(TERBARU)Nana Tinggalkan Era, Dicampak Ke XFM

Wednesday, November 18, 2009 marina 0 Comments


Habis madu sepah dibuang. Akhirnya Nana telah ditamatkan khidmatnya di Era dan ditukarkan ke XFM. Tempatnya bakal digantikan oleh Dina yang dulunya jadi deejay di XFM (gambar atas sebelah kiri). Dengar-dengarnya Jumaat lepas ialah hari terakhir Nana di Era dan kini dia sedang cuti seminggu sebelum memulakan tugas baru di XFM.

Macam biasa pihak pengurusan AMP cakap benda nie semua untuk menaikkan rating radio-radio AMP. Mungkin kena marah kot sebab kalah ngan HOT FM masa kira rating baru-baru nie. Bagi kami tak guna pun tukar deejay sebab pendengar-pendengar pilih nak dengar radio bukan berdasarkan deejay. Tapi berdasarkan lagu yang dimainkan.

Pendapat kami, kalau nak naikkan rating Era masukkan la Abang Jem ke Era. Compem meletup. Hehehe. Lawak gile Salih Yaakob kat Sinar. Kalau masuk Era mesti gegak gempita punyalah nanti. Buat Nana dan Dina, semoga berjaya di tempat kerja baru. Berusahalah sebaik mungkin untuk menaikkan radio-radio anda selepas ini.

0 ayat cinta: