Akim Sumpah, Yazid Pula Sugul

Friday, November 27, 2009 marina 0 Comments


Makin hari makin hebat pula penangan Akim. Selepas saja tamat graduasi AF7, dia terus terbang ke Jakarta untuk pembikinan drama Kau & Aku. Hasilnya, drama itu sendiri semakin popular.


Kemudian, Murai Batu lihat lagu Bengang nyanyian Akim berjaya ke AJL24 pada 10 Januari 2010. itu juga satu pencapaian yang baik buat Akim kerana AJL bukan calang-calang pertandingan lagu.


Terbaru Murai Batu dapat tahu Akim akan memulakan proses rakaman single keduanya yang dijangka berada di pasaran Disember depan. Yang membanggakan, lagu itu adalah hasil ciptaan Akim sendiri.


Judulnya? Dengar kata, memang ringkas dan mudah diingati macam judul Bengang. Kalau nak tahu selepas Bengang, lagu Akim berjudul Sumpah. Ingat, bukan Sumpah-Sumpah, tapi Sumpah.

Khabarnya, lagu tersebut berkisahkan tentang seorang puteri yang ada kaitan dengan Akim. Alamak! Akim pernah bercinta dengan puteri diraja ke? Kita tunggu cerita sebenarnya nanti.


Dalam pada itu, teman Akim yang juga dari Johor, Yazid, tidak ketinggalan muncul dengan lagu baru. Kalau Akim Sumpah, Yazid pula Sugul. Hai, itu satu lagi judul yang ringkas. Buat masa ini, lagu tersebut dan pun mula dimainkan di beberapa buah stesen radio.


Kalau lagu Sumpah dicipta oleh Akim sendiri, lagu Sugul pula ciptaan kawan baik Yazid. Lagu ini dikhabarkan sebagai hadiah untuk kejayaan Yazid mencipta nama sebagai penyanyi. baguslah tu.

0 ayat cinta: