Wajarkah Hadiah Di Garaj AC Dilelong?

Friday, November 20, 2009 marina 0 Comments


Bermula Episod 16, program AC? yang bersiaran setiap Sabtu jam 2 petang di Astro Ria akan memulakan sesi undian SMS untuk mendapatkan pandangan peminat tentang status hadiah artis di Garaj AC.

Melalui undian SMS tersebut, peminat perlu membuat keputusan sama ada barang tersebut sepatutnya dilelong atau sebaliknya.

Bagaimanapun, berdasarkan informasi yang pernah diperjelaskan ketika pelancaran program AC? musim ke-6 lalu, barangan tersebut akan dilelong pada sesi yang berlainan. Difahamkan, hasil jualan barangan tersebut akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Apa yang menarik, ketika rakaman AC? episod 22 yang melibatkan Dato' Siti Nurhaliza, Saida dan Saerah, baru-baru ini Garaj AC? semakin penuh dengan barangan artis yang dihadiahkan kepada AC setiap minggu.

Tambah menarik, Dato' Siti sendiri telah menghadiahkan foto kesayangannya yang dirakam ketika persiapan majlis persandingan dengan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa berserta tandatangan eksklusif penyanyi tersohor itu sendiri.

Manakala kakaknya, Saida pula telah mendermakan jaket kulit bikers berjenama Harley Davidson dan Saerah mendermakan patung beruang yang diberikan teman istimewa sewaktu dia tamat berlajar.

Lebih istimewa, garaj tersebut turut dihiasi dengan gincu dari Faizal Tahir di mana gincu tersebut telah digunakan untuk menconteng lambang S di badannya. Ia mengimbas begitu banyak meninggalkan kesan pada Faizal Tahir yang digam akibat insiden tersebut.

Apapun, murai.com.my juga diberitahu sekiranya dipersetujui peminat, pihak produksi akan memberitahu lokasi majlis lelong dalam waktu terdekat dan ia akan dihadiri artis-artis yang telah mendermakan barang mereka.

Apa yang pasti, ramai artis jemputan seperti Mawi, Fasha Sandha, Aril, Adam, Stacy, Aaron Aziz, Kamal Adli, Fizo Omar, Fizz Fairuz dan Dr Fazley akan diundang kerana mereka telah pun menghadiahkan barangan istimewa masing-masing.

Sementara itu, selain Garaj AC yang dinantikan setiap minggu, peminat juga boleh bertanya sendiri soalan cepu emas kepada artis jemputan menerusi segmen Kaunter AC.

Apa yang penting, untuk episod ke 22 ini, AC dikenakan kumpulan produksi yang menipunya mengenai persembahan yang dibatalkan pada saat akhir. Malah, anda sendiri boleh melihat aksi AC yang terkejut dengan insiden itu yang membawanya  menyambut hari jadinya yang ke-38.


Berikut antara barangan yang dihadiahkan artis di Garaj AC.

1. Siti Nurhaliza- Foto persiapan persandingan.
2. Erra Fazira- Baju bayi (Alisya) dan telekung.
3. Mawi-Topi yang dipakai ketika pertandingan Ikon.
4. Ekin- Tudung ditarik peminat sehingga nampak rambut.
5. Kamal Adli- Bola bowling.
6. Fizo Omar-Baju bola.
7. Fasha Sandha- Topi kilat yang dibeli di Paris.
8. Memey Suhaiza- Baju yang dipakai ketika berbadan gemuk.
9. Stacy-Glove yang sering dipakai sewaktu menari.
10. Chaq Mentor-Bangle yang sering dipakai waktu mengadakan persembahan.
11. Aril- Bantal busuk.
12. Aaron Aziz- Kayu golf yang digunakan anaknya untuk tidur sewaktu kecil.
13. Fizz Fairuz- Stering kereta.
14. Saida- Jaket kulit biker Harley Davidson
15. Saerah- Patung beruang pemberian kawan baik.
16. Dr Fazley- Meja komputer riba.
17. Saiful Apek- Topi trademark kesayangannya.
18. Faizal Tahir- Gincu yang digunakan untuk menconteng lambang S di badannya.
19. Jaclyn Victor- Broach yang  menyebabkan dia tergolek ketika mengadakan persembahan.

0 ayat cinta: