Karaoke

Saturday, November 07, 2009 marina 0 Comments


filem:
Karaoke

Dibintangi oleh:
Zahiril Adzim, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry dan Nadiyatul Nisaa

Genre:
Drama

Ulasan:
Filem yang terpilih sebagai pemenang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary di Kanada ini akan menemui peminat filem tempatan bermula 26 November ini. Filem ini adalah buah tangan daripada pengarah kelahiran Sabah, Chris Chong Chan Fui.

Apa yang boleh GUA katakan tentang filem ini ialah ia sebuah filem yang cukup berbeza dengan filem-filem Melayu yang lain. Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan hanya orang yang berjiwa seni yang boleh ‘layan’ filem sebegini.

Tetapi sesekali tiada salahnya kalau kita buka minda untuk menonton filem yang mengajar kita untuk berfikir dan ada maksud tersirat. Mungkin ada yang akan mengeluh kerana tidak faham jalan cerita, tetapi melalui filem ini anda akan dapat lihat gaya pengarahan dan sinematografi yang berbeza. Sebab itulah filem ini menerima pujian seluruh dunia kerana paparan visual gaya baru yang dipersembahkan oleh Chris.

Selain itu, filem ini juga harus dipuji kerana setiap video klip dan lagu-lagu yang diputarkan di pusat karaoke adalah lagu-lagu baru yang tidak pernah kita dengari sebelum ini. Sesekali pasti ketawa akan berderai kerana terdapat aksi-aski bersahaja yang melucukan.

‘Karaoke’ mengisahkan tentang kepulangan Betik ke kampung halamannya, sebuah estet kelapa sawit di pinggir Malaysia setelah merantau di kota besar Kuala Lumpur. Betik berhasrat untuk membina semula kehidupan baru bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Ketidakhadiran Betik di pengebumian bapanya dilihat sebagai pemberontakan senyap oleh ibunya.

Untuk mendapatkan rentak hidup di kampung halamannya, Betik membantu penggambaran video karaoke. Pada waktu malam, dia membantu ibunya menguruskan perniagaan keluarga, sebuah pusat karaoke yang menjadi tumpuan pekerja estet berbangsa India, keluarga mereka dan penduduk kampung berbangsa Melayu untuk berkumpul dan berhibur. Setiap lagu memberi makna kepada penduduk kampung tersebut.

Di situ, Betik bertemu dengan seorang gadis yang memberikannya harapan tentang masa depan yang diingininya. Pekerjaan, cinta dan keluarga. Kepulangannya kini menjadi lebih bermakna. Malangnya peredaran masa mengubah segala-galanya. Persekitarannya tidak sama lagi. Di sebalik kesucian kampung di estet itu, manipulasi tidak terancang telah pun menular.

Komen-komen daripada pengkritik antarabangsa tentang filem ini:
“One of the most beautiful discoveries of this year's Cannes … A filmmaker is born.”
(Les Inrockuptibles, 26 May 2009, France)

“Chong delivers a serene yet often striking debut feature ...”
(J. Anderson, Eye Weekly, Toronto, 4 Sept 2009)

“Visually stunning and mesmerizing, "Karaoke" is cinematic poetry, a rapture of energy and release.”
(Moving Pictures Magazine, USA, October 2009)

0 ayat cinta: