selamat hari raya haji..
selamat hari raya aidiladha.. oo yer keluarga aku masak 2 jenis jer juadah untuk raya haji nie..kuah kacang dan ayam masak lemak.. ok la.. yang penting ada makan pagi raya kan.. dan semestinya aku ngan adik aku azah yang tolong ayah mak masak semalam..
sempena raya haji nie aku tiba2 teringat masa ayah mak aku pegi haji beberapa tahun lepas masa tue mak ayah aku g haji aku kuar keputusan spm.. macam tak berapa heppi sgt la.. sebab takder sapa kat umah.. tp mak cik tepon tanya macamne keputusan..
malam tue ayah aku tepon tak lama tue mak aku tepon.. so kurang sket la sedih.. pastu ada gak peristiwa bangang.. aku boleh isi pakai pen kat borang omr.. padahal ayah aku da pesan pakai pensel.. along balik dari uum semata mata nak anta borang aku..
balik tengok aku pakai pen naik hantu la along.. hahahaa.. da dia kena beli borang baru dan isi semula borang.. hahahaa.. last2 aku pegi form 6 sebab tak dapat tawaran u..
pastu masa mak ayah g haji ktorang adik badik gigih tau masak.. masak laksa ngan kuah kacang.. hebat tak hebat la.. mak cik belah mak dtg raya umah sebab masa tue nenek kat umah aku tlg jagakan.. just nak ada org tua jer dalam umah..
yerla along kat uum ana kat uitm mana ada yang paling besar kat umah.. masak kali pertama dapat pujian hangat.. masak kali ke 2 kuah kacang terus tak sedap.. da la banyak along buat.. hahahaa.. kalau tinggalkan kat umah konfom tak berusik.. nak tak nak along bawak separuh balik kedah..
hahahahaa.. ingat lagi walaupun dah 4 tahun lepas berlalu..
0 ayat cinta: