk fokus dalam bidang lakonan, Ummi Nazeera merasakan sudah tiba masanya untuk beliau menyambung kembali pengajiannya.

"Usia Ummi bakal menginjak 20 tahun. Bagi Ummi, sudah sampai masanya untuk Ummi mula merancang pengajian Ummi," katanya yang akan memilih bisnes sebagai jurusannya kerana meminati bidang itu.

Meskipun semester pertama bagi kebanyakan institut pengajian tinggi akan bermula pada bulan depan, namun Ummi masih belum pasti universiti mana yang bakal dihadirinya.

"Ummi sebenarnya tak kisah kalau belajar di sini tapi ada baiknya jika menuntut di luar negara, luaskan lagi minda Ummi. 'I'm quite excited actually'," katanya yang belum pernah berjauhan dari keluarga untuk tempoh yang lama.

"Sebab tu keluarga sedang mempertimbangkan Australia kerana jaraknya lebih dekat dan makcik pun boleh ikut sama untuk menjaga Ummi."

Tapi, bagaimana jika perancangan pengarah Kabir Bhatia untuk meneruskan musim kedua 'Nur Kasih' atau membawanya ke layar perak dapat direalisasikan?

"'There'll be summer breaks' tapi ia juga bergantung pada jadual Ummi. Jika filem, insyaAllah Ummi dapat meluangkan masa. Tapi kalau drama, rasanya tak dapat. Pelajaran itu keutamaan Ummi."

Tambah anak bongsu dari dua beradik ini lagi, keputusannya untuk sambung belajar tidak bermakna dia akan meninggalkan bidang lakonan sepenuhnya.

"Ummi masih mahu terus terlibat dalam bidang ini. Ia akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri Ummi," ujarnya yang kelihatan dengan cermin mata gelap kerana sakit mata sebab “jatuh hari tu”.

Janji beri kenyataan
Tatkala ditanya adakah keputusannya sambung belajar ada kaitan dengan Remy Ishak, Ummi terdiam sebentar. Sejak insiden Remy dipukul sekumpulan lelaki Jumaat lalu di Istana Budaya, ada yang berspekulasi bahawa Ummi adalah anak gadis seorang ahli perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan media yang telah Remy kasari.

"Ummi akan berikan kenyataan Ummi pada minggu ini," katanya mengakhiri perbualan.

Ketika berlangsungnya sesi Star Chat tengah hari tadi, bila ada yang bertanyakan tentang Remy, Ummi membalas dengan menulis "no comment la pasal Remy. Dia ok.. isyaAllah he'll be better.. jangan risau k..."

Perhubungan Ummi dan Remy sudah lama diperkatakan orang ramai, namun masing-masing enggan mengaku perhubungan yang terjalin sejak musim pertama drama 'Awan Dania' itu lebih daripada teman baik.