Seperti Yang Dijangka

Tuesday, November 10, 2009 marina 0 Comments


Seperti yang dijangka, setelah tiga minggu beraksi di lantai tari Sehati Berdansa musim ketiga, akhirnya perjuangan pasangan Enot dan Zainul terpaksa berhenti di sini. Begitulah pengumuman yang telah disampaikan oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Walaupun tampil dengan persembahan yang menghiburkan dalam Malam Sehati Berdansa semalam namun nasib tidak menyebelahi mereka. Tarian yang dipersembahkan menerusi lagu Chow Kit Road ternyata gagal menarik perhatian pengundi sms. Selain itu, Joseph juga meletakkan pasangan Enot sebagai pasangan yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan lebih-lebih lagi dengan kelemahan Zainul.

Dengan penyingkiran yang diumumkan, ini bermakna pasangan Enot dan Zainul telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM3000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Yayasan Paru-paru Malaysia, Dr. Norzila binti Mohd Zainuddin.

Berikut adalah peratusan markah yang diperolehi oleh kesemua pasangan selebriti sebelum dan selepas undian ditutup:

Sebelum undian ditutup:

Dira – 53.39
Sazzy – 51.28
Sein – 50.40
Isma - 49.54
Didie – 49.37
Oshin – 47.99
Mirna – 44.91
Enot – 43.27

Selepas undian ditutup:

Dira – 53.57
Sazzy – 51-21
Sein – 50.17
Isma – 49.49
Didie – 48.87
Oshin – 47.99
Mirna – 44.91
Enot – 43.96

Dengan penyingkiran tersebut ini bermakna masih tinggal tujuh (7) lagi pasangan selebriti yang akan meneruskan perjuangan mereka di dalam Sehati Berdansa. Jadi jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda dan jangan lupa layari laman WAP Sehati Berdansa untuk mengikuti perkembangan pasangan selebriti pilihan anda. Taipkan SB dan hantarkan ke 32888.

untuk mengetahui lebih lanjut layari laman web astro.. iaitu  http://www.astro.com.my/sehatiberdansa

0 ayat cinta: