Nora Danish Maafkan Fasha Sandha?

Friday, November 06, 2009 marina 0 Comments



bak kata pepatah terkenal James Grand, 'To forgive is human, to forget is divine'.

Lebih setahun selepas perceraiannya dengan Rizal Ashram Ramli, Nora Danish nampaknya sudah bersedia memaafkan orang ketiga yang dipercayai ramai menyebabkan keruntuhan rumah tangganya, yang dibina tak sampai dua tahun itu.

"Lama-kelamaan kita akan maafkan juga orang yang membuat salah pada kita, lebih-lebih lagi bila hati Nora ni lembut. Cuma Nora terkilan bila perkara itu diperbesarkan," dedahnya bila ditemui petang tadi selepas pelancaran Anugerah Skrin 2009 di Sunway Resort Hotel & Spa.

Baru-baru ini, Fasha Sandha mewar-warkan pada para media bahawa Nora telah menegurnya apabila mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Seolah-olah memberi gambaran bahawa Nora sudah memaafkannya.

"Kita kebetulan terjumpa dan Nora pun bersalam dengannya. Masa tu, Nora bangga dengan diri sendiri kerana dapat memaafkannya dan takde perasaan benci pun terhadapnya.

"Tapi iya-lah, Nora terkilan sebab benda bersalam itu dihebohkan. Sepatutnya kita 'take things slow and easy' dan tak perlu diperbesarkan. Kejadian di 'shopping mall' itu berlaku selepas kita dah lama tak berjumpa. Kami bukan baik sepenuhnya.

"Nora pun perlukan masa. Nora tak kisah nak memaafkannya sebab manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan dia pun dah kena teruk akibat darinya. Tapi jujur Nora katakan, sukar untuk Nora melupakan (apa yang Fasha telah lakukan). 'To forget I need time' kerana kepedihan itu masih terasa."



 
"Saya hadapi dengan tabah"
Walau apapun kesalahan Fasha padanya, Nora mempamerkan sifat profesionalisme yang tinggi apabila bersetuju menerima tawaran berlakon di dalam drama 'Spa Qistina'. Lebih-lebih lagi selepas mengetahui Fasha akan terlibat sama.

Kongsi Nora, faktor utama dia menerima tawaran 'Spa Qistina' adalah kerana Global Station Sdn Bhd dan keinginannya untuk bekerjasama dengan penerbit Gobal Station, Zaiton Mohd Jiwa.

"Bila saya terima panggilan dari Global Station, saya terus kata okay. Masa tu tak tahu lagi mereka akan tawarkan 'Spa Qistina'. Lepas tu, bila mereka 'offer' 'Spa Qistina', saya pun kata okay.

"Mereka ada maklumkan barisan pelakon lain yang akan terlibat dalam drama ini, ada juga namanya (Fasha). Tapi saya takde masalah. Industri ni bukan besar mana pun. Lambat laun akan bertemu juga. Jadi saya hadapi dengan tabah."

"Banyak benda baik berlaku selepas perceraian"
Di sebalik setiap musibah yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Di sebalik kisah perceraian Nora dan Rizal, ibu tunggal muda ini telah dikurniakan dengan cahaya mata comel yang bernama Putera Rayqal Ramli.

Pada usia sembilan bulan, Rayqal sudah pandai berjalan, bercakap dan mengenali orang. Tambah Nora, buah hatinya itu juga sudah mula mengikutnya ke mana saja.

"Kalau nak pergi kerja tu, kena curi-curi keluar sebab dia nak ikut juga," kongsinya sambil ketawa.

"Bila Nora kerja, mak akan tolong jagakan. Kalau mak kerja, ibu Rizal (Ashram) akan jaganya. Perhubungan kami (Nora dan keluarga Rizal) amat rapat dan baik sangat. Nora tiada masalah langsung dengan keluarga Rizal.

"Beza dengan orang lain yang mungkin membenci keluarga mertua mereka selepas bercerai. Rayqal anugerah terindah buat Nora dan kehadirannya telah merapatkan lagi perhubungan kedua keluarga.

"Banyak benda baik yang berlaku selepas perceraian kami. Selain hubungan kedua keluarga yang lebih akrab, hidup Nora lebih bermakna walaupun tiada kehadiran seorang suami," katanya yang mengakui masih mempunyai hubungan yang baik dengan Rizal.

"Tak wujud hubungan dengan Noh"
Ditanya jika sudah ada teman baru dalam hidupnya, Nora menjelaskan khabar angin sebelum ini yang mengaitkannya dengan Noh Hujan tidak berasas.

"Memang tak wujud. Yang buatkan Nora sedih ialah bila orang kaitkan Nora dengan perpisahannya dengan teman wanitanya. Nora waktu tu baru lepas saat sukar dalam hidup Nora, bagaimana pula Nora boleh tergamak rampas hak orang lain?," katanya mengakhiri perbualan.

0 ayat cinta: