Nora Danish dan pelakon 'tut' gaduh di lokasi?
Apa jadi ni? Tak habis-habis gaduh. Tak habis-habis nak bertelagah? Begitulah bunyi kiriman SMS daripada seorang krew drama SpaQistina (dahulunya dikenali Spa Q) yang dikirimkan kepada Niezam minggu lalu.
Niezam tertanya-tanya juga siapa yang gaduh, siapa yang bertelagah di lokasi drama tu? Ataupun ia hanya adegan dalam drama?Rupa-rupanya ini kisah yang berlaku di sebuah pusat beli belah ternama di Bukit Bintang. Ia melibatkan pelakon Nora Danish dan seorang pelakon yang cukuplah disebut “tut...”
Kita semua tahu selama ini hubungan Nora dan pelakon itu tak pernah baik apabila si dia dikatakan menjadi punya penceraian Nora.
Mengikut cerita yang disampaikan, ketika di set penggambaran SpaQistina itu, Nora dan pelakon berkenaan telah bertemu. Penggambaran diadakan di bumbung pusat beli belah itu. Mengikut jadualnya, Nora dan pelakon itu tidak ada adegan bersama. Tak mungkin mereka akan bertemu di lokasi.
Entah macam mana pada hari penggambaran, pelakon itu sudah datang ke lokasi yang kebetulan pula Nora pun ada juga di situ.
Dek kerana pertemuan itu, maka berlakulah perang dingin menyebabkan kedua-duanya terus membatalkan hasrat untuk meneruskan penggambaran.
“Mereka cabut lari dari lokasi macam tu saja sebab masing-masing panas bila bertemu,” kata sumber. Khabarnya gara-gara insiden berkenaan, penggambaran tidak dapat dilakukan. Pengarah pun pening kepala.
Mengikut cerita lain yang Niezam dapat pula, Nora dah maafkan segala kesalahan pelakon tersebut selama ini. Itupun selepas dia terserempak secara tak sengaja si pelakon dan keluarganya di sebuah pusat beli. Dalam pertemuan itu mereka dah bersalaman.
Hasrat Nora dia nak berbaik dan lupakan segala kenangan lalu yang menjadi titik hitam dalam dirinya. Cuma Nora dikatakan tak sedap hati bila dia dapat tahu kononnya gara-gara pertemuan tersebut si pelakon sudah melobi pihak produksi SpaQistina untuk berlakon drama bersiri berkenaan.
Alasan yang diberi hubungannya dengan Nora sudah jernih. Bila dengar berita itu, pihak produksi pun tak keberatan menawarkan watak untuk dia. Tapi sayang sekali hubungan itu tak semesra seperti yang didakwa. Sebaliknya masih lagi keruh. Kalau bubuh satu tong tawas pun belum tentu jernih lagi.
Gara-gara kejadian itu hasrat Nora nak berbaik-baik dengan pelakon “tuttt” berkenaan tak dapat diteruskan. Apa yang Niezam harapkan kepada si “tuttt” dapatlah mengubah perangainya. Sudah-sudah la tu. Cukup-cukuplah dengan segala macam kontroversi selama ini.
0 ayat cinta: