Mirna Tewas Akhirnya

Tuesday, November 17, 2009 marina 0 Comments



Pasangan Mirna dan Noorah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada enam pasangan selebriti yang lain setelah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir sebentar tadi. Begitulah pengumuman yang telah disampaikan oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Imbas kembali, sebelum ini pasangan Mirna dan Noorah pernah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir pada minggu pertama. Namun nasib masih menyebelahi mereka apabila pengumuman tersebut hanyalah gimik semata-mata. Berbeza dengan malam ini kenyataan harus diterima dengan hati terbuka.

Walaupun tampil dengan persembahan yang menghiburkan dalam Malam Sehati Berdansa ternyata mereka gagal meraih undi pengundi sms. Dengan penyingkiran yang diumumkan, ini bermakna pasangan Mirna dan Noorah telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM4000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan, Uma Rani A/P M. Muniandy.

Berikut adalah peratusan markah yang diperolehi oleh kesemua pasangan selebriti sebelum dan selepas undian ditutup:

Sebelum undian ditutup:

Sazzy – 55.64
Sein – 52.93
Isma – 52.40
Oshin – 52.19
Dira – 51.06
Didie – 49.85
Mirna – 46.43

Selepas undian ditutup:

Sazzy – 57.23
Isma – 52.76
Sein – 52.43
Oshin – 51.36
Dira – 50.56
Didie - 49.30
Mirna - 46.85

Dengan penyingkiran tersebut ini bermakna masih tinggal enam (6) lagi pasangan selebriti yang akan meneruskan perjuangan mereka di dalam Sehati Berdansa. Jadi jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan klip-klip video menarik menerusi Astro Mobile TV dengan menaip AMTV dan hantarkan ke 26000.

0 ayat cinta: