Fahrin Kagum Dengan Kemampuan Scha
Selepas seminggu mengendalikan program Sehati Berdansa 3, Fahrin Ahmad meluahkan rasa puas hati dengan prestasi pasangan pengacara barunya, Scha Al Yahya."Saya terkejut juga melihat kebolehan Scha. Dia ada aura dan kekuatannya tersendiri. Scha juga dilihat lebih mesra dengan penonton serta bersemangat ketika mengendalikan program ini," kata Fahrin.
Scha sendiri turut menasihatkan penonton agar menerima diri beliau seadanya dan tidak membuat perbandingan dengan bekas pengacara lalu, Linda Onn.
"Alhamdullilah, saya berasa lega lepas habis rakaman. Mengenangkan ini adalah baru minggu pertama, saya tidak boleh bersenang lenang, banyak lagi saya saya perlu pelajari. Selain membuat latihan, Fahrin banyak juga membantu saya. Apa tidaknya, ini adalah musim ke-3 dia mengendalikan program ini. Apa yang menariknya, semua keluarga krew Sehati Berdansa 3 mudah dibawa berbincang dan banyak membantu saya.
"Saya berharap penonton dapat menerima saya dengan baik. Saya berharap mereka tidak membuat perbandingan antara saya dengan Linda Onn. Saya akan cuba baiki kelemahan diri dari minggu ke minggu, " kata Scha.
Seramai 9 pasangan telah mempamerkan tarian masing-masing dengan tema Hip Hop. Mereka ialah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein (Ruffedge) & Noor Diyana serta Didie Alias & Isham Ismail.
Malam penyingkiran buat julung kalinya dikendalikan oleh Awal Ashaari. Ia yang yang bersiaran secara langsung Ahad lalu telah menyaksikan tiada penyingkiran berlaku. Jadi 9 peserta itu juga telah mengumpul RM1,000 untuk badan kebajikan yang diwakili dan mereka bakal meneruskan saingan.
0 ayat cinta: