Faizal Tahir Ragui Pembabitan Di AJL24

Sunday, November 29, 2009 marina 0 Comments

Peminat Faizal Tahir nampaknya boleh menarik nafas lega. Menurut laporan Harian Metro hari ini - 'Tiada batuk darah lagi' - Faizal sudahpun keluar hospital sejak 21 November lalu. Disahkan paru-parunya mengalami jangkitan kuman yang dikatakan pada tahap awal, namun berita baiknya, dia tidak lagi batuk darah dan tiada sebarang kerosakan pada organ dalamannya.

Meskipun begitu, paru-parunya masih lemah dan dinasihati doktor untuk kurang bercakap dan banyak berehat. Sebagai rawatannya, dia perlu banyak mengambil ubat termasuk antibiotik dan ubat penahan sakit, dan berjumpa doktor sekali seminggu. Apabila dapat dipastikan kesemua kuman telah dihapuskan - Faizal tidak pasti bila - dia akan memulakan rawatan fisioterapi untuk pernafasan "kerana pernafasan yang betul adalah kriteria penting bagi seseorang penyanyi".

Bila ditanya tentang kebarangkalian dia akan membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) pada 10 Januari depan, Faizal hanya mampu berharap. Jelasnya, andai kata kuman-kuman itu dapat dihapuskan sebelum AJL24, dia masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

0 ayat cinta: