Minggu 4: Malam Pesta Muda Mudi

Monday, November 16, 2009 marina 0 Comments


Sebentar tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Kehangatan dan kemeriahan tema Malam Pesta Muda Mudi sememangnya dapat dirasai sekaligus mengingatkan kita tentang zaman kegemilangan irama muzik di era 50an dan 60an.

Persembahan daripada kesemua pasangan selebriti menyebabkan suasana di dalam Studio 1 Bukit Jalil menjadi gamat dan meriah. Kesemua peserta tampil dengan persembahan yang berbeza-beza. Minggu ini kesemua persembahan diadili oleh tiga orang juri yang hadir iaitu Lavinie , Jaaffar Onn dan Joseph Gonzales selaku juri tetap.

Tidak seperti minggu–minggu yang lepas, minggu ini giliran pasangan Dira dan Ash membuat persembahan pembukaan pada Malam Sehati Berdansa. Persembahan mereka mendapat pujian daripada juri kerana gaya persembahan dan ekpresi yang bagus, tetapi perlu ditingkatkan lagi dari segi keyakinan dan juga belajar bagaimana harus menutupi kesilapan sewaktu menari.

Pasangan Oshin dan Firdaus juga mencuri hati juri dan penonton yang hadir dengan gaya persembahan yang sangat menghiburkan walaupun mereka seakan hilang rentak dipertengahan persembahan. Walaubagaimanapun juri mengkatogerikan mereka sebagai pasangan yang sangat comel.

Pasangan Didie dan Sham mendapat pujian daripada para juri kerana berjaya menampilkan persembahan yang menarik dan bertenaga. Kelebihan Didie sebagai pelakon membolehkan dia menjiwai watak dengan cukup berkesan walaupun menghadapi sedikit masalah dipertengahan persembahan.

Persembahan daripada pasangan Sein dan Nana menampilkan koreografi yang sempurna dan menghiburkan serta berjaya mencuit hati juri. Namun Nana mendapat sedikit teguran apabila sering kali memandang ke lantai. Tetapi secara keseluruhan persembahan mereka sangat menarik dengan penjiwaan watak yang bagus dari Sein.

Koreografi yang sangat hebat, persembahan yang menarik dan bertenaga, itulah antara pujian yang diberikan oleh juri kepada pasangan yang sentiasa mendapat pujian setiap minggu iaitu pasangan Sazzy dan juga Nazril.

Koreografernya iaitu Papa J layak diberikan pujian kerana Berjaya mereka koregrafi yang sangat mantap. Lantas menjadikan pasangan Sazzy antara pasangan yang disukai oleh juri yang hadir pada malam itu.

Persembahan Mirna dan Isma tidak kurang hebatnya apabila pasangan Isma mendapat pujian dan digelar penari yang bagus dengan kombinasi koreografi dan juga kostum yang sesuai. Selain itu, pasangan Mirna juga mendapat pujian dengan gaya persembahan dan penggunaan pentas yang baik walaupun ada sedikit masalah dalam persembahan tetapi masih boleh diperbaiki.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Dira -81.67
Oshin -84.00
Didie -84.33
Sein -92.33
Sazzy -98.67
Mirna -88.33
Isma -91.67

Mungkinkah akan ada pasangan yang akan tersingkir minggu ini? Siapakah yang bakal mengikut jejak pasangan Anita dan Enot? Mungkinkah pasangan kegemaran anda bakal tersingkir minggu ini? Andalah yang menentukan nasib mereka. Bantulah pasangan selebriti anda disamping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.

Taip DANSA SAZZY atau DANSA<3/5/10> SAZZY untuk (3/5/10 undian) ke 32999
(Contoh : DANSA5 SAZZY KE 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 untuk 1/ 3 /5 /10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY

Taip DANSA ISMA Atau DANSA<3/5/10> ISMA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 Isma Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 5
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih ISMA

Taip DANSA OSHIN Atau DANSA<3/5/10> OSHIN Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 OSHIN Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 7
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih OSHIN


Taip DANSA SEIN Atau DANSA<3/5/10> Sein Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh : DANSA5 SEIN Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN

Taip DANSA MIRNA Atau DANSA<3/5/10> MIRNA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh : DANSA5 MIRNA Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 6
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih MIRNA

Taip DANSA DIDIE Atau DANSA<3/5/10> DIDIE Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIDIE Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 2
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIDIE

Taip DANSA DIRA Atau DANSA<3/5/10> DIRA Untuk (3/5/10 Undian) ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIRA Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

0 ayat cinta: