Showing posts with label kisah menarik. Show all posts

FW: Winners of "THE LAST PHOTO I EVER TOOK" contest

FW: Winners of "THE LAST PHOTO I EVER TOOK" contest







stadium runtuh






Bumbung tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap



KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh semalam menyebabkan timbul pelbagai persoalan kerana stadium bernilai RM292 juta itu baru setahun digunakan.



Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, struktur bahagian bumbung di tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap dan menimpa sebuah kereta, tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletak berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengulas kejadian itu, mengarahkan kerajaan Terengganu melakukan siasatan segera kerana ia tidak sepatutnya berlaku berikutan stadium itu baru disiapkan dan digunakan pada Sukan Malaysia (Sukma), tahun lalu.



“Hal-hal sebegini yang menyebabkan kita tidak berpuas hati... adakah kejadian itu kerana kontraktor, perunding yang tidak melakukannya dengan betul atau pihak yang mengesahkan kerja akhir tidak membuatnya secara teratur.



“Ia mungkin juga disebabkan hal-hal di luar jangkaan yang kita tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Titian Gemilang kelima di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.



Stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang itu, dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dan yang pertama di Asia dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.



Muhyiddin berkata, beliau memahami jika kerosakan hanya berlaku sedikit dan bukannya membabitkan keruntuhan yang teruk. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata kejadian itu dianggar membabitkan kerugian kira-kira RM25 juta.



"Memang kita dukacita dengan kejadian ini, tetapi saya bersyukur kerana tidak ada yang cedera. Kebetulan tidak ada sebarang majlis berlangsung dan pekerja yang sedang melakukan kerja pembersihan stadium juga selamat," katanya.



Insiden itu berlaku sehari sebelum Kejohanan Sukan Staff IPTA ke-34 yang sepatutnya bermula hari ini hingga 13 Jun. Berikutan kejadian itu, kejohanan yang dijadual disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 5 Jun, dipindahkan ke beberapa lokasi lain.



Sementara itu, seorang jurutera sebuah syarikat kejuruteraan tempatan yang mahu dikenali sebagai A Mohamed, mendakwa beliau sudah memaklumkan kepada beberapa agensi berkaitan mengenai keadaan struktur bumbung itu yang melengkung.



“Keadaannya semakin ketara sejak beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat aduan yang disertakan gambar mengenai keadaan struktur bumbung yang terdedah kepada bahaya, tetapi tiada tindakan diambil. "Lengkungan pada struktur bumbung tanpa sokongan tiang itu dapat dilihat dari jauh dan setiap kali melihatnya saya bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi dan kebimbangan saya menjadi kenyataan hari ini (semalam)," katanya.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter di kawasan tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja.



“Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian.



Seorang juruteknik elektrik, Hanafiah Osman, 27, pula berkata dia sedang membaiki lampu jalan di luar stadium itu apabila mendengar bunyi besi berkeriut sebelum struktur bumbung berkenaan runtuh. "Keadaan ketika itu sungguh mengerikan. Walaupun sedang dalam ketakutan, saya turun dari tiang untuk cuba menyelamatkan kereta saya tetapi sudah terlambat. Rakan saya juga terpaku melihat kemusnahan itu," katanya. Kereta Perodua Kancil milik Hanafiah yang diletak berhampiran kawasan itu ranap apabila ditimpa runtuhan bumbung itu.




INFO Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Dibina Mei 2006; siap 2008
Kos RM292 juta
Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta
Kapasiti 50,000 orang
Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy
Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan
Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang


GENTING CABLE FELL DOWN - (not reported in news)

rasanya story nie da lama la.. dulu da pernah kuar.. tapi kenapa aku search tak jumpa.. pelik..









GENTING CABLE FELL DOWN - (not reported in news)









kita layan gambar jer ea..


perhatikan kabel warna merah ea..


masih kat atas lagi.. tapi penyambung da tak der

udah jatuh.. tak tau ada orang tak dalam tue..

kalau ada orang dalam tue.. mesti gelabah gila kan.. nyawa di hujung kereta kabel jer.. memang da lama benda nie.. tapi lepas nie.. aku konfom takut nak naik keta kabel( genting skyway).. next time kalau satu family pegi genting.. bawak keta jer sampai atas.. takut la weh.. rasa macam merelakan jer..

satu lagi kisah yang berlaku di genting..


berita menarik..

ANGGOTA keselamatan cuba memujuk seorang lelaki agar tidak membunuh diri di Genting Highlands semalam






aku terasa macam nak berkongsi ngan korang semua citer menarik yang aku amik dari surat khabar kosmo.. walaupun berita da basi.. tapi mungkin tak semua orang tau kan pasal citer nie.. nie kes lelaki cuba bunuh diri di genting highland.





aku amik petikan akhbar berkenaan ea.. menurut kosmo.. GENTING HIGHLANDS – Pengunjung pusat peranginan di sini gempar apabila seorang lelaki cuba terjun dari kereta kabel untuk membunuh diri di stesen kereta kabel Genting Skyway di sini semalam.





Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, lelaki yang berusia awal 20-an itu menaiki kereta kabel berkenaan seorang diri sebelum cuba untuk terjun.Jurucakap bomba memberitahu, semasa kereta kabel tersebut baru bergerak beberapa saat, lelaki tersebut tiba-tiba membuka tingkap kecil kereta kabel berkenaan dan melompat ke bawah.





Bagaimanapun ajalnya belum sampai apabila tersangkut di sebuah jaring keselamatan betul-betul di bawah kereta kabel berkenaan. Ekoran situasi cemas itu, bomba yang mendapat maklumat bergegas ke tempat kejadian setelah mendapati lelaki itu masih tergantung di jaring tersebut.





“Dia cuba untuk terjun sekali lagi ke bawah, tetapi kami berjaya memujuknya dan akhirnya dia akur dan kita berjaya membawanya kembali ke tempat selamat,” kata jurucakap bomba itu lagi.
Jarak di antara jaring tersebut ke jalan raya di bawah kira-kira 50 meter.





Sementara itu, kejadian tersebut telah menyebabkan pengunjung lain tidak dapat menaiki kereta kabel kerana bekalan elektrik dipotong. Difahamkan lelaki itu berjaya diselamatkan selepas empat jam dipujuk dan kini dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dekat sini untuk menerima rawatan lanjut manakala punca kejadian masih dalam siasatan polis.


SEORANG lelaki yang duduk pada jaring keselamatan kereta kabel di Genting Highlands semalam.

p/s: sebenarnya ada satu lagi berita yang mengejutkan.. berita nie tak disiarkan di berita dan media tak melaporkan pun.. aku tengah tunggu email dari kawan aku..


Too beautiful not to share......

Read this touching short story.


A Story to live by
There was a blind girl who hated herself because she was blind
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always
there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see
the world, I will marry you.'
One day,
someone donated a pair of eyes to her. When the bandages
came off, she was able to see everything, including her
boyfriend.
He asked her,
'Now that you can see the world, will you marry me?' The
girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The
sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected
that. The thought of looking at them the rest of her life
led her to refuse to marry him.
Her
boyfriend left in tears and days later wrote a note to her
saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before
they were yours, they were mine.'
This is
how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who
was always by their side in the most painful situations.
Life Is a Gift
Today
before you say an unkind word - Think of someone who can't
speak
Before
you complain about the taste of your food - Think of someone
who has nothing to eat.
Before
you complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.
Today
before you complain about life - Think of someone who died
too early on this earth..
Before
you complain about your children - Think of someone who
desires children but they're barren.
Before
you argue about your dirty house someone didn't clean or
sweep - Think of the people who are living in the streets.
Before
whining about the distance you drive Think of someone who
walks the same distance with their feet.
And when
you are tired and complain about your job - Think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your
job.
But before
you think of pointing the finger or condemning
another - Remember that not one of us is without sin.
And when
depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on
your face and think: you're alive and still
around.
I PRAY THIS MOVES AROUND THE ENTIRE UNIVERSE....
Too beautiful not to share......
p/s: aku amik entry ni dalam inbox email aku.. aku saje nak share ngan korang..