Jac Tersingkir Sebab Lupa Lirik?

Saturday, November 14, 2009 marina 0 Comments



Murai Batu faham ramai peminat Jaclyn Victor atau Jac yang masih mempertikaikan kekalahan lagu Bertamu Di Kalbu ciptaan Anjang daripada kumpulan Jinbara untuk tersenarai dalam kelompok Top 5 Separuh Akhir Muzik Muzik, baru-baru ini.

Hendak buat macam manakan, dalam hal ini, hanya jauhari sahaja yang bijak menilai manikam. Jadi, Murai Batu rasa tentu barisan profesional juri malam itu yang diketuai oleh Azhar Borhan memang arif menilai lagu-lagu yang telah dipersembahkan.

Dalam pada itu, Murai Batu difahamkan penilaian setiap lagu pada malam persembahan itu dibuat hanya 30 peratus, manakala 70 peratus yang selebihnya telah dilakukan dengan lebih awal lagi menerusi cakera padat (CD). Jadi corak persembahan artis juga membantu kejayaan sesebuah lagu itu.

Daripada sumber dalaman yang Murai Batu dapat tahu, lagu Bertamu Di Kalbu memang berada dalam perhatian juri cuma tidak disokong dengan persembahan Jac. Jadi, apa yang tak kena? Dengar kata, Jac telah terlupa beberapa bait lirik lagu itu walaupun vokalnya diakui hebat. Senang cerita, memang tak ada rezeki Jac kot sebab lagu lain pun hebat-hebat.

Murai Batu difahamkan lagi, lagu-lagu yang terpilih dalam Top 5 itu sebenarnya bukan lagi muktamad ke Anugerah Juara Lagu (AJL) kelak sebab kita perlu menunggu hingga 3 minggu Separuh Akhir Muzik Muzik selesai. Tengoklah nanti markah siapa yang paling hebat dalam ranking.

Apapun, jangan lupa malam esok untuk melihat 11 lagi lagu bertanding di Sri Pentas 2.

0 ayat cinta: