Minggu 6: Irama Bollywood

Monday, November 30, 2009 marina 0 Comments



Malam tadi telah berakhirnya Malam Sehati Berdansa yang telah disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104). Seperti yang dijangka irama Bollywood sememangnya mampu menghangatkan suasana malam ini. Keenam-enam pasangan selebriti telah berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir.

Bertemakan Malam Bollywood kesemua pasangan selebriti berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik dan rata-rata mendapat komen-komen positif daripada ketiga-tiga juri yang hadir iaitu Ganesh K, Vanida Imran dan juga Joseph Gonzales selaku juri tetap.

Persembahan pertama oleh pasangan Didie dan Sham berjaya menghiburkan kesemua penonton yang hadir. Komen-komen yang diberikan oleh ketiga-tiga juri ternyata mampu memuaskan hati kedua-dua mereka. Ekspresi muka dan keserasian yang baik diantara satu sama lain menjadi kekuatan mereka, namun elemen tarian klasik haruslah diperbaiki.

Berbanding minggu-minggu sebelumnya, persembahan pasangan Sein dan Nana minggu ini menunjukkan peningkatan berganda apabila Nana berjaya menjiwai watak di dalam tarian mereka. Mereka dikatakan benar-benar sehati berdansa apabila berjaya membina keserasiaan yang hebat di antara satu sama lain.

Persembahan ketiga oleh Isma dan Zul mendapat pujian hebat dari ketiga-tiga juri yang hadir. Kedua-dua mereka tampil dengan koreografi yang cukup bagus dan padat dengan elemen tarian Bollywood. Keserasian dan penggunaan pentas yang baik menjadi kekuatan mereka.

Berbeza dengan pasangan Isma dan Zul, pasangan Sazzy tidak berjaya mengekalkan prestasi mereka. Akibat daripada lupa langkah tarian yang ditetapkan, Nazril seolah-olah hilang punca. Namun, mereka masih mampu meneruskan langkah tarian mereka.

Bagi pasangan Dira dan Ash minggu ini mereka tampil memberikan persembahan yang begitu hebat. Kedua-dua mereka nampak berseri dan menghiburkan. Kedua-dua mereka menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sekaligus menyebabkan segala penat lelah Dira dan Ash minggu ini berbaloi.

Berikut adalah markah yang telah diberikan oleh juri-juri professional:

Dira - 93.67
Isma - 93.00
Sazzy - 90.33
Sein - 89.33
Didie - 83.67

Markah daripada juri sudah diperolehi, tetapi kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi juara dan siapakah yang bakal tersingkir di minggu hadapan juga terletak di tangan para penonton. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Taip DANSA SAZZY atau DANSA<3/5/10> SAZZY untuk (3/5/10 undian) ke 32999
(Contoh : DANSA5 SAZZY KE 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 untuk 1/ 3 /5 /10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY

Taip DANSA ISMA Atau DANSA<3/5/10> ISMA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 Isma Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 5
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih ISMA

Taip DANSA SEIN Atau DANSA<3/5/10> Sein Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh : DANSA5 SEIN Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN

Taip DANSA DIDIE Atau DANSA<3/5/10> DIDIE Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIDIE Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 2
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIDIE

Taip DANSA DIRA Atau DANSA<3/5/10> DIRA Untuk (3/5/10 Undian) ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIRA Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

Siapakah yang bakal tersingkir minggu ini? Untuk mendapatkan jawapannya saksikan Debaran Sehati Berdansa esok jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lupa dapatkan gambar-gambar pasangan selebriti pilihan anda. Taipkan SB GLAM dan hantarkan ke 32888. Anda juga kan mendapat penghias screen percuma.

0 ayat cinta:

Kekuatan Ben 10

Monday, November 30, 2009 marina 0 Comments


MENAMPILKAN 14 karakter dengan gabungan persembahan lagak ngeri papan luncur, akrobatik dan kesan khas multimedia, pementasan Ben 10 & Ben 10 Alien Force, Power Of The Omnitrix di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 hingga 29 November ini bakal menjanjikan satu persembahan mengagumkan.

Diadaptasi daripada siri kartun popular, Ben 10, menariknya dalam persembahan selama 90 minit itu, ia buat julung kalinya mengenengahkan dua watak makhluk asing yang baru iaitu Rocks dan Squidstrictor.
Dibintangi David Harrison selaku Ben 10, Khali Grimshaw (Gwen), Alex Osmond (Kevin Levin) dan Paul Holmes (Grandpa Max), Ben 10 & Ben 10 Alien Force, Power Of The Omnitrix turut membawa karakter-karakter makhluk asing lain seperti Heatblast, Four Arms, Wildmutt, Vilgax, HighBreed Commander, The Forever Knights dan DNAliens.

Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua pementasan Ben 10 & Ben 10 Alien Force, Power Of The Omnitrix selepas Bangkok, Thailand.

Menurut Harrison, Ben 10 merupakan satu jenama yang kuat dan ia mempunyai 'hubungan' yang kukuh dengan kanak-kanak.

Atas dasar itu, pementasan Ben 10 & Ben 10 Alien Force, Power Of The Omnitrix akan dinanti-nantikan oleh kanak-kanak termasuk golongan dewasa yang meminatinya.

"Sememangnya saya sudah bersedia untuk beraksi di Kuala Lumpur.

"Saya berasal dari Melbourne dan menghadiri sesi uji bakat mencari watak Ben 10 di Sydney. Ia cukup mengagumkan.

"Bukan sahaja dibantu dengan kesan khas multimedia, persembahan ini akan menggabungkan aksi-aksi menarik termasuk lagak ngeri dan seni mempertahankan diri,'' katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pelakon Ben 10 & Ben 10 Alien Force, Power Of The Omnitrix di Impiana KLCC, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Asiapromote Ventures, Wan Zaleha Radzi, peneraju Millenium Entertainment International (MEI), Nick Larkin dan Pengarah Kawasan Asia Pasifik, Cartoon Network Enterprises, Archana Keskar.

Sambung Harrison, diberi tanggungjawab memegang watak utama iaitu Ben 10, dia turut teruja kerana pementasannya melangkaui banyak negara. Harrison yang berusia 19 tahun sebelum ini pernah mengikuti latihan drama, vokal dan tarian.

Terlibat dalam bidang seni sejak kecil, Harrison pernah memegang watak sebagai raja dalam pementasan Oliver! di Melbourne dan Singapura.

Sementara itu, Wan Zaleha berkata, sebagai sebuah agensi promoter, selain Ben 10, permintaan terhadap produksi teater antarabangsa di negara ini semakin bertambah berbanding lima tahun dahulu.

"Untuk itu, Asiapromote bersedia mengambil peranan dalam membawa produksi luar ke Malaysia," katanya.
Asiapromote sebelum ini pernah membawa pementasan teater muzikal The Merchants of Bollywood ke Istana Budaya.

Sambung Wan Zaleha, pementasan Ben 10 & Ben 10 Alien Force, Power Of The Omnitrix di Bangkok dilihat menerima sambutan yang amat menggalakkan.

"Saya yang menyaksikan persembahan ini sangat kagum. Bahkan, set pementasannya juga menarik. Saya percaya setiap penonton akan teruja menyaksikannya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, tiket-tiket untuk menyaksikan pementasan Ben 10 & Ben 10 Alien Force, Power Of The Omnitrix telah mula dijual pada harga RM38, RM53, RM73, RM93, RM133, RM153, RM188 dan RM218.

Persembahan untuk 27, 28 dan 29 November ini akan berlangsung pada pukul 2 dan 5 petang serta 8 malam.
Tiket boleh dibeli di Dewan Plenari, KLCC dan sebarang maklumat mengenai pementasan boleh diperoleh melalui www.ticketpro.com.my atau hubungi 03-78807999.

0 ayat cinta:

'Kung Fu Panda' Dalam Bahasa Melayu

Monday, November 30, 2009 marina 0 Comments


Buat pertama kalinya di HBO, penonton dapat menikmati filem animasi popular 'Kung Fu Panda' - yang akan ke udara pada 29 November ini, jam 9 malam - dalam pilihan Bahasa Melayu.

Po (yang disuarakan oleh Jack Black) adalah peminat setia seni kungfu. Namun kerana badannya yang gempal, tiada seorang pun mengambil serius minatnya, lebih-lebih lagi ayahnya. Ayah Po, sebaliknya, memasang harapan bahawa anak tunggalnya ini akan mengambil alih bisnes mi-nya.

Impian Po menjadi kenyataan apabila dia terpilih untuk menyelamatkan penduduk kampungnya dari serangan Tai Lung (Ian McShane). Bukan saja dapat mempelajari seni kungfu dari Master Shifu (Dustin Hoffman), dia kini berdiri sebaris dengan wira-wira kungfu yang dia kagumi - Tigress (Angelina Jolie), Crane (David Cross), Mantis (Seth Rogen), Viper (Lucy Liu) dan Monkey (Jackie Chan).

Siaran ulangan 'Kung Fu Panda' adalah pada 30 November (1 tengah hari), 3 Disember (11.30 malam), 5 Disember (11 pagi dan 7.30 malam) dan 6 Disember (2.30 petang).

Layari laman sesawang www.hboasia.com untuk maklumat lanjut.

0 ayat cinta:

Hujan jelajah Indonesia 2010

Monday, November 30, 2009 marina 0 Comments


KUMPULAN Hujan akan terus mengembangkan bakat, populariti dan kesinambungan mereka dalam bidang muzik dengan merancang siri konsert bergerak di bandar-bandar besar di Indonesia pada tahun depan.
Menurut pemain keyboard kumpulan itu, Hang Dimas Santoso, perancangan tersebut tercetus selepas percubaan mereka mengadakan beberapa konsert di negara seberang itu pada tahun lalu mendapat sambutan hangat para peminat di sana.

Dimas yang juga berasal dari Indonesia berkata, buat masa ini Hujan juga sedang membuat persiapan yang rapi bagi memastikan siri konsert yang akan diadakan itu kelak lebih baik mutu penganjurannya berbanding tahun lalu.

Tahun lepas, kumpulan itu pernah membuat percubaan dengan mengadakan beberapa siri konsert di beberapa buah bandar utama di Indonesia, antaranya Jakarta dan Bandung.

Apa yang menggembirakan kumpulan itu ialah, sambutan yang diterima sangat baik termasuklah daripada para pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

"Sebab itu, azam kami kali ini adalah untuk memastikan supaya siri konsert yang akan kami adakan itu nanti lebih baik daripada segi persembahan lagu-lagu dan juga stamina kami ketika berada di atas pentas. Kami banyak belajar daripada pengalaman pada tahun lalu.

"Jika tiada aral melintang, siri konsert bergerak itu akan diadakan di Yogyakarta sehinggalah ke Pulau Bali. Ini bermakna, kami akan menjelajah bandar-bandar besar di seluruh Pulau Jawa. Tahun depan kami juga akan mengadakan konsert bergerak di Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media selepas konsert mereka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert itu merupakan konsert penutup Hujan dalam siri Konsert Hujan Mencari Konklusi Tour 2009 yang disaksikan hampir 1,000 penonton dengan mengenakan tiket berharga RM20.

Pada persembahan selama hampir 90 minit itu, Hujan membawakan lagu-lagu popular mereka termasuklah yang dipetik daripada album terbaru mereka berjudul Mencari Konklusi yang sudah pun berada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

Sebagai konsert penutup dalam siri konsert yang diadakan di ibu negara itu, ternyata ia merupakan yang terbaik buat Hujan daripada segi jumlah penonton yang hadir serta sokongan daripada pihak media massa.
Penyanyi utama Hujan, Noh berkata, perkara itu tidak dinafikan memandangkan para peminat mereka lebih ramai di Kuala Lumpur selain ruang tempat persembahan yang lebih besar berbanding lokasi-lokasi sebelumnya.

"Ini adalah siri konsert kami yang paling meriah sekali selain di Kelantan ketika kami mengadakan persembahan di KB Mall, Kota Bharu pada minggu lalu. Paling tidak meriah ialah di Taiping, Perak di mana penonton yang datang sekitar 200 orang sahaja.

"Mungkin promosi di situ agak kurang sedikit. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana penyokong Hujan atau 'rangers' kami banyak membantu mempromosikan serta hadir pada siri-siri konsert kami ini," ujarnya.

Paling menggembirakan Hujan tambah Noh, apabila kebanyakan siri konsert mereka kali ini yang diadakan di 10 lokasi seluruh Semenanjung Malaysia sejak Oktober lalu dihadiri oleh kalangan peminat baru yang semakin bertambah bilangannya dari semasa ke semasa.

Vokalis dan gitaris berasal dari Miri, Sarawak ini memberi contoh, beliau mendapati 10 peratus daripada penonton yang hadir pada konsert di Kuala Lumpur merupakan peminat lama, manakala bakinya adalah peminat baru Hujan.

"Namun itu tidak bermakna kami kehilangan peminat lama kerana bilangan peminat baru semakin bertambah. Saya memang jangkakan konsert di Kuala Lumpur ini boleh menarik ramai peminat kerana sasaran kami sekitar 800 penonton sahaja.

"Tetapi sebelum tiga hari konsert ini diadakan jualan tiketnya mencecah 1,000 unit. Ini amat menggembirakan kami. Mungkin sekarang ini ramai peminat Hujan yang sedang menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Jadi ramai yang tidak dapat datang ataupun mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu dengan musim hujan dan bajir sekarang ini pun boleh menyumbang kepada faktor tersebut," ujarnya.

Konsert Mencari Konklusi Tour 2009 di Kuala Lumpur itu yang dijayakan oleh dua kumpulan pembuka tirai iaitu Dia dan Couple merupakan siri konsert terbesar yang pernah diadakan oleh Hujan di negara ini.

Jelas Noh, mereka menyewa dan menggunakan sebuah bas bagi tujuan membawa instrumen dan krew yang terbabit sepanjang hampir sebulan lebih siri konsert itu diadakan.

"Secara keseluruhannya kami memperuntukkan sekitar hampir RM30,000 sebagai kos untuk mengadakan siri konsert bergerak ini. Selain bantuan pihak penganjur, kami juga beruah kerana penyokong setia Hujan banyak membantu mempromosikan konsert ini.

"Ramai peminat kami dari Singapura, Johor. malah dari Cardiff (Wales, United Kingdom) pun ada yang datang memberi sokongan pada konsert petang ini," katanya lagi sambil dipersetujui oleh AG Coco selaku gitaris dan Am (dram) pada sidang akhbar tersebut

0 ayat cinta:

lirik lagu tema korban kasih marlisa

Sunday, November 29, 2009 marina 0 Comments

Yang kutahu Cinta itu Indah 

lyric is by Afgan feat Nagita Slavina. first time dengar lagu ni bila tengok cerekarama  Korban Kasih Marlisa.. :-)

Tak Pernah Aku Membayangkannya
Bila Insan Sedang Patah Hati
Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya

Reff:*
Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam
Inikah Yang Dinamakan Patah Hati
**
Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini
Yang Kutahu Cinta Itu Indah
Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Ku Mahu Kau Tetap Disisiku

Back To Reff:* & **

Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Ku Mahu Kau Tetap Disisiku

Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangi pun Berwarnakan Kelam

0 ayat cinta:

My Spy dijamin amat kelakar

Sunday, November 29, 2009 marina 0 Comments

AC MIZAL dan Harun Salim Bachik berganding kali pertama sebagai bintang utama My Spy.


Filem terbitan KRU Studios bersedia ditayangkan pada 3 Disember depan

KRU STUDIOS dilihat sebagai antara syarikat perfileman yang giat menerbitkan filem bagi menyemarakkan lagi industri ini. Bukan sekadar menghasilkan filem, sebaliknya judul yang diterbitkan menerusi syarikat terbabit boleh dikelaskan sebagai berbeza daripada filem sedia ada.

Bermula Cicak-Man, diikuti Duyung, Cicak-Man 2: Planet Hitam, Jin Notti, My Spy, Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa (tiga judul terakhir belum memasuki panggung), kesemua filem terbitannya membawa kelainan. KRU Studios bukan setakat menyambung pengeluaran filem di Malaysia, mereka juga bertanggungjawab menghidangkan bentuk hiburan baru dalam dunia sinema negara.





Filem My Spy, sebuah judul yang boleh dimasukkan dalam kategori aksi komedi, dikatakan sekali lagi memberikan persembahan berbeza buat penggemar filem Melayu. Kali ini diarahkan Afdlin Shauki, filem terbabit menampilkan dua pelakon berbakat tanah air, AC Mizal dan Harun Salim Bachik sebagai bintang utama.

Penerbit Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata, My Spy ialah filem paling kelakar pernah dihasilkan syarikatnya.

Bersandarkan skrip tulisan Amir Hafizi, ia menghimpunkan penggiat seni ternama negara terdiri daripada Afdlin yang sebelum ini tampil bersama beberapa filem komedi menarik seperti Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah, Los Dan Faun dan Papadom, manakala AC dan Harun pula dianggap bintang komedi paling menyerlah ketika ini.

Harun, secara terang-terangan diakui Afdlin sebagai pelakon komedi paling digemarinya. Dengan aksi lawak yang bersahaja, aktor itu dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja ketawa tanpa perlu bersungguh-sungguh melakukannya.

Kata Norman, gabungan yang disaksikan menerusi My Spy memang tampak janggal. Tetapi, itulah rahsia yang bakal menggegarkan panggung sebaik saja filem berkenaan mula ditayangkan pada 3 Disember nanti.

"Ia filem berbentuk penyiasatan yang sarat dengan elemen kelakar. My Spy bukannya untuk sesetengah kalangan penonton, sebaliknya dihasilkan hiburan untuk semua golongan usia," kata Norman pada sidang akhbar mengumumkan kerjasama syarikat terbabit bersama Celcom dan Perodua dalam usaha promosi filem berkenaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin; dan Pengurus Pengiklanan dan Pemasaran, Perodua Sales Sdn Bhd, Sulasi Mahadi.
Selitkan nilai intelektual

AFDLIN pula berkata, seperti filemnya yang lain, My Spy bukanlah dihasilkan dengan tujuan menyampaikan sesuatu mesej tertentu kepada peminat.

"Paling utama, dalam setiap filem saya, ia mempunyai nilai hiburan cukup tinggi. Filem ini juga tidak terkecuali. Ia hiburan yang boleh ditonton berulang-kali," katanya yang mendedahkan, filem terbabit terhasil daripada cantuman visi dirinya sendiri bersama Norman, yang juga Presiden KRU Studios.

Tegas sutradara yang juga seorang pelakon itu, selain menghiburkan penonton, dia tidak lupa menyelitkan nilai intelektual dalam setiap judul diarahkannya.

Memilih Langkawi sebagai lokasi, Afdlin berkata, pulau berkenaan amat sesuai untuk penggambaran kerana ia membolehkan pelakon dan krunya memberikan perhatian penuh kepada projek terbabit. Pada masa yang sama dia sendiri berharap, rakaman yang dilakukan berupaya memberikan keadilan kepada pusat percutian itu, yang dipamerkan sebagai tempat yang mewah serta penuh daya penarik.

Selain AC dan Harun, filem ini diperkuatkan dengan kemunculan Hannah Tan, Daphne Iking, Maria Farida, Carmen Soo dan Ridzuan Hashim.

Antara lain, ia mengisahkan bagaimana dua lelaki yang berangan-angan menjadi mata-mata hebat, bergabung tenaga dalam menyelesaikan kes seorang Datuk yang didakwa bermain kayu tiga oleh isterinya. Namun, siasatan itu membawa dua lelaki berkenaan jauh ke dalam kes yang nyata lebih rumit daripada apa yang mereka sangkakan.

Meneruskan tradisi filem KRU Studios, My Spy tidak ketinggalan mengetengahkan elemen CGI. Kali ini, penonton dikatakan dapat menyaksikan bagaimana watak Salleh lakonan Harun, berkomunikasi dengan beg dan keretanya sendiri.

Sebagai lelaki yang gemar mencipta pelbagai peralatan canggih, Salleh akan merealisasikan perkara mustahil dengan bantuan teknologi imejan janaan komputer, seliaan Yusry.

Menyemarakkan lagi kehadiran filem itu ke pawagam, KRU dan Astro Entertainment Sdn Bhd mengadakan kerjasama dengan menghasilkan lagu tema berjudul Menggegar Dunia. Ia menyaksikan nyanyian secara duet dua bintang muda, Adam dan Stacy. Lagu berentak rancak itu kini mula diputarkan di beberapa radio tempatan dan sudah pun mendaki carta lagu popular.

Single kedua daripada runut bunyi filem ini, Primadona, nyanyian solo Stacy akan menyusul sedikit masa lagi.

0 ayat cinta:

New Moon - Ramai Penonton Jatuh Cinta!

Sunday, November 29, 2009 marina 0 Comments


Seperti yang dijangka, kemunculan filem sekuel The Twilight Saga: New Moon telah mencipta fenomena luar biasa sejak ia mula ditayangkan di Amerika Syarikat (AS) pada 16 November lalu.


Fenomena yang sama kini mula dirasai oleh ramai peminat filem seram-fantasi-romantik itu di Malaysia kerana rata-rata memberikan maklumbalas yang sangat positif selepas menyaksikan buat pertama kali menerusi Tayangan Perdana di Cathay Cineleisure, Damansara, malam kelmarin. 


Nyata ramai terus terpikat dengan aura puntianak romantis, Edward Cullen lakonan Robert Pattinson dan tidak kurang juga yang mula gila bayang dengan fizikal sasa Jacob Black (Taylor Lautner) yang begitu menonjol dalam filem ini.

Portal murai.com.my tidak ketinggalan mengundang 10 GengMurai yang bertuah bersama pasangan masing-masing untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem itu bersama sekumpulan artis malam pada itu.


Tahniah kepada Fatehi Kassim, Yek Kiung Wei, Suhaili Kasim, Mohd Fadzli Abd Mutalib, Nana, Aizat Hazwani, Lau Sai Yew, Shahrul Fawwaz, Mohd Azizul Azlan dan Noor Friziana Muner kerana menang dan sudi hadir.


Mereka adalah pemenang peraduan The Twilight Saga: New Moon-Murai yang berkongsi pawagam bersama-sama Liyana Jasmay, Datin Natasha Hudson, Nurul Abdul Wahab, Linda Onn, Reza dan 3 penyampai Astro Awani iaitu Syazwan, Rizal dan Dino Omar.


Perangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-21,  Liyana akui dia memang menunggu filem ini untuk melihat kesinambungan cinta antara Edward dan Bella Swan (Kristen Stewart).


"Filem ini sungguh menghiburkan dan saya turut dibawa ke alam mereka buat seketika," ujar Liyana.


Perkara yang sama diakui Nurul yang terpegun dengan New Moon dan menyifatkankan pengarahnya, Chris Weitz sangat bijak mengeksploit bakat semua pelakon utama dalam filem itu. Kata Nurul, gandingan bintang remaja iaitu Robert, Kristen dan Taylor begitu mengasyikkan.


Penyampai Sinar FM, Linda Onn pula berkata, filem sekuel kedua ini lebih baik dan mencengkam perasaan berbanding Twilight.


"Saya pula yang sesak nafas menontonnya. Memang best..." seloroh Linda dengan teruja. Dia juga memberikan pose yang sporting untuk murai.com.my sebaik saja melihat poster filem itu.


Seperti mana Twilight, filem New Moon yang berdasarkan novel terkenal, terus mengisahkan konflik gadis biasa, Bella yang mencintai Edward. Kerana tidak mahu kekasihnya terbabit dalam konflik dunia puntianak, Edward cuba menjauhkan diri.


Sepanjang ketiadaan Edward, Bella semakin sepi dan akhirnya jatuh hati dengan Jacob. Namun apabila Edward muncul semula dalam hidup Bella, maka hubungan ketiga-tiga mereka mula meruncing.


Tayangan New Moon di Malaysia telah bermula sejak 25 November lalu. Di AS, New Moon telah berjaya mencatat kutipan box-office pembukaan sebanyak AS$72.7 juta. Kejayaan filem itu turut dibantu dengan teknik kesan khas dan sinematografi yang hebat.

0 ayat cinta:

Faizal Tahir Ragui Pembabitan Di AJL24

Sunday, November 29, 2009 marina 0 Comments

Peminat Faizal Tahir nampaknya boleh menarik nafas lega. Menurut laporan Harian Metro hari ini - 'Tiada batuk darah lagi' - Faizal sudahpun keluar hospital sejak 21 November lalu. Disahkan paru-parunya mengalami jangkitan kuman yang dikatakan pada tahap awal, namun berita baiknya, dia tidak lagi batuk darah dan tiada sebarang kerosakan pada organ dalamannya.

Meskipun begitu, paru-parunya masih lemah dan dinasihati doktor untuk kurang bercakap dan banyak berehat. Sebagai rawatannya, dia perlu banyak mengambil ubat termasuk antibiotik dan ubat penahan sakit, dan berjumpa doktor sekali seminggu. Apabila dapat dipastikan kesemua kuman telah dihapuskan - Faizal tidak pasti bila - dia akan memulakan rawatan fisioterapi untuk pernafasan "kerana pernafasan yang betul adalah kriteria penting bagi seseorang penyanyi".

Bila ditanya tentang kebarangkalian dia akan membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) pada 10 Januari depan, Faizal hanya mampu berharap. Jelasnya, andai kata kuman-kuman itu dapat dihapuskan sebelum AJL24, dia masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

0 ayat cinta:

baru pas tengok new moon..

Saturday, November 28, 2009 marina 0 Comments

aku baru balik dari tengok new moon..  bagi aku best.. tapi mungkin sedikit slow jalan cite nye..

cite kali nie banyak cite pasal bella ngan jacob.. cite pasal edward tak banyak.. padahal edward la aku tertunggu tunggu bila dia nak muncul.. hehehee..

peh terserlah ke enseman so edward.. hahhaa.. tapi biasa la ending dia tergantung la.. means dorang memang saja nak wat tergantung sebab mesti ada sekuel yang ketiga nanti.. tak sabar aku nak tengok..

bagi aku cite nie memang best la.. memang kesian lat bella masa edward tinggalkan bella.. memang terseksa jugak la si bella.. nasib baik ada jacob.. tapi jacob plak serigala jadian.. hehehee..

apa pun edward memang ensem dan macho.. memang suka minat giler r aku kat robert pattinson skunk nie.. hehehee..

well, tak sabar nak tengok sekuel yang ketiga.. dorang matikan dengan ayat bella, will you marry me? pastu abis.. hahahaha.. so nantikan saja apa jawapan bella kat edward.. dan jadik ke si bella nak jadik vampire? jawapan nya mungkin ada kat sekuel akan datang.. hehehee

0 ayat cinta:

Dengarnya...: Nur Kasih bakal difilemkan

Saturday, November 28, 2009 marina 0 Comments

MALAM ini peminat setia drama Nur Kasih akan mengetahui kesudahan drama ini. Jadi kepada penonton drama ini jangan lupa untuk mengetahui pengakhirannya bermula 9 malam di TV3. Cik Normah dapat tahu rating mingguan drama ini yang disiarkan setiap Jumaat sudah mencapai lebih 3 juta tontonan.

Malah terbaru, Cik Normah diberitahu, ia sudah mencecah kepada angka 3.9 juta. Malahan, sejak tiga minggu lalu selepas disiarkan ulangannya di TV3 jam 7 lebih pun mendapat rating hingga 1.3 juta. Itu belum lagi di laman maya kerana ia turut mencatat sebanyak 2.8 juta penonton yang menyaksikan menerusi lama sesawang (Catch-up TV).

Cik Normah tumpang seronok dengan kejayaan drama arahan Kabir Bhatia ini cuma kesibukan di pejabat membuatkan Cik Normah sudah terlepas banyak episod. Tak apalah mungkin selepas ini, Cik Normah boleh membeli DVD drama ini yang sudah mula dijual di Singapura.

Kawan sepejabat Cik Normah yang memberitahu DVDnya memang ada dijual di Kota Singa itu apatah lagi drama terbabit turut disiarkan di saluran Sensasi di Singapura. Terbaru ada khabar yang singgah di telinga Cik Normah drama ini bakal difilemkan.

Lara Kirana Manja berkata, kalau tiada aral melintang penggambaran akan dibuat pada Februari ini. Kata Lara lagi, dia kurang pasti sama ada pelakon versi drama akan dikekalkan untuk versi filem. Tak apalah tunggu saja perkembangannya nanti.

Cik Normah harap cerita ini akan jadi kenyataan dan tak mahu jadi seperti yang pernah terjadi pada drama Kekasihku Seru yang kononnya mahu diterjemahkan ke format filem. Cik Normah dapat tahu ura-ura untuk menghasilkan filem Kekasihku Seru yang pernah dikeluarkan kenyataannya oleh Kabir sendiri selaku pengarahnya tidak akan menjadi kenyataan.

Apatah lagi, penonton pun sudah mula lupa mengenai kewujudan drama seram itu. Maka, dengan itu, pihak Kabir sendiri tidak teragak-agak untuk merealisasikan filem Nur Kasih ketika drama itu masih menjadi sebutan dan terpahat dalam ingatan penonton.

0 ayat cinta:

selamat hari raya haji..

Saturday, November 28, 2009 marina 0 Comments

selamat hari raya aidiladha.. oo yer keluarga aku masak 2 jenis jer juadah untuk raya haji nie..

kuah kacang dan ayam masak lemak.. ok la.. yang penting ada makan pagi raya kan.. dan semestinya aku ngan adik aku azah yang tolong ayah mak masak semalam..

sempena raya haji nie aku tiba2 teringat masa ayah mak aku pegi haji beberapa tahun lepas masa tue mak ayah aku g haji aku kuar keputusan spm.. macam tak berapa heppi sgt la.. sebab takder sapa kat umah.. tp mak cik tepon tanya macamne keputusan..

malam tue ayah aku tepon tak lama tue mak aku tepon.. so kurang sket la sedih.. pastu ada gak peristiwa bangang.. aku boleh isi pakai pen kat borang omr.. padahal ayah aku da pesan pakai pensel.. along balik dari uum semata mata nak anta borang aku..

balik tengok aku pakai pen naik hantu la along.. hahahaa.. da dia kena beli borang baru dan isi semula borang.. hahahaa.. last2 aku pegi form 6 sebab tak dapat tawaran u..

pastu masa mak ayah g haji ktorang adik badik gigih tau masak.. masak laksa ngan kuah kacang.. hebat tak hebat la.. mak cik belah mak dtg raya umah sebab masa tue nenek kat umah aku tlg jagakan.. just nak ada org tua jer dalam umah..

yerla along kat uum ana kat uitm mana ada yang paling besar kat umah.. masak kali pertama dapat pujian hangat.. masak kali ke 2 kuah kacang terus tak sedap.. da la banyak along buat.. hahahaa.. kalau tinggalkan kat umah konfom tak berusik.. nak tak nak along bawak separuh balik kedah..

hahahahaa.. ingat lagi walaupun dah 4 tahun lepas berlalu..

0 ayat cinta:

A Time For Us Lakonan Carmen Soo & Awal Ashaari ke Emmy Awards

Saturday, November 28, 2009 marina 0 Comments

Wow… walaupun tidaklah mendapat sambutan di negara sendiri, namun drama bersiri A TIME FOR US telah berjaya memasuki pencalonan dalam International Emmy Awards yang ke-37 yang berlangsung di New York City pada 23 November lalu!

Sudah tentu berita kegembiraan ini dikongsi bersama dengan para pelakon Malaysia yang membintangi asiannovela A TIME FOR US (KAHIT ISANG SAGLIT) iaitu Carmen Soo, Awal Ashaari, Louisa Chong, Soosan Hoh dan Zayanah Ibrahim.

Untuk pengetahuan pembaca semua, drama ini telah ditayangkan di TV2 pada bulan Mac 2009. Sayang seribu kali sayang, drama ini ditayangkan pada waktu tengahari, jadi tak ramai yang berpeluang untuk menonton.

Ia adalah co-production ABS-CBN, Filipina dan Double Vision, Malaysia yang dibintangi Jericho Rosales dan Carmen Soo disamping Louisa Chong, Soosan Hoh, Awal Ashari Zayanah Ibrahim dan beberapa pelakon ternama Filipina.

Di Filipina ia ditayangkan bermula pada 15 September 2008 hingga 12 Disember 2008.

Walaupun tidak berjaya seluruh produksi Filipina dan Malaysia boleh berbangga kerana berjaya sampai ke tahap setanding dengan produksi Brazil dan France.

Apa yang membanggakan Carmen Soo sebagai anak Malaysia berjaya menjejakkan kaki ke majlis yang berprestij ini.

Carmen akan balik pada hari Khamis waktu NYC tapi akan ke Filipina untuk menghadiri PMPC Star Award for TV pada 29 November 2009 dimana dia dicalonkan bagi kategori BEST NEW FEMALE TV PERSONALITY.

0 ayat cinta:

Gambar Sekitar Karnival Tari Tirana

Saturday, November 28, 2009 marina 0 Comments

Citarasa penonton yang mahukan kepelbagaian genre drama khususnya remaja, mencetuskan idea untuk menerbitkan Tari Tirana di slot Lestary.

Untuk julung kalinya, TV3 memperkenalkan siri yang berlandaskan tarian sebagai penceritaan sesuatu drama, di mana pelakon seperti Wan Sharmila, Shahz Jazle, Ammar Alfian Aziz, Nadia Aquila Bajuri bukan sahaja terpaksa mempersembahkan kebolehan berlakon tetapi kebolehan menari juga diambil kira.

Sambutan jumlah penontonan yang memberansangkan setiap minggu telah mendorong pihak TV3 untuk menjayakan satu sesi ramah mesra bersama para pelakon Tari Tirana, bertempat di e@curve Mutiara Damansara bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Sesi ini memberi peluang kepada penonton-penonton setia menemui pelakon-pelakon dan beramah mesra sambil bergambar dengan pelakon kesayangan mereka.

Selain daripada itu pelbagai aktiviti riadah telah dijalankan untuk seisi keluarga, antaranya termasuklah
menyaksikan persembahan nyanyian oleh  Naizle, Sabhe dan Nadia Aquila, persembahan tari dari pelakon-pelakon Tari Tirana sendiri,

Tari Tirana mengisahkan perjalanan kehidupan seorang gadis remaja yang menghadapi kemelut keluarga di mana minat untuk menari mendapat tentangan dari keluarga beliau, disamping itu konflik percintaan remaja yang tidak kesampaian dan cinta dari bekas teman lelaki musuh ketat beliau  akan melibatkan banyak hati bakal dikecewakan!

Tirana yang digambarkan sebagai gadis lincah, cantik dan bijak bakal membawa penonton menyoroti warna-warni kehidupannya menerusi siri Tari Tirana di slot Lestary yang disiarkan sejak  25 Ogos 2009, setiap selasa jam 9.00 malam, hanya di TV3. Drama bersiri 26 episod ini dibintangi oleh pemenang gadis Pantene Anugerah Skrin 2008, Wan Sharmila (Tirana), Shaz Jazle (Ash), Ammar Alfian Aziz (Neo), Nadia Aquila Bajuri (Chika) dan dibantu oleh Noryati Taib (Makcik Isabella), Faizul Hafiz Hashim (Ijam), Ruzana Ibrahim (Cik Yasmin), Zaibo (Hj Mohsen) dan Zefrul Nordin (Tajuddin). Turut membintangi siri ini adalah Nadzirah Nadzri (Liza), Becky Lee (Ciara), Sharnaaz Ahmad (Ali) dan Mohammad Ali (Ali G).

Drama ini merupakan hasil arahan sutradara muda, Shahrulezad Mohamedin yang pernah menghasilkan drama-drama hebat di TV3 antaranya Sindarella, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah dan Seputeh Qaseh Ramadan. Tari Tirana yang diterbitkan oleh Radius One Production ini menjalani penggambaran di lokasi-lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Singapura.


 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 ayat cinta:

Sah, Diana Danielle Pilihan Khir Rahman

Saturday, November 28, 2009 marina 0 Comments



Biarpun sebelum ini nama aktres Fazura, Maya Karin serta Scha Al Yahya pernah disebut-sebut sebagai antara calon pelakon wanita yang bakal dipilih untuk menjayakan filem … Dalam Botol arahan Khir Rahman, rezeki itu nampaknya lebih berpihak kepada Diana Danielle.
Khir sewaktu dihubungi murai.com.my berkata, ada beberapa sebab mengapa aktres remaja itu akhirnya menjadi pilihan beliau untuk filem ke-4 terbitan Raja Azmi Raja Sulaiman itu.

"Pertama sekali, saya sukakan pakej yang ada pada Diana. Bagi saya dia seorang pelakon yang bijak serta berbakat. Sayanglah, kalau kelebihan yang ada padanya itu dipersia-siakan begitu saja.

"Kedua, semua orang tahu bahawa …Dalam Botol adalah sebuah filem yang bercerita tentang kelompok gay. Tetapi dengan meletakkan Diana sebagai pelakon wanita yang dominan, ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk memanggil kelompok lelaki yang tulen untuk datang menonton cerita ini.

"Ketiga adalah disebabkan tuntutan watak itu yang nampaknya cukup bersesuaian dengan pemilihan Diana itu sendiri. Kalau ditanyakan tentang soal disiplin berkarya, itulah jawapan yang paling tepat dan sebenar-benarnya," kata Khir.

Sambung Khir lagi, pemilihan Diana sudah pun itu dibuat sejak 2 minggu yang lalu dan pada dasarnya Diana sendiri sudah pun memberikan persetujuan untuk membintangi filem ini.

"Insya-Allah jika tiada sebarang aral, kita akan perjanjian kontrak dengan Diana selewat-lewatnya pada hujung minggu depan. Setakat ini, kami sangat senang bekerjasama dengan Diana. Komitmen yang diberikan Diana terhadap filem ini juga sangat baik.

"Untuk pengetahuan semua juga, sudah beberapa hari Diana menjalani latihan untuk filem ini dan sepanjang tempoh iitu, kami langsung tidak berdepan apa-apa masalah dengannya.

"Cuma dia seorang pelakon yang masih muda dan baru. Jadi banyak benda yang perlu kita bimbing supaya dia dapat memahami maksud terma lakonan untuk dengan lebih mendalam lagi," katanya.

Khir akui gementar ke lokasi


Tentang desas-desus yang sebelum ini pernah mengaitkan Diana sebagai pelakon yang bermasalah atau demanding, Khir berkata, dia akui memang pernah dengar tentang gosip seperti itu terhadap Diana.


"Secara peribadi baik saya mahu pun produser Raja Azmi memang tidak pernah lagi bekerja dengan Diana sebelum ini. Jadi, kami tidak boleh dengar atau terlalu bergantung harap dengan gosip dan khabar-khabar angin itu semata-mata. Sebaliknya, kami kena kenal dia dulu.

"Apa yang penting di sini, dia perlu tahu dan perlu faham apa yang kita inginkan dari dia. Dari situ, barulah kita dapat mengatasi sebarang masalah yang ada,'' katanya.

Tentang gosip-gosip yang bakal mengaitkan dirinya saat mengarahkan filem …Dalam Botol ini nanti, Khir berkata, dia menganggap semua itu sebagai lumrah yang perlu dilaluinya sebagai seorang anak seni.


"Usahlah kita mengaitkan soal ini dengan masyarakat, dalam keluarga kita sendiri pun belum tentu ada yang bersetuju atau boleh menerima apa yang kita buat ini. Malah, di kalangan mereka ini, sudah ada bermacam-macam persepsi atau pemikiran yang perlu kita tangani. Apatah lagi masyarakat di luar sana.

"Mujurlah saya datang dari keluarga yang kesemuanya berdarah seni. Jadi, masalah yang saya hadapi ini tidaklah nampak begitu berat. Tapi, kalau dengan masyarakat luar, saya masih tidak tahu maklum balas mereka," katanya.

Filem …Dalam Botol merupakan filem ke-4 terbitan Pengedaran JAS Sdn Bhd bakal memulakan penggambarannya pada 6 Disember ini.

"Setakat ini kita sudah mengenal pasti 2 lokasi besar dan utama untuk filem ini iaitu Banting serta Kuala Lumpur. Selaku pengarah saya akui agak gementar serta gemuruh tapi kedua-dua emosi ini sebenarnya amat saya senangi kerana bagi saya kedua-duanya adalah satu perkhabaran yang cukup baik.

"Kalau saya tidak merasa gementar atau gemuruh untuk turun ke lokasi, itu sesuatu yang tidak kena. Kita semua manusia biasa," kata Khir mengakhiri perbualan.

0 ayat cinta:

Korban Kasih Marlisa sambut Aidiladha

Friday, November 27, 2009 marina 4 Comments


SEMPENA sambutan Aidiladha ini, TV3 akan menyajikan sebuah Cerekarama khas Aidiladha berjudul Korban Kasih Marlisa. Cerekarama menarik ini akan disiarkan pada Sabtu ini jam 10.05 malam mengenai hidup Marlisa yang menjadi antara ribuan wanita moden yang berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya.

Ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan kerana kredibiliti yang dimilikinya.

Antara strategi syarikatnya adalah melatih eksekutif muda yang dinamik dan mempunyai potensi untuk berjaya. Antara eksekutif muda itu termasuklah Adam Rais yang mempunyai potensi untuk membantu kejayaan Matrix Holdings. Adam seorang anak kampung yang mengagumi kegigihan Marlisa. Dia begitu berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Hubungan mereka semakin rapat walaupun Marlisa cuba menafikan perasaannya pada Adam.

Adam akhirnya berani meluahkan rasa cintanya pada Marlisa membuatkan dia terkejut dan mengingatkan jarak usia mereka yang terlalu jauh. Dalam pada itu, Sapiah, ibu Adam merancang menjodohkannya dengan gadis kampung bernama Nuraina.

Dia langsung tidak mengetahui Adam sedang bercinta dengan Marlisa. Sapiah menerima kepulangan Adam dan Marlisa dengan tenang walaupun tidak menyenangi hubungan itu apatah lagi untuk merestui perkahwinan mereka.

Sapiah cuba melayan Marlisa dengan baik. Nuraina tidak sedikit pun cemburu malah menganggapnya secocok walaupun berbeza usia. Nuraina mudah mesra dengan Marlisa dan menganggapnya sebagai kakak.

Namun, Sapiah tiada pilihan lain selain mahu Marlisa meninggalkan Adam dan mahu dia mengahwini Nuraina. Adam terpaksa berkahwin dengan Nuraina walaupun dia masih menyintai Marlisa. Apakah yang terjadi kepada mereka bertiga?

Ikuti kisah menarik ini bersama barisan pelakon berbakat seperti Umie Aida, Awal Ashaari, Tizz Zaqiyah, Arash Mohd, Fadhilah Mansor, Datuk Rahim Razali, Aida Radzwill dan Kismah Johar.

4 ayat cinta:

Penangan 'Nur Kasih'

Friday, November 27, 2009 marina 0 Comments


Satu fenomena. Itulah yang dapat GUA simpulkan mengenai drama 'Nur Kasih'.

Seimbas lalu, pelbagai variasi tentang kisah yang sama sudah pernah dibawa ke TV mahupun layar perak. Pasangan lelaki dipaksa berkahwin dengan gadis bukan pilihannya tetapi akhirnya, mula jatuh cinta padanya. Abang mengorbankan cintanya demi adik tersayang. Gadis yang menaruh hati pada seseorang jejaka, sanggup melakukan apa saja untuk memiliki cintanya. Namun, uniknya penceritaan kali ini, 'Nur Kasih' menerapkan elemen Islamik.

Mungkin suasananya sesuai. Lebih-lebih lagi selepas filem 'Ayat-Ayat Cinta'. Kejayaan filem cinta bercorak Islamik itu memperlihatkan keinginan penonton untuk disajikan dengan sesuatu yang berlainan setelah sekian lama disuapkan dengan cerita cinta kontemporari. Meskipun begitu, tiada siapa yang dapat menjangka sejauh mana populariti 'Nur Kasih'.

Apabila episod pertama mula disiarkan pada 29 Mei lalu di TV3, bercampur baur komen yang diterima. Ada yang menyukainya, tak kurang juga yang gagal melihat keistimewaannya. Minggu bersilih ganti. Semakin sukar bagi sesiapa yang menonton untuk tidak terpaut dengan kisah Adam (lakonan Remy Ishak), Nur Amina (Tiz Zaqyah) dan Aidil (Fizz Fairuz). Tak lupa juga pada Siti Sarah (Ummi Nazeera) yang memang menguji kesabaran GUA. Nak diberi saja penampar pada budak itu.

Tapi, itulah penangan 'Nur Kasih'. Pengakhiran setiap episod mengundang rasa tak sabar untuk mengetahui apa yang bakal berlaku di dalam episod seterusnya. Jika boleh, ingin saja ditonton kesemua 26 episod sekaligus. Menariknya, walaupun sinopsis bagi setiap episod dibocorkan di sebuah laman web akhir bulan lalu, ia sedikitpun tidak menjejaskan keinginan peminat untuk mengikuti 'Nur Kasih'.

Payah juga hendak menunggu episod baru sekali seminggu tetapi begitulah rutinnya selama enam bulan. Sebaik saja selesai satu episod, mula dihitung hari sehingga episod seterusnya. Nasib baik ada juga 'Catch Up TV'. Sementara menunggu, boleh ditonton berulang kali episod yang terdahulu. Jika ada episod yang tertinggal, mudah saja untuk 'catch up'. Sehingga 30 Oktober lalu, statistik menunjukkan seramai 28 juta penonton mengikuti kisah 'Nur Kasih' secara 'catch up' di laman web www.tv3.com.my sementara 3 juta penonton dicatat mengikuti drama ini di TV3.

Kejayaan 'Nur Kasih' sekali lagi membuktikan betapa mantapnya gandingan suami-isteri, Kabir Bhatia (pengarah) dan Mira Mustaffa (penulis skrip), yang sebelum ini sudah menunjukkan sentuhan magis mereka melalui filem 'Cinta' dan drama seram 'Kekasihku Seru'. Namun kekuatan 'Nur Kasih' bukan saja pada arahan dan skripnya tetapi juga sinematografi dan lakonan.

Kecuali Fizz, Kabir telah mempertaruhkan nama-nama baru, Remy, Tiz dan Ummi untuk mengalas tanggungjawab membawa cerita 'Nur Kasih'. Kepercayaan beliau tidak disia-siakan apabila masing-masing menunjukkan penghayatan watak yang begitu mendalam, sehingga mampu membuat penonton mempercayai mereka adalah watak yang dimainkan.

Tidak menghairankan bila tersebarnya gambar-gambar Tiz berhibur bersama teman-teman di pusat hiburan, jauh berbeza dari imej Nur yang solehah dan bertudung litup, ia menjadi satu isu hangat. Tiz hebat dikutuk malah dituduh hipokrit.

Populariti 'Nur Kasih' yang tersebar jauh hingga ke seberang tambak Johor, bukan saja memberi nafas baru pada kerjaya seni Fizz tetapi memberi Remy, Tiz dan Ummi anjakan yang diperlukan untuk mara setapak lagi dalam bidang lakonan.

Jumaat ini, bersamaan 27 November, hari yang dinanti-nantikan peminat 'Nur Kasih'. Mungkin juga ramai yang sudah mengetahui 'ending'-nya, namun berlainan sekali pengalamannya bila melihat dengan sendiri bagaimana ia dilaksanakan oleh Kabir. Dan siapa tahu, barangkali ada kejutan yang menanti kerana seperti yang semua sedia maklum, Kabir dan Mira sedang dalam proses menghasilkan sekuel kepada drama paling meletup tahun 2009 ini.

0 ayat cinta:

Akim Sumpah, Yazid Pula Sugul

Friday, November 27, 2009 marina 0 Comments


Makin hari makin hebat pula penangan Akim. Selepas saja tamat graduasi AF7, dia terus terbang ke Jakarta untuk pembikinan drama Kau & Aku. Hasilnya, drama itu sendiri semakin popular.


Kemudian, Murai Batu lihat lagu Bengang nyanyian Akim berjaya ke AJL24 pada 10 Januari 2010. itu juga satu pencapaian yang baik buat Akim kerana AJL bukan calang-calang pertandingan lagu.


Terbaru Murai Batu dapat tahu Akim akan memulakan proses rakaman single keduanya yang dijangka berada di pasaran Disember depan. Yang membanggakan, lagu itu adalah hasil ciptaan Akim sendiri.


Judulnya? Dengar kata, memang ringkas dan mudah diingati macam judul Bengang. Kalau nak tahu selepas Bengang, lagu Akim berjudul Sumpah. Ingat, bukan Sumpah-Sumpah, tapi Sumpah.

Khabarnya, lagu tersebut berkisahkan tentang seorang puteri yang ada kaitan dengan Akim. Alamak! Akim pernah bercinta dengan puteri diraja ke? Kita tunggu cerita sebenarnya nanti.


Dalam pada itu, teman Akim yang juga dari Johor, Yazid, tidak ketinggalan muncul dengan lagu baru. Kalau Akim Sumpah, Yazid pula Sugul. Hai, itu satu lagi judul yang ringkas. Buat masa ini, lagu tersebut dan pun mula dimainkan di beberapa buah stesen radio.


Kalau lagu Sumpah dicipta oleh Akim sendiri, lagu Sugul pula ciptaan kawan baik Yazid. Lagu ini dikhabarkan sebagai hadiah untuk kejayaan Yazid mencipta nama sebagai penyanyi. baguslah tu.

0 ayat cinta:

gambar gambar..

Friday, November 27, 2009 marina 0 Comments

aku rasa aku nak tunjuk kan sket gambar gambar yang menarik.. hehehee.. lagipun aku tak tau nak wat entri apa.. jadik aku jaja gambar aku dan keluarga aku masa ktorang g uk raya ke 3 beberapa bulan lepas..

mungkin aku ingat ingat lupa aku dah letak ke tak gambar gambar dalam blog aku.. tapi kalau nak tengok banyak pic g uk boleh tengok kat facebook aku..

ok.. korang tengok la ea..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ok.. tue jer la.. nak tgk banyak boleh bukak kat facebook aku.. kat kanan ada badge facebook.. so just klik jer situ.. add la skali ea.. hehhehe

0 ayat cinta:

karoke..

Thursday, November 26, 2009 marina 2 Comments


jom tengok filem karoke kat GSC Mid Valley.. tayangan cite nie terhad..  novermber 26- 2 disember.. cite nie tercalon kat Cannes Film Festival bagi kategori Camera d'Or (Golden Camera)..

sinopsis cite nie berkisarkan tentang Betik pulang ke kampung halamannya, sebuah estet kelapa sawit di pinggir Malaysia setelah merantau di kota besar Kuala Lumpur, Betik berhasrat untuk membina semula kehidupan baru bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Ketidakhadiran Betik di pengebumian bapanya dilihat sebagai pemberontakan senyap oleh ibunya.

Untuk mendapatkan rentak hidup di kampung halamannya, Betik membantu penggambaran video karaoke.

Pada waktu malam, dia membantu ibunya menguruskan perniagaan keluarga, sebuah pusat karaoke yang menjadi tumpuan pekerja estet berbangsa India, keluarga mereka dan penduduk kampung berbangsa Melayu untuk berkumpul dan berhibur. Setiap lagu memberi makna kepada penduduk kampung tersebut.

Di situ, Betik bertemu dengan seorang gadis yang memberikannya harapan tentang masa depan yang diingininya.

Pekerjaan, cinta dan keluarga. Kepulangannya kini menjadi lebih bermakna.

Malangnya peredaran masa mengubah segala-galanya. Persekitarannya tidak sama lagi. Di sebalik kesucian kampung di estet itu, manipulasi tidak terancang telah pun menular. Namun lagu sama terus didendangkan.
Kampung itu sudah berubah. Pokok kelapa sawit ditanam merata-rata. Suasananya menjadi lebih karat dan nostalgia telah pun berubah.

Lakonan Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohamed Hariry & Nadiya Nisaa dan Arahan Chris Chong.

dan ada sedikit info tentang karoke..

 
 
 
 
 


"Karaoke mengajak penonton untuk menyelami kenyataan antara ilusi dan realiti serta mendasari hubungan masyarakat yang semakin menjarak juga alam yang kian luka kesan pembangunan dan kemodenan"
(Zul Husni Abdul Hamid, Karaoke, konflik ibu, anak, Berita Minggu 15 Nov 2009)

"Karaoke membawa anda kepada realiti di sebalik tabir. Fahami bukan hanya menonton dengan mata." "Penulis lirik Shanon Shah berjaya membikin lagu-lagu baru yang sesuai dengan konsep karaoke tersebut. Ia memang menghiburkan."
(Sofia, Karaoke kampung, Kosmo Ahad 15 Nov 2009)

Kebiasaannya mesej tersirat gagal diterjemahkan dengan baik dan sedikit sebanyak ia memeningkan kepala penonton, tetapi Chris tampil dengan jalan cerita yang mudah difahami."
(Firdaus Sahat, Metro Ahad 15 Nov 2009)

"Filem ini ialah ia sebuah filem yang cukup berbeza dengan filem-filem Melayu yang lain."
(M. Ayu, review, www.GUA.com.my, 6 Nov 2009)

"Sebuah masterpiece seni filem.... dengan jalan cerita yang berani menonjolkan aspek kehidupan di Malaysia yang jarang dipaparkan.... Saya tak sabar menontonnya di layar perak."
- Dain Said, pengarah filem 'Dukun'

Komen-komen daripada pengkritik antarabangsa tentang filem ini:

“One of the most beautiful discoveries of this year's Cannes … A filmmaker is born.”
(Les Inrockuptibles, 26 May 2009, France)

“Chong delivers a serene yet often striking debut feature ...”
(J. Anderson, Eye Weekly, Toronto, 4 Sept 2009)

“Visually stunning and mesmerizing, "Karaoke" is cinematic poetry, a rapture of energy and release.”
(Moving Pictures Magazine, USA, October 2009)
_______________________________________________

Tayangan filem pendek BLOCK B bersama KARAOKE (tarikh tertentu sahaja)
SPECIAL SHORT FILM dengan KARAOKE
"BLOCK B"
A building becomes a living painting.
- 20min experimental short film playing before KARAOKE film. Two films, one ticket.
- for two (2) shows only, Sat-Sun, 28-29 Nov 2009
- 1:30pm ONLY for Sat - Sun only
- Exclusively at GSC Midvalley (KL)
- director Chris Chong Chan Fui / writer the late Toni Kasim / / production designer Yee I-Lann
_________________________________________________

"KARAOKE" TICKETS:
GSC Box Office: GSC Mid Valley box office
GSC Online: www.gsc.com.my
GSC Phone: 03 8312 3456
(advance tickets available 2 days in before)
** Playing 6 times a day for 7 days (26 Nov - 2 Dis, 2009)
Times: 11:15 AM 01:30 PM 04:00 PM 06:30 PM 09:00 PM 11:40 PM **
Price:
RM11 weekends
RM10 weekdays after 6pm
RM9 before 6pm weekdays
_________________________________________________

KOTA KINABALU, Sabah
For screening in Kota Kinabalu, please see Facebook event "KARAOKE" film in KK (11 Dis 2009). http://www.facebook.com/home.php#/event.php?eid=176497578700&ref=ts
_________________________________________________
_________________________________________________

Pemenang Peraduan :

1. Badiuzaman Mohd Noor, Putrajaya
2. Mohd Fadzli Abdul Mutalib, Kuala Lumpur
3. Hidayatul Shahida Mat Isa, Ampang
4. Muhamad Saipul Fakir, Universiti Malaya
5. Normarina Mohd Daud, Mantin
6. Mohd Haiqal Abdullah Chik, Kuala Selangor
7. Nor Fatin Abu Hasan, Bangi
8. Wan Zuliha Wan Mohd, Pandan Indah
9. Muhammad Faisal Mohd Noor, Bandar Baru Bangi
10. Zuhayu Zakaria, Seri Kembangan
11. Rohaya Rasmin, Seremban
12. Nurshafiza Shahabudin, Putrajaya
13. Nor Asmahwati Abdul Wahid, Puchong
14. Marsheila Razali, Shah Alam
15. Fatin Nadiah Mohd Fauzi, Shah Alam
16. Azlina Mohadzir, Pandan Jaya

Nota : Akan dihubungi melalui email hari Isnin, 23 Nov 2009.
_________________________________________________

PENAMPILAN PELAKON / CAST APPEARANCE

* Temui ZAHIRIL ADZIM, Khamis 26 November, tayangan 6:30pm.

* Temui NADIYATUL NISAA, Sabtu 28 November, tayangan 6:30pm.

p/s: aku masuk peraduan nie.. dan aku menang dua tiket tonton kaorke kat midvalley.. tak nampak nama aku tersenarai ke 5.. hahahaaa.. banyak betul cite best kuar wayang 26 disember.. cite karoke ngan cite twilight.. tpi karoke hanya ditayangkan kat gsc mid valley jer.. jom kita tengok karoke sambil dapat jumpe pelakon pelakon nya..

2 ayat cinta:

mimpi yang pelik..

Thursday, November 26, 2009 marina 2 Comments

korang pernah tak mimpi pelik pelik.. aku malam tadi boleh nya mimpi pelik dan sangat menakutkan.. series sangat sangat menakutkan mimpi aku tue..

yang aku ngat la dalam mimpi aku.. aku tengah jalan jalan kat satu tempat kat kl.. carik kain.. carik baju macam tue la.. lepas tue aku g masuk bank.. wat pembayaran.. kat bank tue la start masalah berlaku.. ada ke cashier kaunter tak nak pulangkan duit belen aku..

pastu aku pakai amik jer.. tiba2 ALONG ( CETI HARAM) masuk bank carik salah sorang cashier kat aku.. pastu tiba tiba aku dengar semua orang bertempiaran.. bising sangat.. huru hara masing masing.. dorang kata ada pengganas nak bom kl.. bila bila masa jer bom tue akan meletup..

aku cuba lari laju tapi tiba tiba aku susah sangat nak lari sampai mintak tolong orang tarik aku sekali.. pastu aku carik satu tempat berlindung yang selamat sebab aku rasa aku tak leh lari lagi jauh.. kat tempat aku berlindung tue pun ada orang skali berlindung..

pastu dalam bapa minit tiba tiba meletup.. peh ngeri gila.. dorang letupkan masjid siap ada siaran langsung kat tv lagi.. aku pun boleh nampak sekali.. tapi masalahnya masjid tue memang dekat dengan tempat ktorang berlindung.. masing masing ketakutan..

pastu tiba2 wartawan cakap dorang akan serang pengguna jalan raya.. dorang akan tembak suka suka hati jer.. memang sangat sangat takut nie.. takleh lari mana mana dah.. terperangkap kat situ jer..

aku memang hanya mampu peluk tubuh jer.. nafas masa tue memang kencang ketakutan.. pastu tiba tiba aku terjaga dari tidur agaknya takut sangat kot.. sedar sedar nafas aku memang macam orang ketakutan sambil aku peluk tubuh aku sebijik dalam mimpi..

takut nya kalau betul betul terjadi.. sebab sangat ngeri nak dibayangkan.. bayangkan malaysi yang aman damai permai nie tiba2 kucar kacir.. harap harap malaysia kekal aman damai sampai bila bila.. memang macam bangang jer mimpi aku tue tapi efeknya ngeri betul..takut sangat..

p/s: macam lawak jer aku nye mimpi kan.. hahahaaa..

2 ayat cinta:

Ninja Assassin

Thursday, November 26, 2009 marina 0 Comments


Filem:
Ninja Assassin

Dibintangi oleh:
Rain, Naomi Harris, Sho Kosugi, Kylie Goldstein, Rick Yune

Genre:
Aksi / Thriller

Tarikh Tayangan:
26 November

Ulasan:
Tidak rugi anda berbelanja untuk menyaksikan filem arahan James McTeigue ini. Filem yang mempertaruhkan bintang pop Korea, Rain sebagai hero ini penuh dengan aksi mendebarkan. Malah, tidak keterlaluan jika GUA katakan, penuh dengan aksi sadis! Percikan darah boleh dilihat di mana-mana sepanjang 99 minit masa tayangan. Kalau anda bukan peminat filem sebegini, GUA nasihatkan janganlah memaksa diri untuk menontonnya.

Lakonan Rain dalam filem ini cukup meyakinkan. Ternyata dia berjaya menghidupkan wataknya sebagai seorang Ninja yang ingin membalas dendam terhadap ahli kumpulannya sendiri. Semuanya berlaku setelah Raizo sedar betapa kejamnya pertubuhan Ninja yang dianggotainya. Memang dia dilatih menjadi seorang yang tidak berperasaan, tetapi perasaan cinta mengatasi segalanya.

Pembunuhan Kiriko, teman yang dicintai dalam diam, mengubah pandangan Raizo tentang kehidupan. Kerana tidak sanggup melihat pembunuhan demi pembunuhan, Raizo akhirnya berpaling tadah. Tindakan itu membuatkan dirinya menjadi buruan ninja-ninja yang lain.

Dalam masa melarikan diri, Raizo telah bersembunyi di Eropah dan akhirnya dia dijejaki di Berlin apabila terlibat dengan beberapa siri serangan yang melibatkan ahli politik. Bezanya kali ini, Raizo cuba menyelamatkan mangsa daripada serangan ninja. Ketika itulah dia bertemu dengan Mika, penyelidik forensik yang percaya kematian beberapa ahli politik Jerman berkaitan dengan Ninja.

Raizo telah menyelamatkan Mika daripada dibunuh oleh kumpulan Ninja yang dahulunya adalah ‘adik-beradiknya’ sendiri. Klimaks filem ini ialah ketika Raizo terpaksa bertarung dengan Lord Uzunu, lelaki yang bertanggungjawab membawa Raizo ke dunia Ninja.

‘Ninja Assassin’ dilihat sekali lagi mengangkat seni mempertahankan diri dari Asia ke layar perak Hollywood. Malah, ia juga merupakan permulaan baik kepada Rain untuk melangkah ke industri perfileman yang menjanjikan pulangan lumayan itu. Tidak mustahil suatu hari nanti, Rain menjadi rebutan penerbit filem Hollywood. Lihat sahaja lakonannya dalam ‘Ninja Assassin’. Cukup berkesan!

Info:
Hero ‘Ninja Assassin’, Rain dikhabarkan tidak mengambil nasi sepanjang tempoh dia menjalani latihan intensif bagi mendapatkan bentuk badan yang diperlukan untuk filem ini. Rain hanya mengambil ikan mentah, dada ayam, kentang manis dan salad selain berlatih selama 10 jam sehari. Hasilnya dia berjaya mengurangkan berat badan sehingga 12 kilogram.

0 ayat cinta:

Cabaran Buat Sazzy

Thursday, November 26, 2009 marina 0 Comments



Diam tak diam, Sehati Berdansa3 telah pun memasuki minggu yang keenam. Semua sedia maklum Oshin dan juga firdaus adalah antara pasangan yang telah tersingkir. Dan kini hanya tinggal lima(5) pasangan yang masih meneruskan perjuangan mereka.

Seperti biasa, dihari pertama latihan, pastinya semua pasangan selebriti sibuk menyusun strategi demi malam yang penuh debaran Sabtu ini nanti. Bagi pasangan Sazzy dan Nazril, tumpuan lebih diberikan pada langkah tarian. Cabaran bermula apabila Sazzy perlu lebih lembut dan lemah gemalai bersesuaian dengan tema lagu yang telah ditetapkan.

Tetapi lain pula dengan pasangan Dira dan juga Ash, dalam keasyikan menari tarian Bollywood, seluar Ash terkoyak semasa melakukan latihan. Ini menyebabkan sesi latihan agak terhalang dek kerana kemalangan kecil yang tak dijangka itu. Walaubagaimanapun Dira seakan teruja dengan tema minggu ini apabila menyatakan hasratnya yang ingin menjadi seperti Ashwarya Rai.

Bagi pasangan Sein dan Nana, kedua-dua mereka mengalami kesukaran ketika sesi latihan dijalankan. Gara-gara terlalu banyak bergelek menyebabkan perut Nana sakit. Selain itu koreografi mereka yang tidak kena dengan lagu juga menjadi penghalang begi sesi latihan hari ini.

Mampukah mereka mengatasi segala masalah yang dihadapi demi menyahut cabaran minggu ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang dengan pasangan yang tersingkir di minggu kelima, Oshin dan Firdaus jam 8.00 malam ini di Astro@15 dan 9.00 malam di Butang R (Astro Ria).

Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Taip DANSA SAZZY atau DANSA<3/5/10> SAZZY untuk (3/5/10 undian) ke 32999
(Contoh : DANSA5 SAZZY KE 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 untuk 1/ 3 /5 /10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY

Taip DANSA ISMA Atau DANSA<3/5/10> ISMA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 Isma Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 5
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih ISMA

Taip DANSA SEIN Atau DANSA<3/5/10> Sein Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh : DANSA5 SEIN Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN

Taip DANSA DIDIE Atau DANSA<3/5/10> DIDIE Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIDIE Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 2
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIDIE

Taip DANSA DIRA Atau DANSA<3/5/10> DIRA Untuk (3/5/10 Undian) ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIRA Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA

0 ayat cinta:

penangan cite korea..

Wednesday, November 25, 2009 marina 2 Comments

hari tue kuar aku ada beli cd cite korea tau.. cite Sad Movie.. Cerita yang ada 5 cerita.. yang mana akhirnya masing masing berpisah..

pelakon pelakon dia..
aku ada wat review pasal cite nie..  boleh tengok sini..

puas hati sangat dapat beli cd cite kite suke.. hehehe.. ngat nak beli skali cite more than blue.. tapi cd korea tue belum kuar g.. cite tue baru lagu kuar.. aku tengok atas flight.. nak tau lebih lanjut pasal cite tue klik sini..

takper takper.. tahun depan mesti da kuar nya cd cite tue.. hahahaa.. aku suka cite korea..

2 ayat cinta:

Robert Pattinson..

Wednesday, November 25, 2009 marina 0 Comments

malam semalam aku tengok twilight kat star movie.. cepat giler dah kuar kat tv.. masa kuar wayang aku tak tgk cite ni.. aku tgk cite lain.. sebab tue aku macam nak sangat tengok kuar kat tv..


 
dan 26 november nie twiligt kuar sekuel cite nie.. twilight saga.. new moon.. nampak trailer macam lagi best dari yang satu..





peh ensem kan Robert Pattinson tue.. kacak lagi bergaya.. hahahhaaa.. da la romantik.. peh memang menjadi idaman semua gadis gadis dan wanita seluruh dunia la.. hehehehe..

aku minat dia maybe sebab dalam cite twilight dia romantik, ensem, kacak lagi bergaya, kelakar, protected so mungkin sebab tue aku tertarik kat Edward Cullen.. hehheee.. tapi kalau kat dunia nyata Edward(Robert Pattinson) couple ngan Isabella( Kristen Stewart) kan best.. sepadan jer dorang.. heheeee...


tapi James MacAvoy aku tak kan semudah tue lupakan.. aku minat James Mcavoy sebab lakonan dia yang best ditambah dia yang ensem.. boleh kata semua cerita yang James MacAvoy berlakon aku dah tengok.. tengok kat tv.. paling suka dia dalam cite Becoming Jane ngan Penelope..

Robert Pattinson nie aku tak bapa tau sangat pasal dia.. cuma aku suka dia dalam cita Twilight.. hehehee.. oleh itu. bertambah la lelaki idaman aku.. hahahhahaa.. tetapi hanya lelaki idaman jer.. jangan nak perasan la dapat dia.. ko lalu sebelah dia pun tak mungkin.. hahahhaaa..

ko tak kan jumpa la orang macam James MacAvoy dan Robert Pattinson tue kat Malaysia.. Mustahil.. hahahahaa.. berpijak pada dunia nyata ea.. hehehee..

0 ayat cinta:

'New Moon' wolfs down $140.7M in opening weekend (AP)

Wednesday, November 25, 2009 marina 0 Comments


LOS ANGELES - The vampire romance "The Twilight Saga: New Moon" sucked up $140.7 million in its first three days and pulled in a total of $258.8 million worldwide, according to studio estimates Sunday.
The No. 1 domestic debut for Summit Entertainment's "New Moon" was more than twice the $69.6 million haul over the same weekend last year for "Twilight," the first in the franchise based on Stephenie Meyer's novels.

"Obviously, with the success of 'Twilight' itself, sequels being what they are will generate X-number of dollars more, particularly if it's a satisfying sequel," said Richie Fay, head of distribution for Summit.

"New Moon" placed third on the all-time domestic chart behind last year's $158.4 million opening weekend for the Batman blockbuster "The Dark Knight" and 2007's $151.1 million haul for "Spider-Man 3."

Among the top-10 all-time openings, "New Moon" is the only one that came outside of Hollywood's busiest time, the summer season. The movie adaptation of Meyer's next "Twilight" chapter, "Eclipse," arrives in the heart of summer, next June 30.

On Friday, "New Moon" set an all-time domestic high for opening day with $72.7 million, topping the previous record of $67.2 million by last year's "The Dark Knight.

Overall, Hollywood had its second-biggest non-holiday weekend ever, with final numbers expected to come in slightly behind the $260 million the industry rang up over the weekend of July 18, 2008, when "The Dark Knight" opened.

Compared to the same weekend last year, business was up 59 percent.

Overseas, "New Moon" debuted in 25 countries and took in $118.1 million.

"New Moon" continues the story of teen romance between a school girl and a vampire (Kristen Stewart and Robert Pattinson), with the sequel adding a love triangle with a werewolf (Taylor Lautner).

Meyer's books have been a phenomenon among women and girls. Females made up 80 percent of the audience for "New Moon."

Opening at No. 2 domestically this weekend was the Warner Bros. football drama "The Blind Side" with $34.5 million. The film stars Sandra Bullock in the real-life story of Baltimore Ravens tackle Michael Oher, who was a homeless teen taken in by a wealthy family and enrolled in private school.

As with "New Moon," females were the big fans of "The Blind Side," accounting for 59 percent of the audience, an unusual split for a movie with a sports theme.

"Football happens to be a part of the story, but it's really more about family and inspiration," said Dan Fellman, Warner Bros. head of distribution.

Young males are the backbone of Hollywood business, so "to have two movies with huge appeal for women result in the second-biggest non-holiday weekend ever is amazing," said Paul Dergarabedian, box-office analyst for Hollywood.com.

The "Twilight" franchise "taps into something primal and visceral that drives women crazy, and they're willing to pay for the privilege," Dergarabedian said.

The previous weekend's top movie, Sony's disaster tale "2012," slipped to third-place with $26.5 million, raising its domestic total to $108.2 million. Worldwide, "2012" has taken in $449.8 million.

Sony also had the No. 4 entry with a $12.6 million debut for its animated adventure "Planet 51," about a NASA astronaut (voiced by Dwayne Johnson) who lands on a planet of aliens living the innocent life of 1950s America.

Lionsgate's acclaimed drama "Precious: Based on the Novel 'Push' by Sapphire" expanded from limited to fairly wide release of 629 theaters, taking in $11 million for an average of $17,500 a cinema. That compared to an average of $34,965 in 4,024 theaters for "New Moon."

In limited release, Penelope Cruz and director Pedro Almodovar's latest collaboration, "Broken Embraces," opened big with $107,597 in two theaters for a $53,799 average. The Sony Pictures Classics romantic drama centers on a blind screenwriter relating the story of a lost love.

Nicolas Cage and director Werner Herzog's dark crime thriller "Bad Lieutenant: Port of Call New Orleans" opened with $257,267 in 27 theaters, averaging $9,528 a cinema. Released by First Look Studios, "Bad Lieutenant" is the story of a drug-crazed cop on a manic murder investigation.

The huge spike in business this weekend sets the stage for big crowds over Thanksgiving, one of the busiest periods of the year at theaters.

Along with "New Moon" and other holdover movies such as Jim Carrey's holiday-themed "A Christmas Carol," new releases for Thanksgiving include the Robin Williams-John Travolta comedy "Old Dogs" and the post-apocalypse drama "The Road."

After a strong run in limited release, George Clooney's animated comedy "Fantastic Mr. Fox" expands into nationwide release the day before Thanksgiving.

Estimated ticket sales for Friday through Sunday at U.S. and Canadian theaters, according to Hollywood.com. Final figures will be released Monday.
1. "The Twilight Saga: New Moon," $140.7 million.
2. "The Blind Side," $34.5 million.
3. "2012," $26.5 million.
4. "Planet 51," $12.6 million.
5. "Disney's A Christmas Carol," $12.2 million.
6. "Precious: Based on the Novel `Push' by Sapphire," $11 million.
7. "The Men Who Stare at Goats," $2.8 million.
8. "Couples Retreat," $2 million.
9. "The Fourth Kind," $1.7 million.
10. "Law Abiding Citizen," $1.6 million.
___
On the Net:
http://www.hollywood.com/boxoffice

0 ayat cinta: