Pisau Cukur..

Thursday, November 05, 2009 marina 0 Comments

Pisau Cukur





Sinopsis
Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 2009.



Profil Watak-watak Pisau Cukur 


Intan - lakonan Nur Fazura
Intan merupakan seorang penyampai dan personaliti TV yang mengacarakan sebuah rancangan popular bertajuk "Jejak Jenayah". Sebenarnya Intan memang bercita-cita untuk menjadi penyampai TV sejak kecil lagi selepas melihat ramai pengacara wanita TV3 akhirnya berkahwin dengan orang yang kaya dan ternama. Kini, Intan juga telah berjaya mendapatkan calon suami yang berpangkat iaitu Datuk Salleh, seorang ahli politik yang sudah pun berkeluarga. Datuk Salleh memanjakan Intan dengan hadiah-hadiah mewah seperti kereta, pakaian dan aksesori berjenama, serta percutian-percutian ke luar negara. Lalu, Intan pun sudah biasa dengan hidup senang.

Bila Datuk Salleh tidak dapat pergi bercuti dengannya di atas kapal persiaran, Intan merajuk dan memutuskan untuk pergi sendiri bersama rakan serumahnya, Bella. Setibanya di atas kapal, Intan cuba mencari calon suami yang kaya untuk Bella. Mereka terserempak dengan Ari, seorang penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh isteri Datuk Salleh untuk mengekori Intan. Intan yang memang tidak puas hati dengan Ari mula memerhatikan gerak-gerinya untuk memastikan mengapa sebenarnya Ari berada di situ. Bila salah seorang penumpang kapal dijumpai terbunuh, Intan dan Ari sama-sama menyiasat kes tersebut dan mendapati mereka sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain…

Walaupun pada luarannya Intan kelihatan seperti seorang yang pentingkan diri sendiri semata-mata, pada hakikatnya dia seorang kawan yang amat setia. Dia juga panjang akal dan penuh dengan sifat ingin tahu. Sikapnya yang nakal, periang dan berani memberikannya daya penarik yang cukup hebat.


Bella - lakonan Maya Karin

Bella datang dari keluarga susah dan telah dijaga oleh neneknya selepas kematian ibu bapanya pada usia yang muda. Nenek Bella selalu memberitahunya yang arwah ibu Bella telah mensia-siakan hidup dengan mengahwini seorang pelaut miskin yang akhirnya pergi tanpa meninggalkan sesen pun. Oleh sebab itu, dari kecil lagi Bella mengidamkan suami yang kaya sebagai jalan keluar dari kemiskinan. Bella tidak ingin anak-anaknya kelak menjalani hidup susah seperti dirinya sendiri. Lantas dia berusaha membentuk dirinya menjadi calon isteri yang sempurna untuk lelaki yang kaya dan berpangkat. Selepas meninggalkan sekolah, dia memulakan kerjaya sebagai pramugari dan telah cuba mencari calon suami dari kalangan penumpang yang kaya. Namun selepas bertahun-tahun, dia masih tidak berjaya, lantas dia memutuskan untuk berhenti kerja demi menyertai rancangan realiti "Siapa Nak Kahwin Jutawan?".

Nasib Bella begitu malang ; di pengakhiran rancangan tersebut, si jutawan telah memutuskan untuk berkahwin dengan peserta yang lain. Bella kini tanpa pekerjaan, tanpa calon suami dan dengan reputasi sebagai gadis mata duitan. Untuk menghiburkan hatinya, rakan serumahnya Intan telah membawanya bercuti di atas kapal persiaran. Memandangkan ramai orang kaya turut belayar bersama mereka, inilah peluang Bella untuk mencari calon suami baru. Calon tersebut muncul bila Bella bertemu dengan Datuk Hisham. Namun begitu, Bella segera mendapati yang hubungan baru ini bukan semudah yang disangka…

Bella sebenarnya tidak mempunyai naluri seorang pisau cukur, namun dia berpendapat apalah susahnya berkahwin dengan seseorang lelaki semata-mata untuk duit. Perwatakannya yang manis, anggun dan lemah-lembut menjadikannya seorang yang cukup menawan di mata lelaki.


Ari - lakonan Aaron Aziz
Ari merupakan seorang penyiasat persendirian dengan agensi penyiasatannya sendiri. Dia pernah bertembung dengan Intan bila diupah oleh seorang Datin yang curiga tentang hubungan Intan dengan suaminya.

Ari merupakan anak tunggal dan telah dibesarkan oleh ibunya sendirian setelah ayahnya meninggal ketika dia masih kecil. Kenangan suami tersayang begitu kuat di hati ibu Ari, lantas dia tidak berkahwin lagi sehinggalah Ari menjangkau usia tiga puluhan. Ari begitu menyanjungi kesetiaan ibunya terhadap arwah ayahnya, lalu dia berazam tidak akan berkahwin selagi tidak bertemu cinta yang sebegitu hebat.

Tugas Ari yang selalu memerlukannya menyiasat kecurangan suami isteri menjadikannya seorang yang sinis terhadap cinta. Dia lebih-lebih lagi tidak mempunyai pandangan yang tinggi terhadap orang seperti Intan yang dirasakan mempergunakan cinta demi mencapai hidup senang. Namun begitu, sedikit demi sedikit Intan berjaya juga meretakkan dinding yang menutup hati Ari…


Datuk Hisham - lakonan Eizlan Yusof
Datuk Hisham merupakan seorang tokoh korporat yang tersohor. Dalam mengendalikan urusan syarikat-syarikat milik keluarganya, Datuk Hisham telah mencipta nama yang disegani. Dengan latar belakangnya dari keluarga kelas atasan, ditambah pula dengan perwatakannya yang terkenal budiman, serta raut wajahnya yang kacak, Datuk Hisham semestinya jatuh ke dalam kategori calon suami yang amat diingini.

Setelah kematian isterinya yang tersayang, Datuk Hisham belum lagi menjumpai wanita yang boleh mengisi kekosongan di hatinya. Bukan sebab dia tidak ingin mencari, tetapi situasinya dirumitkan oleh keluarganya yang agak cerewet. Sebagai anak lelaki tunggal, tentu saja keluarganya inginkan hanya yang terbaik untuknya. Arwah isterinya merupakan menantu yang amat disayangi, lalu kini setiap wanita yang muncul di dalam hidup Datuk Hisham pasti diteliti dan dibandingkan oleh keluarganya.

Datuk Hisham sendiri sebenarnya seorang yang telus dan serba ringkas, tidak sukakan komplikasi. Bila bertemu dengan Bella, dia serta-merta tertarik. Namun, adakah tarikan semata-mata cukup untuk mengisi jurang antara pipit dengan enggang?


Faqir - lakonan Redza Minhat
Faqir merupakan salah seorang penumpang kapal percutian yang dinaiki oleh Intan dan Bella. Dengan tidak disangka-sangka, dia terserempak dengan Bella yang telah diminatinya sejak menonton "Siapa Nak Kahwin Jutawan?". Walaupun Bella langsung tidak berminat dengannya, Faqir cuba sedaya-upaya untuk mendekati Bella dan akhirnya mereka menjadi kawan.
Faqir adalah seseorang yang amat berterus-terang, tidak takut untuk meluahkan fikirannya. Sebab itulah, walaupun rasa tertarik dia tetap tidak dapat mengelak dari bergaduh dengan Bella. Faqir langsung tidak bersetuju dengan pendirian Bella tentang cinta dan wang, namun mula mengambil berat tentang Bella. Dapatkah dia mengetepikan perasaannya dan membantu Bella mencapai hasrat untuk bersama Datuk Hisham?
--
PELAKON UTAMA
  • MAYA KARIN sebagai Bella
  • NUR FAZURA sebagai Intan
  • AARON AZIZ sebagai Ari
  • EIZLAN YUSOF sebagai Datuk Hisham
  • memperkenalkan REDZA MINHAT sebagai Faqir
PELAKON PEMBANTU
  • DATO RAHIM RAZALI sebagai Datuk Zakaria
  • KHATIJAH TAN sebagai Datin Wahidah
  • UMIE AIDA sebagai Naini
  • SHARIFAH SOFIA sebagai Sal
  • LIYANA JASMAY sebagai Suri
  • NAS-T sebagai Johan
PENAMPILAN KHAS
  • AFDLIN SHAUKI
  • NORMAN KRU
  • NABIL RAJA LAWAK
  • RADHI KHALID
  • RAFIDAH ABDULLAH
  • KARTINI ARIFFIN
  • NABILA HUDA
  • YASMIN YUSUFF
  • OTHMAN HAFSHAM
  • BERNICE CHAULY
  • ELAINE PEDLEY
  • HENRY GOLDING


Berita Panas Pisau Cukur


  • Pisau Cukur
    HOT fm | 13 November 2008
    Yuhuuuuuuuuuuuuuu, siapa pisau cukur siapa pisau cukur ? Hah, Tini nak cerita pasal filem terbaru  Bernard Chauly dan ditulis oleh Rafidah Abdullah. File mini menampilkan Maya Karin, Fazura, Umi Aida, Dato’ Rahim Razali, Aoron Aziz dan ramai lagi.
  • Chauly the comic
    The New Straits Times | 20 November 2008
    Bernard Chauly’s Pisau Cukur is the filmmaker’s maiden attempt at comedy. HIZREEN KAMAL finds out more from the director about the movies promising razor-sharp humour.

  • Mengenali Si Pisau Cukur
    KOSMO
    KESEMPATAN melihat penggambaran filem Pisau Cukur arahan pengarah muda, Bernard Chauly membuatkan VAZZ terpanggil menemu bual ketiga-tiga pelakon utamanya tentang topik pisau cukur.
  • Filming the Gold Diggers!
    MSN Movies | 9 November 2008
    Bernard Chauly's upcoming "Pisau Cukur" sees first time collaboration between Maya Karin and Nur Fazura playing gold diggers.

  • Gadis Pisau Cukur
    Berita Harian | 20 November 2008
    Buat pertama kali Maya Karin, Nur Fazura digandingkan dalam filem arahan Bernard Chauly
  • Pisau Cukur, Papar Realiti Sebenar Masyarakat Melayu
    JomStar| 7 November 2008
    Berjayakah percaturan Primework Studio dan Red Films mencatatkan jumlah kutipan tertinggi filem Pisau Cukur yang akan menjengah pawagam menjelang tahun depan. Mampukah taruhan barisan pelakonnya seperti Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz dan pelakon baru Redza Minhat mengajak penonton untuk menyaksikan Pisau Cukur?

  • Cerita laut dibikin di darat
    My Metro
    HAMPIR 90 peratus cerita dalam filem Pisau Cukur berlaku di atas kapal, tetapi penggambarannya dilakukan hampir sepenuhnya di darat.
  • Borak Lokasi: Gandingan pertama kali
    My Metro | Rap
    Bukan saja jalan ceritanya menarik dan lain daripada yang lain, tetapi juga gandingan pertama kali dua pelakon jelita Maya Karin dan Fazura mempunyai peminat tersendiri.

0 ayat cinta: