lama tak online..

Thursday, December 31, 2009 marina 0 Comments

sorii sangat.. aku lama tak online.. aku tak dapat nak online sebab aku da masuk belajar.. lepas nie kalau ada masa lebih aku try update blog.. nie pun aku balik umah kebetulan cuti new year..

penat sangat.. baru lepas minggu mesra siswa.. esok kalu aku tak penat aku update apa berlaku dalam masa 4 hari..

k la.. bye..

0 ayat cinta:

Sah Awal Ditangkap Kerana Dadah : Ujian Negatif

Saturday, December 26, 2009 marina 2 Comments

Expose sangat dengan dunia sosial, Awal Ashaari & Scha ditangkap di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Ketika di’tahan, Awal dikatakan enggan menjalani ujian air kencing, dan usaha untuk menemubual beliau berhubung isu tangkapan ini masih menemui jalan buntu.

Sekarang, siapa sebenar’nya yang lebih ‘moron‘, Awal atau blogger?


Difahamkan, artis Juliana Evans turut ditangkap dalam serbuan tersebut, ujian dadah beliau negatif.

Pengurus Awal menafikan sekeras-keras’nya pembabitan Awal dalam tangkapan tersebut. Tapi lain pula kisah’nya hari ini apabila ada pihak yang mengesahkan Awal memang terlibat, dan berita baik’nya ujian dadah Awal negatif. Sorry wahai cik pengurus, cover line anda tidak berjaya.

Qi, seorang pelakon drama Blogger Boy yang di’tangkap telah diuji positif dadah. Sememang’nya serbuan ini mendapat liputan yang sangat meluas daripada media dan kami akan cuba update segala perkembangan berita ini secepat yang mungkin.

2 ayat cinta:

Avatar

Friday, December 25, 2009 marina 0 Comments


Filem:
Avatar

Dibintangi:
Sam Worthington, Zoe Saldana, Michelle Rodriguez dan Sigourney Weaver

Genre:
Pengembaraan / Fiksyen

Ulasan:
Buah tangan terbaru daripada James Cameron ini memang boleh dikategorikan sebagai filem wajib tonton pada tahun ini. Kalau dulu pengarah hebat ini mempertaruhkan percintaan dua darjat melalui filem box office ‘Titanic’, kali ini beliau mengetengahkan percintaan dua insan dari dunia yang berbeza. Malah, ia dipersembahkan dengan menggunakan teknologi filem terkini.

Anda pasti terpesona  dengan keindahan planet Pandora yang penuh warna-warni. Planet yang terletak jauh dari bumi itu memerlukan empat tahun kelajuan cahaya untuk sampai ke situ.  Pandora digambarkan sebagai sebuah planet indah yang masih jauh ketinggalan daripada teknologi. Penghuninya adalah puak asli bangsa Na'vi yang rupa fizikalnya berwarna biru, berketinggian tiga meter dan hidup dengan kepercayaan spritual yang tinggi.

Walaupun filem ini sekadar fiksyen kerana diadun dengan unsur-unsur dogengan, tetapi Cameron cuba menyampaikan mesej yang baik kepada penonton. Malah, mesej yang ingin disampaikan olehnya itu relevan dengan keadaan politik dan krisis ekonomi dunia sekarang ini.

Melalui ‘Avatar’, manusia digambarkan sebagai kumpulan penceroboh yang mahu merampas dan menjajah planet Pandora semata-mata kerana ingin mendapatkan kekayaan mineral yang cukup berharga. Untuk mencapai matlamat, manusia sanggup melakukan apa sahaja, walaupun harus mengorbankan nyawa. Inilah senario masyarakat dunia sekarang ini. Mungkin Cameron mahu lebih ramai yang membuka mata dan menyedari bahawa peperangan atau penjajahan bukanlah jalan terbaik.

Menariknya filem ini, makhluk asing tidak mengancam manusia, sebaliknya manusia yang menjadi musuh kepada mereka. Penonton akan bersimpati dan menyokong makhluk asing ini, bukan membenci. Agak lucu apabila terdapat adegan di mana puak Na’vi mengusir manusia daripada planet Pandora. Apa tidaknya, selalunya kita disajikan dengan filem-filem yang menyaksikan manusia berjaya menumpaskan makhluk asing, tetapi kali ini Cameron melakukan sebaliknya. Satu pendekatan yang cukup bijak.

‘Avatar’ mengambil tahun 2154 sebagai latar zamannya, tiga dekad selepas sebuah syarikat korporat multinasional melakukan perlombongan di planet Pandora. Operasi syarikat ini sampai ke kemuncaknya apabila mereka ingin menguasai galian unobtainium yang amat berharga.

Masalahnya, galian tersebut terletak di bawah pohon raksasa yang menyimpan semangat dan kehidupan puak Na’vi. Malah,  puak Na’vi menganggap pohon itu cukup suci kerana ia merupakan nadi kepada kehidupan mereka. Untuk mendapat galian itu, syarikat korporat itu perlu mengusir puak Na’vi daripada mendiami pohon tersebut. Dengan diketuai oleh Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang) operasi untuk mengusir puak Na’vi pun bermula.

Bagi memastikan operasi tersebut berjaya, mereka menghantar Jake Sully (Sam Worthington), bekas tentera Marin yang lumpuh melalui program Avatar yang membolehkan Jake menyerap ke klon tubuh bangsa Navi bagi mendekati kehidupan puak Na'vi sekaligus membolehkan manusia menguasi puak Na’vi dengan mudah.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya, apabila Jake mula jatuh hati dengan kehidupan barunya itu. Bahkan, dia juga menyintai Neytiri (Zoe Saldana), anak kepada ketua puak Na'vi. Tindakan Jake ini ternyata bertentangan dengan misi mereka untuk menguasai kumpulan tersebut. Menyedari hakikat itu, Kapten Miles tidak lagi mahu berkompromi dan mula mengerahkan tentera menghalau puak Na’vi.

Info:
Filem yang menelan belanja kira-kira RM1.2 bilion ini mengambil masa yang untuk disiapkan iaitu kira-kira 15 tahun. Skrip filem ini mula ditulis oleh James Cameron pada tahun 1994 dan ia dijangka ditayangkan pada 1999. Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Cameron kerana menurutnya teknologi perfileman ketika itu belum dapat merealisasikan filem tersebut. Filem ini diterbitkan dalam versi 2D dan 3D.

0 ayat cinta:

RAIKAN 2010 DENGAN PELBAGAI RANCANGAN HEBAT DI TV3!

Friday, December 25, 2009 marina 2 Comments

Tanpa disedari tahun 2009 sudahpun hampir menutup tirainya. Sepantas masa berlalu, pastinya tahun ini melakarkan sejarahnya sendiri dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang harus kita ingati, baik yang positif atau sebaliknya. Khas untuk para penonton setia TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan-rancangan khas yang telah disusun sempena menyambut kedatangan tahun 2010!

Nantikan debaran tahun baru dengan enam rancangan menarik  bermula malam 31 hb Disember hingga keesokkannya harinya dengan program hiburan sensasi “Melodi Terhangat” diikuti seterusnya program rencana “Inspirasi 2010” dan imbasan kembali peristiwa-peristiwa menarik di dalam “Catatan 2009”. Buat sajian seluruh keluarga, jangan lupa saksikan “Ben 10 – Secret of the Omnitrix”, “The Shaggy Dog” dan “Mr. Bean Holiday”.
Pastikan TV3 pilihan utama stesen televisyen sekeluarga di waktu keraian malam Tahun Baru dan hari-hari berikutnya!

Selamat Menyambut Tahun Baru – 2010 daripada TV3!

ISTIMEWA TAHUN BARU!

“Melodi Terhangat”


Khamis (31 Disember 2009), 10 malam
Tahun 2009 meninggalkan seribu satu kisah segenap industri hiburan kita. Sempena melangkah ke tahun 2010, edisi khas Melodi Terhangat ini akan membawa kita mengingati kembali 10 cerita yang paling panas lagi hangat sepanjang tahun 2009, antaranya, kisah penceraian kontroversial Norman Hakim dengan Abby Abadi dan kisah percintaan Fasha Sandha dengan beberapa selebriti terkenal, antaranya, Qabil Ambak dan bekas suami Nora Danish, Rizal Ramli.


“Inspirasi 2010”

Khamis (31 Disember 2009), 11.00 malam
Inspirasi 2010 yang diacarakan oleh Ally Iskandar dan Aidid Marcello merupakan rancangan tentang sorotan tahun 2009 dan memperkenalkan rancangan-rancangan hebat di TV3 untuk tahun 2010 melalui ulang tayang dan temu ramah. Dedikasi dan ucapan Tahun Baru daripada penonton dan selebriti akan dibaca sepanjang rancangan. Persembahan Faizal Tahir yang memeriahkan pentas Pusat Komersil Mutiara Damansara juga dimuatkan. Terus menonton bersama tetamu istimewa yang turut hadir, Karam Singh Walia, Shamsul Ghau Ghau dan Kenchana Dewi.

“Catatan 2009”

Jumaat (1 Januari 2010), 12.30 pagi
Catatan 2009 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendapat perhatian sepanjang tahun 2009. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial. Sudut politik membawa cerita tentang Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru, pergolakkan di dalam MCA dan banyak lagi. Kejayaan Malaysia di Sukan Sea di Laos dan pengenalan pasukan Lotus untuk musim baru Formula 1 menjadi fokus sukan. Tidak ketinggalan kisah yang menyayat hati segenap dunia apabila Padang dilanda bencana yang meragut lebih 1000 nyawa. Ikuti banyak lagi peristiwa penting sepanjang 2009!


“Ben 10 – Secret of the Omnitrix”

Jumaat (1 Januari 2010), 10.02 pagi

Di dalam pertempuran dengan Dr. Animo, Ben Tennyson secara tidak sengaja telah mengaktifkan mod letupan diri Omnitrix. Untuk menghalang Omnitrix dari meletup dan seterusnya menyelamatkan dunia, Ben, Gwen, Tetrax dan Gluto mesti mencari pencipta Omnitrix iaitu Asmath. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa mereka melalui termasuklah serangan dari Vilgax yang mengakibat kematian Pludo, pembantu kepada Tetrax. Adakah mereka dapat menyelamatkan dunia?

Pelakon: Tara Strong, Meagan Smith, Paul Eiding, Dwight Schultz.



“The Shaggy Dog”

Jumaat (1 Januari 2010), 6.02 petang

Dr. Kozek menculik seekor anjing penggembala biri-biri Tibet yang berumur 300 tahun untuk  mengetahui rahsia panjang umur dan berusaha menghasilkan ubat kekal muda. Malangnya, dia telah menghasilkan mutasi haiwan seperti ular senduk yang mempunyai ekor anjing, katak yang boleh menyalak dan mutasi lain yang mempunyai sebahagian badan anjing. Anjing  tersebut melarikan diri dari makmal dan diselamatkan oleh Carly Douglas (Zena Grey) dan dibawa balik ke rumahnya. Dave Douglas (Tim Allen), Penolong Peguam Daerah mendakwa cikgu Carly yang bertanggungjwab atas letupan makmal Dr. Kozek. Dave membenci anjing dan menghantarnya ke tempat kurungan haiwan. Setelah Dave digigit oleh anjing itu, dia telah berubah menjadi seekor anjing penggembala biri-biri. Barulah Dave mengetahui kebenaran tentang keluarganya dan syarikat ubat selepas itu.


Pelakon: Tim Allen, Kristin Davis, Zena Grey, Spencer Breslin, Danny Glover, Robert Downey Jr.


“Mr. Bean Holiday”

Jumaat (1 Januari 2010), 10.00 malam

Mr. Bean telah memenangi sebuah percutian ke Perancis dan juga perakam video. Selepas tiba di Paris, bahasa Perancis telah menjadi halangan kepada Bean. Dia menghadapi pelbagai masalah hanya untuk menaiki keretapi ke sebelah Selatan di Perancis. Sebelum menaiki keretapi, Bean seronok membuat rakaman video dan telah meminta tolong Emil, seorang pengarah Russia yang sedang dalam perjalanan ke Festival Filem Cannes. Emil telah terlepas untuk menaiki keretapi dan terpisah dengan anaknya Stepan. Bean cuba untuk memujuk  Stepan tetapi keadaan bertambah rumit dan kelam kabut apabila Emil melaporkan anaknya diculik. Malah, Bean juga tercicir duit dompet dan dokumen perjalanan ketika cuba menelefon Emil. Dalam perjalanan ke Cannes, Bean terlibat dalam penggambaran iklan oleh pengarah yang ego, Carson Clay. Akhirnya, Bean dan Stepan telah menumpang Sabine, seorang pelakon muda yang juga menuju ke Cannes untuk menghadiri tayangan ulung filem Clay yang disertai olehnya. Selepas Bean mencuri masuk untuk mencari Emil, imej yang direkod oleh video perakam Bean disiarkan di skrin.

Pelakon: Rowan Atkinson, Steve Pemberton, Lily Atkinson, Preston Nyman, Sharlit Deyzac.

2 ayat cinta:

10 Kata-Kata Artis GUA Paling Ingat 2009

Thursday, December 24, 2009 marina 0 Comments


2009 merupakan tahun yang penuh kontroversi selebriti, sama ada dalam mahupun luar negara. Dan walaupun banyak cerita panas yang tercetus dari gosip yang timbul dalam media, tak kurang juga yang datang hasil dari kenyataan yang dibuat artis-artis sendiri.

Inilah antara kata-kata yang dilafaz sendiri oleh selebriti yang GUA paling ingat sepanjang tahun ini...

“Jika anda kata saya ‘gay’, anda perlu membuktikannya. Apakah tarikh dan masanya? Malah, mereka boleh ikut saya ke hotel, bilik dan katil. Dan saya akan buktikan sama ada saya ‘gay’ atau tidak.”

Azwan Ali (dipetik dari Mstar)



i believe most of you know about whats going on between me and him. ya, haluan masing2.. dulu when we were together, i admitted and went public about it. jadi bila dah habis juga, i know i should come clean and tell the thruth as well. didnt wana prolong this. as human, as a girl, to me breaking up is one hell of a thing to do, the hardest thing to do i must say. people may think im a strong girl. im kasar and i can deal with this easily =) and i always look fin and happy but only God knows what im going thru now.”

Scha Al-Yahya (dipetik dari Facebook Scha sendiri)



 “Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka.”

Awal Ashaari (dipetik dari gua.com.my)

 
“Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? InsyaAllah, saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai. Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami.”



Fasha Sandha (dipetik dari MySpace Fasha sendiri)


“Inilah sebenarnya perkahwinan sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini”

Akhil Hayy (dipetik dari Mstar)



“Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya.”


Nabil (dipetik dari Utusan Malaysia)


“Selepas apa yang berlaku dalam rumahtangga saya, selain dari keluarga saya, saya nampak Memey di situ dan dia memberi saya satu kekuatan. Saya bukan manusia sempurna tapi saya nampak satu 'magic'. Saya dapat kekuatan dari dirinya untuk berdiri, dan mungkin benda yang sama berlaku pada dirinya.”

Norman Hakim (dipetik dari gua.com.my)


“Biarlah dia (Maizawati, isteri Akhil Hayy ketika itu) terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu.”

Waheeda (dipetik dari Berita Harian)


 “Saya tak pernah menyimpan sekelumit perasaan kasih pada Julfekar … Saya tahu Julfekar menyimpan perasaan cinta pada saya, tetapi saya tidak sesekali mahu bercinta dengan suami orang… Jangan kata nak jadi isterinya, jadi kekasihnya pun saya tak sanggup!”

Farawahida (dipetik dari B*Pop)

 
“Why do ppl do this? Take out their own money &vote for themselves? Sigh… can’t you just let the public decide?!”

Sazzy Falak (dipetik dari Facebook dan Twitter Sazzy sendiri)




0 ayat cinta:

“Bukan Sebab Pihak Ketiga. Please, Get It Cleared & No More After This” – Scha Al Yahya

Wednesday, December 23, 2009 marina 7 Comments


Masih tidak habis-habis dengan gossip perpisahan antara Scha Al-Yahya & Fahrin Ahmad, sehingga naik muak kami dibuat’nya. Konon’nya, perpisahan mereka berdua adalah disebabkan campur tangan pihak ketiga. Dalam konteks ini, beberapa hari lalu, Scha & Awal Ashaari dilihat bermain cinta di ruangan Twitter. Antara kandungan mesej berkenaan, Scha memanggil Awal Ashaari dengan gelaran “B” atau nama panjang’nya “Baby”.

Selepas kandungan Twitter itu tersebar, KOSMO pula menyiarkan kenyataan Fahrin Ahmad mengenai perpisahan mereka. Apa yang menarik perhatian, apabila ditanyakan mengenai pembabitan pihak ketiga dalam cinta mereka yang putus, Fahrin Ahmad hanya menjawab, “Saya tak mahu cakap apa-apa. Awak siasatlah sendiri.” (Hurmm, macam ada isu je ni)


Hari ini pula, Scha di ruangan Facebook meluahkan perasaan tidak puas hati dengan spekulasi yang melanda diri’nya. Banyak yang beliau ceritakan, tapi yang paling menarik, Scha berkata ” Cinta 3 segi. Apa tu? God knows and i haf proof that the reason why we broke up is bcoz somthing else. bukan sebab pihak ketiga. please, get it cleared and no more after this. tak payah pandai2 nak bercakap and spread “VIRUS” ni.”

Ha, sudah’lah dengan spekulasi perpisahan mereka, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi, apa salah’nya kalau betul Scha & Awal Ashaari mula jatuh cinta. Pada kami, kedua-dua’nya sama cantik & padan. Kisah apa pun kalau betul-betul ada pihak ketiga, sebab pada kami selagi tiada ikatan perkahwinan, mereka berhak memilih pasangan yang terbaik!

Tapi Cuba dengar sikit apa yang Fahrin cakap bila ditanya tentang punca sebenar perpisahan yang terjadi antara dia dan Scha:-

Biar orang nak cakap apa, lambat-laun orang akan mengetahui kebenarannya, benda dah ada depan mata. Jika anda berada ditempat saya, anda akan rasa seronok dan tertarik dengan permainannya.

Untuk hangatkan suasana, ada seseorang telah bertanya adakah Awal jadi punca perpisahan mereka berdua?

Ini jawapan Fahrin sambil tersenyum:-
Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang.

Bertambah komplikated cinta 3 segi nie bila Awal pun baru-baru nie pun turut sama membuat kenyataan:-
Saya akui saya berkawan rapat dengan Scha, saya senang berkawan dengan dia sebab dia memahami. Saya tidak ramai kawan jadi dia tempat saya mengadu dan saya tempat dia mengadu, kami sama-sama jadi tempat meluahkan perasaan sama ada masalah kerja ataupun peribadi. Dia sedang melalui satu saat yang sukar, saya sebagai kawan perlu ambil berat namun itu tidak bermaksud saya cuba ambil kesempatan terhadap dia.

Mula-mula kawan dulu, lama-lama nanti bercinta la tue. Kami taknak salahkan sesiapa dalam kes cinta 3 segi nie. Bagi kami senang jer, kalau dah jodoh tak ke mana. Mungkin Fahrin bukan yang terbaik untuk Scha. Dan mungkin satu hari nanti Fahrin akan berjumpa yang lebih baik dari Scha untuk dijadikan isteri. Siapa tahu kan?
Untuk mengakhiri gosip ini, terimalah kenyataan terakhir dari Awal Ashaari yang tak menafikan dia bisa jatuh cinta dengan Scha:-

Bagi pandangan seorang lelaki, Scha mempunyai pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi kekasih. Dia cantik dan baik. Jika perasaan timbul antara kami itu tidak salah, saya single dia pun single. Tapi biar perasaan itu datang secara semula jadi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak akan sorok kalau kami bercinta, saya ingin orang ramai tahu jika kami betul bercinta.

Harap Awal betul-betul berpegang dengan kata-kata untuk bagitau kat semua orang kalau betul dia bercinta ngan Scha. Jangan tetiba kantoi gambar pergi berdating barulah sibuk nak mengaku.

7 ayat cinta:

SB3: Isma Tewas, Sazzy dan Sein Ke Fina

Wednesday, December 23, 2009 marina 5 Comments



Sesudah berhempas pulas di medan tari selama berminggu-minggu, pasangan Sazzy & Nazril serta  pasangan Sein & Nana akhirnya berjaya melangkah ke final Sehati Berdansa 3 (SB3).

Keputusan itu sekali gus melenyapkan impian Isma & Zul yang menjadi pasangan terakhir terkeluar malam tadi selepas mengutip markah terendah iaitu 57.54 peratus. Sebelum ini Isma & Zul selalu menjadi pilihan juri dan dianggap sebagai antara pasangan terbaik selain sangat popular di kalangan pengundi SMS.

Mengikut rangking malam tadi, Sein & Nana turut memberi kejutan apabila memungut markah tertinggi pada minggu ke-9 ini iaitu 69.98 mata. Pasangan yang sering mengutip markah penuh daripada juri iaitu Sazzy & Nazril pula mengumpul 61.39 mata.

Sekalipun tewas, Isma & Zul telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM9,000 untuk badan kebajikan yang telah diwakili mereka iaitu Persatuan Klef Bibir Dan Lelangit Malaysia. Sumbangan tersebut disampaikan kepada pengerusi persatuan terbabit, Encik Zainal Azhar Ahmad.

Juri yang hadir mengadili pertandingan yang bertemakan Romantik malam tadi adalah Joseph Gonzales, Fauziah Latiff serta Jessi Foo. Seorang lagi juri handalan, Suhaimi Magi kemudian menggantikan Jessi Foo bagi tema Melayu Kontemporari.

Sementara itu, Kemuncak SB3 dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu, 26 Disember ini. Acara yang berlangsung salama 1 jam itu akan dipancarkan secara langsung melalui Astro Ria (Saluran 104) bermula 9 malam.

Berbeza dengan minggu-minggu lain, pada peringkat akhir kelak, pengundi diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih siapakah yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa 3 . Selain itu, Butang R pada alat kawalan jauh anda kini tidak lagi berfungsi bagi menunjukkan peratusan undian sehinggalah tiba malam Kemuncak Sehati Berdansa 3 pada Sabtu depan.


Sila ikuti arahan di bawah untuk mengundi kedua-dua finalis:

Taip DANSA10 SAZZY ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 untuk 10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY

Taip DANSA10 SEIN ke 32999
Talian Tetap: Dail 13730 Untuk 10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN

5 ayat cinta:

Penjelasan scha.. What do i do

Tuesday, December 22, 2009 marina 0 Comments



Ini diambil dari fan page facebook Scha.. ikuti luahan hati Scha..

What do i do
Salam.

Seperti biasa, its been an okay week for me. but today, im very upset. yes as a public figure and a well known person, theres price i hafta pay. but kadang2 kan lebih baik kalau semua faham yang saya ni pun manusia...

kita ada fundamentall beliefs. masing2 ada philosophy masing2. masing2 ada pendapat dan cara tersendiri. so far, Alhamdulillah, saya cuba entertain semua fans yg nak amik gambar dan sebagainya. but bila saya buat mcm tu, ada suara2 sumbang, oh dia dulu mcm tu lah, sekarang mcm tanak layan lah. pernah tak terfikir yg kami ni semua manusia, ada rasa penat, rasa marah etc. pernah tak?

Gambar skodeng merata2. kat mana etika. be civilised. tak sangka sampai mcm tu sekali orang sanggup buat. semata mata nak dapatkan HIT tinggi, visitor ramai ,iklan banyak dlm blog masing2???

terlalu banyak spekulasi,banyak benda yg di teka, banyak benda yg simple di besarkan tanpa usul periksa. soalan2 yg tak perlu, melaga lagakan orang. apa tu? utk ratings? i mite be doing a risky move by voicing out what i feel but at least, im being honest.

cinta 3 segi. apa tu? God knows and i haf proof that the reason why we broke up is bcoz somthing else. bukan sebab pihak ketiga. please, get it cleared and no more after this. tak payah pandai2 nak bercakap and spread "VIRUS" ni.

twitter. i tweet, kalau i approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk dlm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. itulah yg internet buat. bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu.

saya, akan bercakap bila perlu, berkongsi bila sampai masa.

sekurang2 kurangnya saya bukan bertopeng

TC
salam

sume tue takder tokok tambah.. boleh tengok sendiri..

0 ayat cinta:

Luahan Hati Ibu Ummi Nazeera, Datin Maziah Musa Kepada Remy Ishak

Tuesday, December 22, 2009 marina 6 Comments


Akhirnya ibu kepada Umi Nazeera, Datin Maziah Musa telah pun bersuara mengenai peristiwa paling hangat 2009. Sama ada luahan hati ini benar-benar datangnya dari ibu Ummi Nazeera tak dapat pulak kami pastikan. Sebabnya ianya dihantar menerusi email terus kepada Remy Ishak. Tidak diketahui pulak macam mana boleh terlepas kepada media.


Untuk anda yang terlepas kronologi kes panas antara Remy Ishak dan Umi Nazeera, kami cadangkan anda membaca artikel-artikel yang dah kami tulis.
Jom dengar luahan hati melalui email yang katanya ditulis oleh ibu Ummi Nazeera:-

Muhamad Zalimie…
 
“Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan. Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa. Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan.
Apapun alasannya, sebagai seorang lelaki kamu tidak berhak memukul anak gadis saya (Ummi). Kamu belum ada apa-apa ikatan dengannya. Anak saya masih muda. Dia berhak berkawan dengan sesiapa saja.

Jangan jadikan isu dua darjat untuk menagih simpati. Sedangkan kamu sendiri pernah berjumpa saya dan bercakap dengan saya, bebas datang bersama anak saya ke restoran saya dan sering kali kamu datang ke perkarangan rumah saya untuk bertemu anak saya.

Bukan harta dan paras rupa yang dipandang. Tapi keikhlasan dan baik pekerti yang dinilaikan. Kamu rasa wajarkah apa yang kamu lakukan terhadap perempuan yang kamu mengaku menyayanginya? Cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah, tiada paksaan mahupun kekasaran. Apatah lagi sanggup mengaibkan orang lain semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri. Menggunakan nama Allah, menidakkan apa yang kamu lakukan. Sebagai pelakon sepatutnya kamu memberi teladan yang baik kepada masyarakat. Tetapi kamu menjadikan diri kamu sebagai contoh yang terbaik sebagai artis yang teruk perilaku yang akan mencalit dunia artis dan mencemarkan dunia hiburan.

Mempertahankan diri dan memukul adalah dua perkara yang berbeza. Sejak bila pula kamu pandai membayar balik harta benda (telefon bimbit) Ummi yang kamu pecahkan setiap kali bertengkar? Jangan kamu memutarbelitkan kenyataan. Dayus bagi seorang lelaki memukul perempuan.

Untuk apa kamu dan keluarga kamu malu pada masyarakat sedangkan kamu tidak malu pada Tuhan, mendera kaum yang lemah. Kamu jangan bercakap mengenai kebenaran kalau kamu sendiri tidak tahu apa itu kebenaran.

Bukti kamu memukul anak saya ada pada saya dan laporan polis sudah pun anak saya buat. Malah perbuatan kamu juga mempunyai saksi, kamu sendiri mengetahuinya kerana kamu sendiri pernah memujuk salah seorang saksi agar tidak memberitahu kepada sesiapa. Adakah kamu lupa Zalimie?

Atau kamu rasa kamu masih di pentas lakonan? Kamu sekarang sebenarnya di pentas dunia apabila Allah yang menjadi saksinya. Sebagai hamba Allah kamu sepatutnya mengaku kesilapan kamu, sekalipun kamu tidak mahu memohon maaf. Kamu tanya diri kamu, siapakah yang sebenarnya yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menggunakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan.

Sebagai ibu, saya berasa amat terkilan apabila mendapat tahu cerita sebenar daripada anak saya bagaimana beliau dikasari secara emosi dan fizikal sepanjang berkawan dengan kamu. Sebagai ibu, adakah kamu fikir saya akan terus berdiam diri? Apa hak kamu untuk melarang saya daripada bersuara? Sebagai ibu, saya wajib mencampuri urusan anak saya demi kesejahteraan dirinya.

Saya juga hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sebagai ibu yang pernah mengandungkan Ummi selama sembilan bulan, saya sudah tidak mampu lagi mendiamkan diri apabila melihat anak saya suatu ketika dulu pernah pecah dan berjahit di kepalanya, kini pecah di muka.

Saya berharap semua ibu bapa di luar sana akan mengambil kelalaian saya ini sebagai teladan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana kesedaran ini hadir sebelum benar-benar terlewat.

Buat kamu Zalimie, saya doakan kamu akan insaf dan tidak akan mengulangi apa yang kamu lakukan kepada anak saya kepada mana-mana wanita lain di masa depan.

Saya hanya mampu berdoa agar kamu akan diberi cahaya keinsafan untuk mengaku apa yang kamu lakukan dan tidak lagi terus berpura-pura.”

6 ayat cinta:

Konsert BAGAIKAN SAKTI – M.Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza

Tuesday, December 22, 2009 marina 8 Comments


Sempena membuka tirai menyambut tahun baru 2010, Astro dengan bangganya membawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusif menerusi Astro Box Office Events (saluran 955).


Peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00.


Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, “Sebagai memenuhi janji kami kepada para pelanggan untuk terus membariskan program-program siaran Astro yang bermutu tinggi dan mempunyai pengisian yang padat, kami  berbesar hati membawakan Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza yang menggabungkan dua nama besar iaitu M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung dari Espanade, Singapura.


Kehebatan dua ikon seni, M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri seni hiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amat membanggakan. Oleh itu, kami percaya konsert ini mampu membekaskan impak yang mendalam serta dapat memberikan pengalaman menonton yang mempersonakan.


Tiket Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan di Singapura ini telah habis dijual dalam masa seminggu sahaja dan kami faham yang tidak semua peminat berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan dua gergasi seni negara ini berikutan faktor lokasi dan kapasiti tempat yang terhad serta harga tiket yang agak mahal. 


Sehubungan dengan itu, kami di Astro ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan paling bersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanya RM10 sahaja. Kami percaya dengan harga serendah ini dan kelebihan untuk menikmati konsert bertaraf dunia di kediaman sendiri pada waktu yang fleksibel adalah suatu pengalaman menonton yang amat sempurna. Inilah tawaran istimewa buat para pelanggan Astro yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada kami,” ujar Khairul lagi.


Khairul turut menambah, “Kami juga berharap dengan adanya paparan konsert ini menerusi pakej Astro Box Office Events (saluran 955), ia dapat memberi kesempatan kepada para peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan pesona dua jiwa dan dua suara ini beraksi secara langsung di atas pentas merasai sendiri pengalaman menonton seolah-olah turut berada di Esplanade, Singapura.” 


Untuk melanggan pakej Astro Box Office Events, para pelanggan Astro boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300 82 3838 atau menerusi talian SMS dengan menghantar teks ABOMSAKTINo.IC dan hantarkan ke 32888. Pengaktifan melalui SMS akan mengambil masa 24 jam. Tempoh untuk melanggan akan dibuka bermula 22 Disember 2009 dan akan ditutup pada 10 Januari 2010.

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.

Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Dato’ Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.
Sila langgani pakej Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menikmati Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dengan hanya RM10 sahaja eksklusif buat pelanggan-pelanggan Astro!

8 ayat cinta:

perkahwinan teman ku..

Sunday, December 20, 2009 marina 5 Comments


hari nie kawan baik aku kawen.. jadik aku pun turun la tempat lama aku meru.. alang2 aku turun aku jumpa la kawan2 lama aku yangda lama tak jumpa..

sementara tunggu azira amik aku.. aku tiba2 teringat marniza.. kawan aku dari sekolah rendah lagi.. pastu masuk sekolah menengah selalu pegi sama sekolah.. tapi lepas spm aku masuk form 6 dia pergi matrik uia.. tadi baru aku jumpa.. sampai umah dia aku tak cam da.. hehehee..

lepas tue sampai2 azira g jumpa yam jap.. lepas jumpa yam pegi la umah dina.. on the way g bolehnya ktorang sesat.. masuk jalan mati.. hehehee.. tapi berkat instinct aku.. berjaya jugak jumpa rumah dina.. sampai2 diorang tengah sanding..

cantik r.. sampai tengah2 sanding.. nak tengok pengantin.. jom..

 
 
 
 

da amik gambar pengantin aku ngan azira pun makan.. da makan baru amik gambar sama pengantin.. disebabkan hp aku murah jadik kamera adalah sgt tak cantek.. oleh sebab itu gambar pun tak banyak.. hehehe.. tunggu la aku beli kamera ea.. hehehee..

amik la ktorang.. sapa ktorang?? oo aku ada jmpe sekali ngan kawan2 aku masa kat high school klang dulu.. jadik ktorang pun amik la gambar sama.. gambar ngan pengantin bukan banyak.. gambar ktorang dekat pelamin yang banyak.. gila kuasa betul masing2.. hahaha..

ala.. biasalah.. pompuan.. hehehee


 
diz pic aku suke.. nampak aku comel.. hikhikhik..

len2 gambar aku dua ngan azira.. haruslah gambar sama.. lagipun dia pun kawan lama aku dari sekolah rendah.. sekolah agama.. jumpa lagi ktorang.. hehee


 
 
 
dan gambar sama pengantin..

aku berazam untuk kuruskan badan dan kembali seperti dulu.. usaha tangga kejayaan.. chaiyok chaiyok!! seronok dapat jumpa kawan lama.. tapi tak ramai sangat kawan jumpa.. ramai yang da datang malam.. so.. ok la.. bye..
 

5 ayat cinta:

boys over flower ke udara di 8tv..

Sunday, December 20, 2009 marina 2 Comments

Boys over flower sekarang da ditayangkan dekat 8tv.. semalam baru masuk episode 3.. sebelum nie boys over flower ditayangkan di channel kbs world 303..

tapi kurang best la sebab suara bukan suara korea.. rasa gerak mulut ngan suara tak sama.. tak best.. selamat da tengok dulu.. tapi aku sempat tengok sampai minggu depan jer.. takper aku merancang nak beli cd cite tue.. hehehee..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Title: 꽃보다 남자 / Kgotboda Namja / Boys Before Flowers
Also known as: Boys Over Flowers
Chinese Title : 花样男子
Japanese Title : 花より男子 / Hana Yori Dango
Genre: Romance, comedy
Episodes: 25
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2009-Jan-05 to 2009-Mar-31
Air time: Monday & Tuesday 21:55

Synopsis
Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys known as the F4. After saving a boy from jumping off the roof of Shinhwa High School, she is admitted into the school on a swimming scholarship. Jan Di tries to avoid confrontation with the F4 at all cost because she knows what happens to those that stand against them. However, when Jan Di’s friend, Oh Min Ji, accidentally gets ice cream on the leader of the F4’s shoes, she’s forced to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo.

Cast
Koo Hye Sun as Geum Jan Di aka Makino Tsukushi
F4
Lee Min Ho as Goo Joon Pyo aka Domyoji Tsukasa
Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo aka Hanazawa Rui
Kim Bum as So Yi Jung aka Nishikado Sojiro
Kim Joon as Song Woo Bin aka Mimasaka Akira

Extended Cast
Kim So Eun as Chu Ga Eul (Jan Di’s best friend)
Kim Hyun Joo as Goo Joon Hee (Joon Pyo’s elder sister)
Lee Hye Young as Kang Hee Soo (Joon Pyo’s mother)
Ahn Suk Hwan as Geum Il Bong (Jan Di’s father)
Im Ye Jin as Na Gong Joo (Jan Di’s mother)
Park Ji Bin as Geum Kang San (Jan Di’s younger brother)
Han Chae Young as Min Seo Hyun (F4’s best friend/Ji Hoo’s ex girl friend)
Lee Min Jung as Ha Jae Kyung (JK Group’s CEO’s daughter and Jun Pyo’s fiancee)
Lee Jung Gil as Yoon Seok Young (Ji Hoo’s grandfather)
Jung Ho Bin as Jung Sang Rok (Kang Hee Soo’s Chief Secretary)
Lee Si Young as Oh Min Ji
Gook Ji Yun as Choi Jin Hee / Ginger
Jang Ja Yun as Park Sun Ja / Sunny
Min Young Won as Lee Mi Sook / Miranda
Kim Ki Bang as Bom Chun Sik (Jan Di and Ga Eul’s boss)
Song Suk Ho (송석호) as Butler Lee
Kim Young Ok as Head Maid
Im Ju Hwan as So Il Hyun (Yi Jung’s older brother)
Park Soo Jin as Cha Eun Jae (Yi Jung’s first love)
Kim Min Ji as Jang Yoo Mi
Kim Jong Jin (김종진) as So Hyun Sub (Yi Jung’s father)
Jung Ui Chul as Lee Min Ha / Min Jae Ha (fashion model)
Kim Hyung Joon as himself (cameo, ep4)
Kim Kyu Jong as himself (cameo, ep4)
Heo Young Saeng as himself (cameo, ep4)
Lee Hae Woo as Host Q (the guy who drugged Jan Di’s drink, ep4)
Lee Jung Joon as Gong Soo Pyo (Ga Eul’s boyfriend, ep9-10)
Heo Kyung Hwan (허경환) as (Cell phone event MC, ep10)
Lee Jung Sung as radiologist (cameo, ep13)
Hai Ming (하이밍) as Ming (Ji Hoo’s friend, ep14-15)
Lee Suk Goo (이석구) as (Shinhwa’s high school principal)
Jo Soo Bin as announcer
?? as Goo Bon Hyung (Joon Pyo’s father)

Production Credits
Original Work: Manga Hana Yori Dango by Kamio Yoko
Production Company: Group Eight
Director: Jun Ki Sang
Screenwriter: Yoon Ji Ryun

Awards
45th Baeksang Awards: Best New TV Actor (Lee Min Ho)
45th Baeksang Awards: Most Popular TV Actor (Kim Hyun Joong)

Episode Ratings

Date
Episode
Nationwide
Seoul
2009-01-05
1
14.3 (7th)
14.4 (6th)
2009-01-06
2
17.6 (4th)
17.4 (4th)
2009-01-12
3
20.8 (4th)
21.1 (4th)
2009-01-13
4
21.4 (4th)
21.6 (3rd)
2009-01-19
5
24.8 (3rd)
24.3 (3rd)
2009-01-20
6
24.8 (3rd)
24.6 (3rd)
2009-01-26
7
19.5 (1st)
19.1 (1st)
2009-01-27
8
25.9 (2nd)
25.3 (2nd)
2009-02-02
9
29.7 (2nd)
29.4 (2nd)
2009-02-03
10
30.5 (2nd)
30.2 (2nd)
2009-02-09
11
31.5 (2nd)
31.8 (2nd)
2009-02-10
12
31.4 (2nd)
31.2 (2nd)
2009-02-16
13
31.5 (2nd)
31.5 (2nd)
2009-02-17
14
31.9 (2nd)
32.0 (2nd)
2009-02-23
15
32.4 (2nd)
32.3 (2nd)
2009-02-24
16
33.2 (2nd)
32.9 (2nd)
2009-03-02
Special
21.8 (3rd)
22.4 (3rd)
2009-03-03
17
29.9 (2nd)
30.6 (2nd)
2009-03-09
18
35.5 (1st)
35.7 (2nd)
2009-03-10
19
31.2 (2nd)
31.3 (3rd)
2009-03-16
20
32.6 (2nd)
31.6 (2nd)
2009-03-17
21
33.6 (2nd)
33.8 (2nd)
2009-03-23
22
31.8 (2nd)
32.4 (2nd)
2009-03-24
23
31.8 (2nd)
31.6 (2nd)
2009-03-30
24
30.2 (2nd)
29.2 (2nd)
2009-03-31
25
34.8 (1st)
34.9 (1st)

Source: TNS Media Korea
Official Site
Read More in http://www.boysbeforeflowers.com/
OST 1 - here or here
OST 2 - here or here
OST 2.5 (Special Edition) - here
OST (Special Edition - Kim Bum & Kim Jun) - here
Teaser Trailer - I & II
Watch Online with English subtitle
Watch Online with Chinese subtitle
“F4 Five Years Later” - Special Edition


sume nye lengkap.. bagi yang tak sempat tengok dekat kbs 303 tengok la dekat 8tv setiap hari isnin-jumaat 8.30-9.30 malam..

yang pasti cite nie memang best.. lagu2 soundtract pun best.. layan!!

2 ayat cinta:

Pengakuan Orang Gaji Ummi Nazeera: Ummi Kena Libas

Sunday, December 20, 2009 marina 0 Comments

Dalam Harian Metro ini, bibik aka orang gaji di rumah Ummi Nazeera menjadi saksi pertengkaran antara pelakon itu dengan Remy Ishak. Berikut ini adalah pengakuannya dan korang boleh baca berita selanjutnya di sini.


“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.

Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.
Sebelum ini, akhbar hanya melaporkan kenyataan Remy yang mendakwa dia diserang sekumpulan tujuh lelaki sehari selepas kejadian pertengkarannya dengan Ummi, 4 Disember lalu, namun tiada penjelasan balas daripada Ummi. 

Susi berkata, selepas kejadian itu Remy datang kepadanya di tangga dan sempat berpesan sebanyak dua kali supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, malah menyuruhnya mengambil bedak asas bagi menutup luka di muka Ummi.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka. Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,” katanya yang ditemui di restoran milik Maziah di Danau Kota di sini, semalam.

Pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan sebenar insiden berkenaan yang difahamkan bukan kejadian pertama, sebaliknya Ummi pernah dicederakan ketika mereka bertengkar.
Ditanya bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian, warga Indonesia itu memberitahu dia diarahkan tuan muda (abang Ummi) supaya mencari adiknya di bawah kondominium di Jalan Ampang.

“Selepas cik muda turun, tuan muda suruh saya meninjau keadaan cik muda, tapi dia minta saya duduk di tepi memerhatikan dari tangga,” katanya

Berikutan tidak tahan dengan nasib malang menimpa anaknya, Maziah menghantar surat terbuka berbentuk pesanan kepada Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan. Antara kandungan surat itu menyebut, dia tidak menghalang persahabatan anaknya seperti didakwa Remy sebagai hubungan antara dua darjat, sebaliknya mempersoalkan tindakan aktor popular itu memukul anak kesayangannya.

Keluarga Ummi juga membuat laporan polis pada awal pagi 5 Disember dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri. Sebelum insiden pukul itu, Remy dikatakan bertengkar dengan Ummi hingga menyebabkan kecederaan pada aktres remaja terbabit, sebelum pelakon berkenaan dipukul sekumpulan tujuh lelaki di koridor bilik persalinan Istana Budaya pada malam keesokannya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Remy mengenai surat yang dihantar ibu Ummi kepadanya gagal kerana talian telefon bimbitnya dimatikan. [sumber]

0 ayat cinta:

Bertambah Ahli keluarga Mohd Daud ..

Saturday, December 19, 2009 marina 4 Comments

hari rabu lepas kakak aku yang kedua telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kg.. yang dinamakan Muhammad Aliff Dhani..

dan semalam kakak aku dibenarkan keluar hospital.. kebetulan ayah aku melawat kakak aku dan bila dapat tau kakak aku boleh kuar hospital jadik ayah aku pun hantar la kakak aku ke rumah mak mertua dia..

so mean, dia berpantang kat umah mak mertua dia la.. bukan ayah tak bagi pantang kat umah ktorang kat nilai tapi ada lah beberapa masalah kalau pantang kat umah ktorang.. lagipun umah ktorang bukan ada orang pun siang.. yang ada azah sebab dia baru bis spm..

nak tengok tak gambar anak buah aku yang ketiga nie.. jom tengok..

 

comel kan.. sume orang masa baby memang comel.. hehehee.. aku sempat gak tengok dia semalam.. itupun aku ikut kakak aku along pegi.. kalau tak aku tak dapat tengok pun.. wah bertambah la ahli keluarga Mohd Daud.. hehehee.. dan ayah aku dapat sorang cucu lelaki..

yerla sebelum nie dua pompuan.. yang nie baru laki.. sebab family aku ramai pompuan.. adik aku bawah aku baru laki.. so genetik lebih kepada pompuan.. hehehee.. itu jer la aku nak membebel.. see next entrii..

4 ayat cinta:

rutin harian setiap pagi..

Saturday, December 19, 2009 marina 4 Comments

aku sekarang kalau online jer page yang pertama aku bukak mesti facebook.. aku pagi pagi mesti melawat ladang farmville aku.. pastu baru melawat ladang barn buddy aku.. bila la aku ada ladang kan.. asyik men game ladang jer.. hehehee.. kang bagus kalau pagi pagi aku berladang di bawah rumah aku yang rumput nya mencanak naik nie.. heheheee..

dulu masa aku mula mula sekali aku join frenster pastu myspace dan terkini facebook dan aktif sangat yang facebook.. frenster dan myspace aku sekarang memang jarang online.. entahla bosan la sekarang frenster dengan wajah baru frenster berwarna hijau dan seakan akan myspace.. aritue kuar kat berita frenster nak compete balik ngan facebook sebab ramai pengguna frenster dah lari ke facebook..

bukan apa faceboo lebih menarik siap ada macam macam game.. sekaligus menarik orang stay kat facebook..

yang kedua aku akan bukak blog aku.. update story.. oohh ya wat masa nie aku campur campur la cerita.. tapi lepas nie aku maybe akan kembali kepada asal.. dengan mengurangkan cerita berkaitan dunia hiburan.. hehehee..

sejak sejak aku join geng blogger semangat betul aku nak update blog.. hehehee.. tapi serius aku sebenarnya tak tau mana nak carik kawan dalam dunia blogging.. tapi dengan ada nya geng blogger aku dapat jumpa dengan ramai blogger.. tue la keistimewaan geng blogger..

dan yang terakhir.. congrats kepada pasukan bola sepak malaysia atas kemenangan di sukan sea laos.. malaysia berjaya mengalahkan vietnam 1-0.. teruskan usaha.. malaysia boleh!!

4 ayat cinta:

Drama King – Meet Uncle Hussain Feat Black Mentor : Seperti Ditujukan Kepada Lan

Saturday, December 19, 2009 marina 2 Comments

Kami suka dengan arrangement lagu terbaru daripada Meet Uncle Hussain, Drama King yang cukup segar & kena dengan telinga pendengar muda. Hampir setahun Meet Uncle Hussain bergolak dengan isu dalaman, bermula dengan masalah displin Lan, dan kemudian’nya Lan menarik diri dan menubuhkan band baru bernama Lan & The Typewriter.

Meet Uncle Hussain seperti kehilangan arah & lebih banyak menumpukan kerja di belakang tabir.

Selepas setahun memenangi AJL 2008, akhirnya Meet Uncle Hussain melancarkan single terbaru mereka, dengan menampilkan Black sebagai penyanyi. Sudah kami kata, Black Mentor berjaya mencuri tumpuan Meet Uncle Hussain kerana keupayaan’nya bernyanyi dalam nada yang tinggi, sesuai dengan imej band Meet Uncle Hussain.

Khabar angin mengatakan Black bakal menjadi vokalis Meet Uncle Hussain masih belum terjawab. Tapi, adakah dengan kemunculan lagu Drama King, Black akan dipilih menjadi vokalis mereka? Pada kami, tiada kerugian buat Black mahu pun Meet Uncle Hussain untuk bekerjasama. Black ada suara, Meet Uncle Hussain ada bakat & populariti.

Kami perasan, apabila ditelitikan lirik lagu Drama King, seperti memerli Lan. Memang disengajakan atau kebetulan?

Lirik selepas ini

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Ulang Chorus
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

credit to www.ohbulan.com

2 ayat cinta:

Radio CTFM, Radio Khas Buat Peminat Dato Siti Nurhaliza

Saturday, December 19, 2009 marina 2 Comments

Pernah dengar Radio CTFM? Kalau tak pernah dengar, atau pernah dengar tapi tak pasti bila dan kat mana, inilah masanya untuk mengenali radio ini… Radio CTFM. Jom, Budiey kali ini nak ajak korang berkenalan dengan Radio CTFM.


Sebenarnya, Budiey adalah salah seorang deejay Radio CTFM, namun kerana terlalu sibuk dengan komitmen menjadi blogger, serta dihambat lagi dengan kesuntukan masa untuk mengadakan parti ulangtahun ke-3 budiey.com, jadi, Budiey meletakkan jawatan seketika. Namun, Budiey sekarang ini dilantik sebagai penasihat Radio CTFM.

Radio CTFM adalah stesen internet radio yang ditubuhkan Khas kepada Peminat Dato’ Siti Nurhaliza oleh salah seorang peminat di singapura dan telah beroperasi sejak 15 Jun 2009, Radio ini ditubuhkan atas dasar minat terhadap perjalanan seni Dato’ Siti Nurhaliza, juga selepas laman web versi unofficial HDSN.
Seharusnya, Dato’ Siti Nurhaliza berbangga kerana ini adalah radio online pertama yang diwujudkan oleh para peminat di Malaysia.

Lagu-lagu yang diputarkan hanya lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza; lagu lagu dari album, nyanyian konsert live, konsert tribute dan macam macam lagi. Semuanya PASTI DATO SITI NURHALIZA!

Radio ini mempunyai 3 orang DJ yang bertugas; Dj Khyree dan Dj Liah menetap di Singapura manakala Dj Aiman Haqimy menetap di Malaysia. Radio ini mempunyai tagline yang tersendiri – Stesen Internet Radio Interaktif Milik Bersama Peminat Dato Siti Nurhaliza,

Di antara segmen menarik yang sering mendapat perhatian pendengar adalah segmen Santai D CTFM dimana permintaan khas lagu lagu dato siti nurhaliza dilakukan. Review Cakera Padat pula membuat ulasan tentang album dato siti nurhaliza. Slot Carta CT20, mengira 20 lagu paling popular dato siti nurhaliza, di radio ctfm, pendengar harus mengundi lagu kegemaran mereka dan mendengar siaran carta CT20 untuk keputusannya

Selain dari mendengar radio ctfm, CTFM juga kerap kali mengadakan pertandingan/peraduan khas. Pendengar ctfm boleh mengambil bahagian dalam peraduan/pertandingan itu mengikut peraturan yang disediakan dan berpeluang memenangi hadiah.

Radio CTFM boleh anda dengar melalui lelaman http://www.ctfm.webs.com, pastikan computer anda telah dipasang aplikasi Flatcast terlebih dahulu (aplikasi boleh dimuatturun di lelaman ctfm)

INFO SIARAN
Santai D CTFM - Setiap Hari Isnin @ 8.45 Malam - 12.00 Tgh Malam
8.45 - 11.00 Malam (Permintaan Lagu BALADA)
11.00 - 12.00 Tengah Malam (Permintaan Lagu Tradisional)
Slot Khas CTFM - Setiap Hari Selasa @ 9.00 Malam - 11.45 Malam
Review Cakera Padat - Setiap Hari Rabu @ 9.15 Malam - 11.45 Malam
Keletah Kak Som - Setiap Hari Khamis @ 9.15 Malam - 11.45 Malam
Carta CT20 - Setiap Hari Jumaat @ 9.15 Malam - 11.45 Malam
24@CTFM - Setiap Hari Sabtu - Ahad; Jam 12 Tgh Malam - 12 Tgh Malam

2 ayat cinta:

selamat menyambut maal hijrah 1431

Saturday, December 19, 2009 marina 0 Comments

Ya Allah, seketika di akhir tahun ini Insyaallah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini. Ampuni dosanya berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiyaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang dan taqwa tanpa keraguanMu. Makbulkan dan berkati cita cita nya yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431..

kita sudah pun memasuki tahun baru dalam kalendar islam.. semoga sentiasa berlaku yang terbaik dalam kehidupan kita..

0 ayat cinta:

minggu yang agak sibuk..

Friday, December 18, 2009 marina 2 Comments

ok first aku nk cerita pasal aktiviti aku dalam minggu lepas.. minggu lepas agak pack jugaklah aktiviti aku.. leh kata sibuk jugaklah..

mana tak nya sabtu sepupu aku nikah.. ahad lak kenduri plak.. walau duduk jer tapi penat weh.. penat tengok orang lalu lalang.. hehehee..

minggu nie plak kawan aku ada yang kawen.. sabtu dan ahad..kira banyak juga dapat jemputan sekali serentak.. hehehee

dan ahad depan aku dah start mendaftar belajar.. jadik lebih kurang seminggu lebih jer aku nak menempuhi dunia belajar balik..

ok la.. tue jer la yang aku nak cerita..

 







 
 
 

nak tengok gambar lagi boleh la pegi ke facebook aku.. kat situ sume ada..

2 ayat cinta: