Anugerah Juara Lagu (AJL) acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh semua. Bagi mereka yang sempat menyaksikan AJL23 di awal tahun ini, sudah pastinya ramai yang bersetuju, ia memang hebat. Hinggakan berjaya menjulang trofi Rancangan Muzikal Terbaik di Anugerah Skrin 2009 yang telah berlangsung baru-baru ini.
Semestinya untuk AJL24 penonton mengharapkan sesuatu yang lebih dan kali ini, tanggungjawab memastikan itu berlaku terletak pada Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit AJL24.
Dengan bajet sebanyak RM2 juta – menurut ketua pegawai eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Dato’ Sri Farid Ridzuan, ia antara bajet yang terbesar yang dikeluarkan untuk AJL – harapan adalah pada Gbam untuk menghasilkan sebuah ‘show’ yang bukan saja mantap tetapi ‘meletop’.
Mengambil masa enam bulan untuk membuat persediaan, Gbam berkongsi beberapa ‘highlights’ yang telah dirancang untuk AJL24:
1. Dato’ Siti Nurhaliza diberi penghargaan untuk membuka tirai pada malam itu.
2. Buat pertama kalinya, pentas AJL boleh bergerak.
3. Seiring dengan tema AJL24, ‘Music Unfolds’ yang menerapkan perkembangan dan perjalanan muzik tempatan, telah diundang band-band popular dari tahun 60-an hingga 2000.
Mereka adalah Datuk Jeffrydin dan Sea Club 5 mewakili tahun 60-an, Jay Jay untuk tahun 70-an, bagi tahun 80-an dan 90-an, Search, sementara Meet Uncle Hussain untuk tahun 2000.
Rasional menampilkan kugiran, jelas Gbam, adalah kerana ingin menunjukkan fenomena band sudah ada dalam industri muzik tempatan sejak 60-an lagi.
Jika anda ingin tahu sehebat mana AJL24, jangan lupa menontonnya pada 10 Januari depan, jam 9 malam, sama ada secara langsung melalui TV3 atau di Stadium Putra Bukit Jalil.
Pada jam 8 malam tadi telah berlangsung Majlis Sidang Media Anugerah Juara Lagu 24 di Rootz Club, Rooftop Lot 10. Di sidang media yang dihadiri oleh sebahagian besar penyanyi untuk lagu-lagu yang layak ke AJL24 telah diumumkan tarikh, tempat, pengacara AJL24, penaja, cabutan undi giliran persembahan dan memperkenalkan juga pentas serta prop AJL24.
Untuk info pembaca budiey.com, Anugerah Juara Lagu 24 akan diadakan pada 10 Januari 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 9 malam hingga 11.30 malam. Akan dihoskan oleh Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.
Diaktifkan oleh Hotlink, diserikan oleh L’oreal, dihangatkan oleh Hot FM, Budiey kira AJL kali akan mantap setelah mendapat tahu TV3 melaburkan 5 juta untuk keseluruhan pertandingan lagu terbaik kali ini.
Semua artis dan wakil telah pun mencabut undi. Nak tahu giliran penyanyi mana yang akan buat persembahan pertama, jom kita tengok siapa yang kena….
Oh itu dia, Lagu Aurora akan membuka pentas. Pasti meletop lah!
Diakhir oleh Rindu Terhenti oleh Tomok. Good luck kepada semua peserta!
Diorang sebenarnya bukan cabut undi tapi membuka kotak-kotak di belakang tu.
Malam tadi, sidang media dihoskan oleh 2 orang hos AJL… Faizal dan Ally Iskandar. Mmm… kalau nak kira, dah 5 tahun Ally jadi pengacara AJL. Pasti ada kenangan manis dan pahit tapi yang penting AJL kali ini, cara persembahan Ally diharapkan lebih mantap dan hebat dari tahun sebelum ini. Santai dan bersahaja.
Nah ini dia, rupa pentas AJL24! Direka konsepnya oleh Jibam Remaja.
Tahun lepas, AJL bermain dengan lampu dan penata cahaya yang hebat, tahun ini apa pula pembaharuan yang akan ditampilkan?
14 buah lagu, 13 artis, RM82,000: Debaran kini bermula. Komposer dan penyanyi yang bakal meragut takhta AJL24? Lagu manakah yang akan menang AJL kali ini? Nantikannnya~
Peminat Faizal Tahir nampaknya boleh menarik nafas lega. Menurut laporan Harian Metro hari ini - 'Tiada batuk darah lagi' - Faizal sudahpun keluar hospital sejak 21 November lalu. Disahkan paru-parunya mengalami jangkitan kuman yang dikatakan pada tahap awal, namun berita baiknya, dia tidak lagi batuk darah dan tiada sebarang kerosakan pada organ dalamannya.
Meskipun begitu, paru-parunya masih lemah dan dinasihati doktor untuk kurang bercakap dan banyak berehat. Sebagai rawatannya, dia perlu banyak mengambil ubat termasuk antibiotik dan ubat penahan sakit, dan berjumpa doktor sekali seminggu. Apabila dapat dipastikan kesemua kuman telah dihapuskan - Faizal tidak pasti bila - dia akan memulakan rawatan fisioterapi untuk pernafasan "kerana pernafasan yang betul adalah kriteria penting bagi seseorang penyanyi".
Bila ditanya tentang kebarangkalian dia akan membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) pada 10 Januari depan, Faizal hanya mampu berharap. Jelasnya, andai kata kuman-kuman itu dapat dihapuskan sebelum AJL24, dia masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.
nak ucapkan jutaan tahniah kepada semua finalis. Berikut ini, senarai 14 buah lagu yang berjaya untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-24:
- Aku Skandal - Hujan
- Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah
- Aurora - Estranged
- Bengang - Akim
- Aku Rindu Sayang Kamu - Black
- Dan Sebenarnya - Yuna
- Rindu Terhenti - Tomok
- Pakai Buang - Stacy
- Kau Aku - Aizat
- Pergi - Aizat
- Situasi - Bunkface
- Benchinta - Faizal Tahir
- Adam dan Hawa - Misha Omar
- Masih Jelas - Hafiz
Banyak juga lagu yg dinyanyikan oleh penyanyi yang lahir dari realiti TV telah terpilih. Mmm… macam tak biasa. Tapi ini pertandingan lagu, bukan pertandingan vokal penyanyi.
Seronok tengok finalis yang diberi peluang berucap. Jangan lupa terima kasih kalian pada Tuhan jugak.
Tahniah kepada semua finalis~!
Agak-agak korangla, siapa yang akan menang?