tugasan minggu ke 3
Tugasan Minggu Ketiga
Malam ini kesemua pasangan peserta Sehati Berdansa musim ini telah menerima tugasan minggu ketiga. Minggu ketiga Malam Tribute to Sudirman telah pun dipilih sebagai tema. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing di dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.
Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing:
Enot - Chow Kit Road
Dira - Ding Ding Gale
Isma - Hore Hore
Mirna – joget Hati Terpikat
Sein - Basikal Tua
Sazzy - Anak Gembala
Oshin – Seri Langkat
Didie – Bila Hati Terpikat
Tribute to Sudirman sudah semestinya mampu mengimbau kembali kenangan sepanjang hayat beliau. Kelincahan beliau sewaktu di pentas sentiasa segar di dalam ingatan. Selain itu, elemen 1 Malaysia menjadi aspek utama yang perlu ada di dalam setiap tarian yang bakal dipersembahkan pada Malam Sehati Berdansa minggu ketiga. Justeru kemeriahan dan kehangatannya seakan mampu digambarkan.
Namun, mampukah mereka menyahut cabaran ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga layari laman WAP SB3 di telefon bimbit anda sekarang. Hanya taipkan SB dan hantarkan ke 32888 untuk mengikuti perkembangan selebriti pilihan anda dan jangan lupa teruskan mengundi!
0 ayat cinta: