Nora Danish Tak Profesional? Fasha Sandha Tak Bersalah?

Thursday, November 12, 2009 marina 0 Comments


Nampaknya kebenaran pengunduran Nora Danish dari drama 'Spa Qistina' terbongkar apabila pihak penerbit sendiri, Datin Zaiton Mohd Jiwa dari Global Station Sdn Bhd, enggan lagi 'cover' untuk pelakon comel itu.

Ingat lagi laporan Harian Metro Ahad lalu, di mana Nora memaklumkan pengundurannya dari 'Spa Qistina' adalah kerana pertindihan jadual 'Spa Qistina' dan filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2', akibat perubahan jadual 'Spa Qistina'? Malah perkara itu diakui juga oleh Zaiton sebagai benar. Zaiton juga menafikan semua cakap-cakap bahawa Nora tidak profesional dan mempunyai masalah disiplin.

Tetapi apabila Fasha Sandha mula dituduh sebagai punca pengunduran Nora - cerita awalnya, Fasha dikatakan telah tiba-tiba hadir di set ketika Nora sedang melakukan penggambaran, menyebabkan pergaduhan di antara mereka, malah siap ada adegan tarik-tarik rambut lagi - Zaiton terpaksa tampil ke depan untuk menceritakan perkara sebenar.

Nora mengamuk apabila mendapat tahu Fasha telah tiba di set lebih awal dari dijadualkan untuk membuat persiapan bagi 'scene'-nya. Puas kru produksi memujuk tetapi kemarahan Nora tak juga reda. Akkhirnya, Nora meninggalkan lokasi. Ekoran itu, diputuskannya untuk mengundurkan diri dari produksi 'Spa Qistina'.

Tempat Nora kini akan diambil alih oleh Ummi Nazeera.

Dan pada mereka yang tersilap menyalahkan Fasha atas apa yang berlaku, rupa-rupanya dia tak bersalah.

0 ayat cinta: