'Kung Fu Panda' Dalam Bahasa Melayu

Monday, November 30, 2009 marina 0 Comments


Buat pertama kalinya di HBO, penonton dapat menikmati filem animasi popular 'Kung Fu Panda' - yang akan ke udara pada 29 November ini, jam 9 malam - dalam pilihan Bahasa Melayu.

Po (yang disuarakan oleh Jack Black) adalah peminat setia seni kungfu. Namun kerana badannya yang gempal, tiada seorang pun mengambil serius minatnya, lebih-lebih lagi ayahnya. Ayah Po, sebaliknya, memasang harapan bahawa anak tunggalnya ini akan mengambil alih bisnes mi-nya.

Impian Po menjadi kenyataan apabila dia terpilih untuk menyelamatkan penduduk kampungnya dari serangan Tai Lung (Ian McShane). Bukan saja dapat mempelajari seni kungfu dari Master Shifu (Dustin Hoffman), dia kini berdiri sebaris dengan wira-wira kungfu yang dia kagumi - Tigress (Angelina Jolie), Crane (David Cross), Mantis (Seth Rogen), Viper (Lucy Liu) dan Monkey (Jackie Chan).

Siaran ulangan 'Kung Fu Panda' adalah pada 30 November (1 tengah hari), 3 Disember (11.30 malam), 5 Disember (11 pagi dan 7.30 malam) dan 6 Disember (2.30 petang).

Layari laman sesawang www.hboasia.com untuk maklumat lanjut.

0 ayat cinta: