Nora Danish akan disaman?

Monday, November 23, 2009 marina 0 Comments

NAMPAKNYA krisis yang berlaku antara pelakon Nora Danish dengan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. masih belum berkesudahan. Sepanjang minggu lepas banyak akhbar melaporkan kesedihan produser syarikat itu, Datin Zaiton Mohamad Jiwa atau Kak Ton yang kecewa dengan tindakan Nora.

Nora menarik diri membintangi drama bersiri Spa Qistina gara-gara dia bertembung dengan Fasha Sandha di lokasi pada hari penggambaran. Dia merasakan pihak produksi tidak mematuhi perjanjian yang dipersetujui.
Mengikut perjanjian awal, tidak ada adegan bersama atau mereka tidak akan bertemu muka sepanjang penggambaran berlangsung.

Tapi macam Kak Ton jelaskan sebelum ini, soal penggambaran tidak boleh nak dijangka. Kadang-kadang faktor cuaca turut mempengaruhi sehingga penggambaran terpaksa ditunda.

Gara-gara penarikan diri Nora selepas dia melakonkan 38 babak drama itu, Global Station terpaksa buat penggambaran semula yang melibatkan kos lain.

Kerana sikap tidak profesional Nora itu, Niezam dengar cerita dia bakal dikenakan tindakan saman. Sumber itu memberitahu Niezam bahawa pihak Global Station memang sedih dengan tindakan Nora apabila dia tidak mahu untuk diajak berbincang.

Dalam erti kata lain Nora macam degil sangat dan nak tunjuk macam dia saja betul. Sebaliknya masih ada jalan untuk mengatasi kemelut yang berlaku.

“Gara-gara sikap Nora itu, pihak produksi terlibat dengar khabarnya nak saman Nora. Alasannya dia tidak menyudahkan baki 67 daripada 103 adegan yang diperuntukan untuknya itu,” kata sumber berkenaan.

Khabarnya juga walaupun Nora masih belum menandatangani apa-apa perjanjian, tetapi sikap tidak bertanggungjawab Nora itu menyebabkan pihak produksi menanggung banyak kerugian. Mereka ada hak untuk saman Nora atas alasan itu.

Niezam cuba menghubungi Kak Ton untuk mendengar penjelasan mengenai khabar angin itu tapi panggilan tak dijawab. Mungkin Kak Ton sibuk dengan penggambaran drama Spa Qistina yang masih belum selesai selain dengar ceritanya juga dia hendak mengerjakan haji.

Bagaimanapun selagi tak keluar cerita sebenar daripada mulut produsernya sendiri, kita tak boleh nak percaya sangat cakap-cakap orang. Apa-apa pun mudah-mudahan kes Nora dengan Global Station ni dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

0 ayat cinta: