Adik artis bercium dalam kelab

Monday, November 09, 2009 marina 2 Comments

APALAH nak jadi dengan adik kepada seorang artis popular yang seorang ini. Dari dulu cerita tentang dirinya seringkali diperkatakan media.

Dah tahu awak itu adik artis, popular sangat-sangat pula tu, agak-agaklah jika nak buat sesuatu.
Kena pandai jaga diri. Kena pandai jaga tingkah laku terutama di depan khalayak. Tidak kira di mana hatta di dalam kelab sekalipun.

Sudah namanya adik artis popular, kalau berbuat sesuatu pasti akan dijeling juga oleh orang sekeliling. Terbaru dia buat huru hara bila dia beritahu mahu berkahwin dengan seseorang yang berada dalam industri.
Tapi dalam dok menguar-uarkan kisah cinta dan kahwinnya itu, boleh pula dia bercium dengan seorang lelaki dalam sebuah kelab malam.

Eh! Macam mana tu ya? Kata bercinta dengan lelaki lain. Tapi buat perangai dengan lelaki lain. Keliru Joyah.
Kalau sudah begitu, macam mana kisah percintaan dan impian perkahwinan dengan lelaki pujaannya itu?
Atau dia sengaja buat perangai kerana kecewa kerana impian mahu menjadi penyanyi tak kesampaian.
Alahai dik... Kalau kecewa pun banyak perkara lain yang boleh dibuat. Tapi janganlah buat perangai tak senonoh begitu. Jagalah kelakuan agar tidak memalukan nama keluarga yang kukuh di persada seni ini. Jangan ikutkan sangat perasaan kecewa tu.

p/s: sapa agak2 nya.. hahaha.. aku dah dapat agak da..

2 comments:

  1. siapa?

    takkan tak dpt hint..

    1) adik artis sgt popular

    2) wat pengumuman nak kawen sesama artis.. tapi artis yg dia maksudkan tak pernah wat pengakuan mcm tue..

    jadik siapa? fkr la sendiri..

    ReplyDelete