Sazzy Sindir Siapa Dalam Facebook?

Thursday, November 19, 2009 marina 0 Comments


Sudah 3 pasangan Sehati Berdansa 3 (SB3) tersingkir. Namun, Murai Batu masih belum dapat jangka siapa yang layak menjadi juara. Bukannya apa, Murai Batu lihat, setiap minggu, pasangan yang bertanding bertungkus-lumus untuk merebut gelaran tersebut sambil mengutip wang untuk badan kebajikan masing-masing.


Apa yang Murai Batu lihat, perang peminat sudah bermula dan semakin panas. Malah ada yang cakap hanya pasangan Sazzy dan Dira saja yang boleh mengejar Isma.


Menyentuh pula tentang pasangan Sazzy dan Dira, baru-baru ini Murai Batu dapat tahu ada salah faham telah berlaku antara Sazzy dan Dira dalam laman komuniti Facebook (FB). Betul ke Sazzy & Dira?


Murai Batu difahamkan, cerita ini bermula apabila Sazzy meletakkan di ruangan statusnya dengan soalan yang lebih kurang "Kenapa Undi Diri Sendiri?". Selepas melihat komen tersebut, Dira yang kebetulan menjadi kawan FB Sazzy terus memberi komen ala-ala tersentap dan terasa.

Kecoh jugalah FB Sazzy tu sebab selain Dira, ramai juga peminat mahupun kengkawan Sazzy memberikan pendapat. Bagaimapun, Murai Batu dapat tahu, Sazzy bukanlah meletakkan kata-kata itu dalam ruangan status tersebut sebagai program SB3 secara direct.


Dari pemahaman ramai dan Murai Batu, setakat ini mana ada program lain yang sedang berlangsung kecuali Penyampai Ikon yang dah ada pemenang serta Idola Kecil yang baru memulakan cabaran.


Adakah benar Sazzy kecewa dengan sesetengah peserta SB3 atau hanya sekadar pandangan umumnya? Atau adakah benar Dira pula yang selalu mengundi diri sendiri? Kenapa tiba-tiba Dira terasa  dengan apa yang Sazzy katakan itu?


Apa kes pun, Murai Batu tak kisahlah siapa nak undi siapa. Nak undi diri sendiri pun kita tak kisah kalau memang duit banyak. Semua itu terpulanglah. Janji, orang yang menang itu sememangnya hebat dan berbaloi untuk diundi. Dan pesanan Murai batu juga, bertandingkan dengan semangat yang sihat.

0 ayat cinta: